kan aku ada citer kat entry sebelum ni pasal brownie pan set yg baru beli tu kan. tak sabar nak menunggu weekend. ye... da selamat dirasmikan semalam. kesian kat anak dara tunggal aku tu. dia kan tak suka makan nasi. kek, muffin, cookies etc yang sewaktu dengannya tu dia suka la. nasib la dapat mak yg memang rajin baking2 ni..
masa beli aritu tak fikir langsung pasal saiz pan ni. da beli baru dok ingat, muat ke oven comel aku tu?? semalam sampai je umah, laju-laju pi test kat oven. ngam-ngam hooooo.... lega aku..
semalam MIL hantar mihun..so, memang tak payah masak dinner. da save masa kat situ. boleh la bergerak lemah gemalai sebab da kurang sikit kerja nak kena buat kan. kalau tak, selalunya da macam robot. tak menang tangan dibuatnya.. boleh la baking yang simple2 jer. janji anak dara tu ade benda nak dijamah malam semalam kan..
sebelum kejadian |
semasa kejadian |
lepas kejadian.. pan set ni siap ngan cutter ye. tu yang paling best |
aku siap bekalkan kat akmal n alya pagi ni.. pesan suh makan ngan kawan-kawan kat sekolah. selalu asyik kena pow je kan sampai ngadu tak cukup. arini aku bekalkan banyak jugak la. bawak sikit g opis bagi kawan2 seksyen lama. bawak sikit nak dating ngan kawan lama tengah hari nanti..arini jumaat hokeyyyy..2jam lebih rehat..
kesimpulannya, memang syok masak guna pan set ni.. tak payah nak sapu mentega ke hape.. da siap-siap non-stick kan. saiz comel.. siap ngan cutter lagi.. berkobar-kobar nak buat next project..
rajinnya..nak sikit! hihihi
ReplyDeletetunggu next project ea sue.. yg ni da licin
Delete