Tuesday, 20 August 2013

~6th.S.E.N.S.E~

entri mistikal skit..

 ni cerita dulu k..
skang x terkurang skit kelebihan ni

1st  pengalaman..
masa arwah makcik aku meninggal
pagi tu memang rasa jantung berdebar2 x tentu hala
tengah hari tu mak datang sekolah amik terus balik kampung..
makcik aku meninggal katanya

2nd pengalaman..
masa arwah abang aku plak
hari yang dia kemalangan tu, kitorang satu family ade kat kampung
sepupu aku kawen
stat asar tu membawa ke malam, aku ni asyik nanges je x bersebab
meleleh je air mata ni
marghrib tu, jiran aku datang kampung bagitau abang aku eksiden kat KL
sebab xtau macam mana nak hubungi kitorang..zaman tu henpon xde lagik
seb baik la kawan abah aku tau mana hala kampung aku ni
malam tu jugak gegas ke KL
sampai2 memang abang aku da x sedar..da masuk dalam emergency tapi xde pape tindakan
kitorang yg dok luar bilik dengar dia bernafas da mcm bunyi lembu kena sembelih..
balik umah pakcik aku kat Pulapol ..rehat dulu sementara nunggu siang
awal pagi tu, aku ngigau kejut mak aku suh g hospital tengok abang aku
sok tu, abang aku meninggal.. katanya sebenarnya kaki dia patah. tapi lambat beno scan sampai infection da masuk paru2.. lebih kurang mcm tu la doc kata
sedih woooo...
sebab sedari kecik asyik gaduh je ngn dia
bila da baik..dia plak dipanggil Kekasih Abadi
aku redha..

3rd pengalaman
aku mimpi kot..ke aku rasa macam aku dengar orang cakap
selalu je dapat dejavu camni
bangun2 tido terus aku tanya mak aku 'sape yang meninggal??'
marah le mak aku sebab bangun2 tido aku da merepek kan
x lama lepas tu jiran aku datang bagitau suh tengok2kan umah
dia nak balik kampung..ade sedara meninggal
melopong mak aku

4th pengalaman
bilik aku ni memang akan terang kalu time bulan mengambang penuh
ade orang penah kata umah aku ni laluan makhluk2 halus..wallahualam
ade satu malam tu terjaga.. betul2 tengah malam
pastu aku dengar suara budak kecik nyanyi..
eh..masuk tembus pintu bilik aku lembaga hitam saiz budak 3-4 tahun camtu
berdiri betul2 ujung kaki adik aku (aku tido berdua ngan adik aku sekatil)
jenuh tolak2 adik aku nak bagi dia bangun..tapi x bangun2
aku da cuak da..
makhluk tu siap kata 'jangan kacau!!!' masa aku dok sebuk kejut adik aku tu
sampai dia cengkam tangan aku..sakit woiiii
aku dok baca apa saja yang terlintas kat fikiran
ntah bila masa aku tertido balik.. tau2 da siang
aku ingat mimpi.. tapi bila aku tgk tangan aku yg sakit n ade kesan tu, tau la aku itu bukan mainan tido
jenuh simpan rahsia xmo bagi adik aku takut

5th pengalaman............

aku sambung next entry k...

2 comments:

  1. Uii..bukan sekali 2 ek. Bkali2. Memang 6thsense sungguh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah