Monday, 27 January 2014

Kartun Kesukaan Anak-anak

bila Mommycha tanya..
aku nak jawab tapi kalu aku jawab dalam ruangan komen tu rasa cam panjang sangat nanti jawapan aku. jadi aku nak membebel kat sini je la. kang aku letak link je kat ruangan komen mommycha.. jemput baca komen saya ye 

kartun kesukaan no.1...haruslah


aku rasa kartun ni jugak menjadi kesukaan hampir semua rakyat malaysia kan..x kira la kanak2 mahupun mak bapak kanak2 jugak


no.2 

bagus jugak dimodenkan gaya penceritaan ni kan.. kalu zaman aku kecik2 dulu, tajuknya adalah Hikayat Sang Kancil.. aritu tak sengaja terbuka plak kat Youtube, kelakar plak rasanya. dengan bunyi2an sound effect yang klasik sangat.. x caya g bukak sekarang

no.3

fevret aku dari zaman sekolah lagi. x sangka bila bukak, budak2 pun suka. mengekek2 le diorang ketawa

no.4

kartun korea.. aku tengok pun x paham sepatah haram. tp budak2 ni enjoy je tengok. siap gelak2 lagi..

no.5

ni yang paling baru le sebab baru kuar kat TV kan.. sebenarnya sebelum ni da penah tayang kat diorang tru youtube jugak. memang diorang suka.. secara x langsung da hafal makna Al-Fatihah tru lagu.. ajak la anak korang tengok sama. banyak manfaat melebihi kartun2 kat atas tu



nak ikutkan banyak lagi..tapi aku bagi top5 je la ye..


Read More

Duka Bertukar Suka

memulakan minggu ini dengan sakit gigi.... auwwwwww... gigiku berlubang. dari minggu lepas lg. tapi sebab lum sakit sangat kan, buat tak tahu je la. sampailah weekend baru ni..nak makan pun susah sebab asyik terselit je.. bila terselit confirm la sakit kan..

pagi ni lepas merempit (sebab keluar rumah lambat), sempatlah punch card 7.59.. lega jap tapi terbayang plak laju la tangki minyak tu kosong macammana lajunya aku bawak pagi tadi.. lepas tu, laju2 watsapp boss bgtau nak g klinik check gigi.. laju2 cargas ke klinik presint9. lambat kang berjela la nombor..jenuh plak nak tunggu

menunggu hampir 2 jam la jugak sebelum sampai giliran.. tapi prosedur 5 minit je da siap. buat masa ni, doc tampal le dulu lubang yang ada. katanya, kalau lepas 2-3 ari masih sakit, sama ada cabut atau root canal.. dengar CABUT je da seram sejuk aku ni.. hmmmm, tak tau plak aku rawatan gigi boleh guna GL ye.. hihihiiii...terus bersemangat nak apply GL and repair le memana bahagian gigi yang dirasakan perlu

kannnn...memula sakit but now separuh happy..separuh je la sebab gigi da tak berlubang..tapi still sakit

rupanya bila on blog je, dapat lg separuh happy...






menang plak SEGMEN yang aku join ni. Alhamdulillah.. happy sebab menang. happy juga sebab segmen ni, kawan juga bertambah..

terima kasih pada Tuan Empunya Segmen
terima kasih juga pada kawan-kawan yang sudi bertandang ke blog ini


Read More

Friday, 24 January 2014

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com



Comel betul handphone yang ditawarkan.. super cute
Kalau nak, kena la join GA SYUHADA ni..
Mana la tau, ade rezki korang kan. Aku pun mengharap juga kot2 murah rezki aku jugak
Tak salah cuba nasib kan

Senarai Hadiah

Top Referral

Louis Vuitton atau Gucci Handphone (bernilai RM450.00 setiap satu)  + RM 50.00 x 4 pemenang




Random

Solat Perfume (RM50.00 setiap satu) x 6 pemenang




Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entri yang bertajuk Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

2. Copy banner diatas dan linkkan semula ke entri ini.

3. Like Fanpage Syuhada1981.com (boleh klik di sidebar)

4. Follow Blog Syuhada1981.com (boleh klik di sidebar)

5. Follow Google SyuhadaBaharudin (boleh klik di sidebar)

6. Follow Twitter @JustSyuhada (jika ada)

Mudah sahaja kan..? Lepas itu tinggalkan link entri anda diruangan komen di bawah ini. 




Klik banner kat atas tu ye kalau nak join sama



Read More

Perasmian Brownie Pan Set

kan aku ada citer kat entry sebelum ni pasal brownie pan set yg baru beli tu kan. tak sabar nak menunggu weekend. ye... da selamat dirasmikan semalam. kesian kat anak dara tunggal aku tu. dia kan tak suka makan nasi. kek, muffin, cookies etc yang sewaktu dengannya tu dia suka la. nasib la dapat mak yg memang rajin baking2 ni..

masa beli aritu tak fikir langsung pasal saiz pan ni. da beli baru dok ingat, muat ke oven comel aku tu?? semalam sampai je umah, laju-laju pi test kat oven. ngam-ngam hooooo.... lega aku..

semalam MIL hantar mihun..so, memang tak payah masak dinner. da save masa kat situ. boleh la bergerak lemah gemalai sebab da kurang sikit kerja nak kena buat kan. kalau tak, selalunya da macam robot. tak menang tangan dibuatnya.. boleh la baking yang simple2 jer. janji anak dara tu ade benda nak dijamah malam semalam kan.. 


sebelum kejadian

semasa kejadian

lepas kejadian.. pan set ni siap ngan cutter ye. tu yang paling best



aku siap bekalkan kat akmal n alya pagi ni.. pesan suh makan ngan kawan-kawan kat sekolah. selalu asyik kena pow je kan sampai ngadu tak cukup. arini aku bekalkan banyak jugak la. bawak sikit g opis bagi kawan2 seksyen lama. bawak sikit nak dating ngan kawan lama tengah hari nanti..arini jumaat hokeyyyy..2jam  lebih rehat..

kesimpulannya, memang syok masak guna pan set ni.. tak payah nak sapu mentega ke hape.. da siap-siap non-stick kan. saiz comel.. siap ngan cutter lagi.. berkobar-kobar nak buat next project..

Read More

Monday, 20 January 2014

Teruja Nak Buat Projek Baking Next Weekend

haaa... kenapa????? yang dinanti dah tiba..hihihiii... nak senyum sampai telinga... sampai2 je opis pagi tadi, dapat satu call. malas nak angkat ok sebab nombor tak dikenali. aku memang gitew.. kang kual insurans la, jual apa2 ntah lagi.. malas nak layan n malas nak spoil mood pepagi isninku yang aman damai ni.. sekali dia hantar mesej. katanya nak hantar barang dari LivingSocial... mataku terus bersinar2...



lebih kurang camni la... da start senyum sorang2.. seb baik arini ramai outstation.. cukup setengah jam yang dijanjikan, maka sampai la penghantar barang tu.. 


apa yang dibeli????


TARAAAAAAA







tak sabar nak berBrownies wiken nanti.. weehuuuuu.. RM45 je, free delivery..
beli kat LivingSocial ni

tunggu lagi satu barang je belum sampai.. beli dengan Mimy
Read More

Pentingnya PowerBank

Semua ni gara-gara tertinggal  powerbank kat opis la ni. Khamis minggu lepas, gara2 balik lambat n kelam kabut kemas barang.. xdela lambat mana.cuma sebab aku da tetapkan 5.30 adalah waktu paling lambat aku akan keluar dr opis... so, bila da 5.40 tu kira da lambat sgt la utk aku. sbb aku malas nak bersaing2 ngn keta yg turun dr belah2 KL tu menghala ke KLIA. stress le aku nanti nak mengejar masa amik Aqil before 6.30.. kalu tak, da kena charge overtime.. xtau plak tu rate overtime tahun ni berapa.. 

Rasa macam smooth plak perjalanan Khamis petang tu.. sampai je kat Bandar Baru Salak Tinggi, baru perasan tertinggal powerbank (aku memang charge kat PC je sebab socket outlet x cukup).. tu pun tersedar sebab nak charge henpon yang da separuh bateri.. nak patah balik pun cam x berbaloi untuk almost 30km tu.. makanya bertabahlah sepanjang cuti 3 aritu dengan charger kat umah yg ngecas lambat cam siputbab...

suka pakai powerbank sebab ngecasnya laju kannn.. specially bila time emergency.. 



Da dekat 4 bulan pakai (kot la.. xingat exactly bila bulan berapa aku beli).. so far, prestasi amat memberangsangkan. saiz pun comel je..separuh tapak tangan. murah pun murah... 12,000mAH cuma RM60-70..hahahaaa...aku pun x ingat exact figure berapa. tp not more than rm70 tu sgt pasti k..

beli kat LAZADA je...  aku rajin gak survey kot2 ade offer menarik. kamera pun beli kat sini gak. servis puas hati..


Read More

Thursday, 16 January 2014

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan



Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Da lama tak join pape segmen..moh le kite meramaikan kawan. tq Cik Sally sebab buat segmen


http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah