Thursday 2 April 2015

Welcome GST

Tak tau nak react macam mana dengan GST ni..
So far, da masuk ari kedua GST.. aku masih belum lagi menyumbang kepada 6% tu di mana2
Lum lagi keluar berbelanja sbb belum ada keperluan lagi
Esok lusa la mungkin..

Aku da start stress sebulan sebelum GST dilaksanakan lagi
lebih tepat lagi masa raya cina
Barang2 bakery da naik harga siap2..awal2 lagi
start tu da pening
ditambah pulak dengan GST ni
aku memanjang borong buttercup aje la
stock tepung tu..kalu sampai, sehari dua je da licin
sampailah berkotak2 macam mana sekalipun
stress

aku masih maintain harga biasa lagi
maintain selagi boleh insya allah

kalau nak rasa biskut2 air tangan aku, boleh la order

semperit dahlia

almd on choc chip/ double choc chip/ nutty choc chip

tart nenas


Read More

Saturday 14 February 2015

Yeayyy...saya menang (NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA)

Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa, Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50250 Kuala Lumpur
Malaysia.

NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA

Pihak Telekom Malaysia @Program Kemenangan yang telah diadakan pada 9th Februari 2015 di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan nombor 2 - 4 - 16 -
37 - 89 - 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah memenangi loteri kategori hadiah kedua khas keluarga Telekom Malaysia. Untuk menuntut hadiah kemenangan ini anda dikehendaki menghubungi melalui e mail Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan pembayaran hadiah wang tunai kepada anda.

Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat di Kuala Lumpur sejumlah Rm270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh Puloh Ribu) telah dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad kepada anda dan keluarga anda sempena sambutsn Hari Raya 2015 ini.

Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai pakej istimewa Telekom 2015 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini adalah 100% sah dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali dalam masa lima tahun.

Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :

EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail: tm2015bonus@outlook.my

Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat berikut:
1) Nama Penuh:
2). Umur:
3). Pekerjaan:
4). Telefon:
5). Negeri / Bandar:

Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad 2015 ini adalah diberikan khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah membuat tunttan ini sebelum 28th Februari 2015.

Terima kasih.

Mrs Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia.


Image result for icon laughing


ntah apa ntah la malaun scammer ni

jangan terpedaya k
Read More

Monday 9 February 2015

Kelebihan Memeluk Anak Dalam Mengawal Tingkahlaku Mereka

Kelebihan Memeluk Anak Dalam Mengawal Tingkahlaku Mereka
memeluk anak
                           memeluk anak memberi banyak kelebihan kepada ibu bapa.


“Ahmad fokus ahmad, fokus!”
Jenuh saya cuba mengawal anak murid yang seorang ini dan memastikannya fokus dalam bacaan Iqra’.

“Tak mau, tak mau, Ahmad nak main Batman, Iqra’ ni bosan…!” balas Ahmad dengan selamba dan kemudian meninggalkan meja belajar dan terus ke sudut mainan sambil melompat-lompat.

Saya menggaru kepala sambil beristigfar. Walaupun telah berusia tujuh tahun, telatahnya seperti kanak-kanak berusia empat atau lima tahun.

Dia bijak, tetapi untuk menyuruhnya duduk dan fokus, Subhanallah. Satu cabaran yang agak besar bagi saya.

Jika sebelum ini dirumah, saya hanya berdepan dengan anak-anak perempuan yang banyak juga akalnya, namun masih mudah dikawal.

Tapi, berdepan dengan cabaran mengajar anak-anak lelaki local muslims daripada bangsa yang berbeza membuatkan saya terpaksa mengubah suai sedikit meter kesabaran dalam mendidik.

Tika saya menyuruh membaca Iqra, diajaknya saya bermain. Tika saya memintanya menghafal, pelbagai alasan diberikan. Tika saya ingin mengajar wuduk, dia bising bajunya basah dan tidak menumpukan perhatian.

memeluk anak 

Kadang-kadang panas juga telinga apabila dia mempersoalkan pelbagai perkara dan menolak untuk membaca apabila disuruh.

Setelah beberapa minggu mengajar, kesabaran saya teruji sedikit hari ini.

Mungkin kerana saya juga penat setelah berhempas pulas berfikir tentang pengajian sepanjang hari ini. Mujurlah masih mampu menekan butang ‘pause’ dan berfikir dengan rasional. Cuba mencari penyelesaian agar dia mampu fokus semula.

‘Ahmad, mari sini…’ panggil saya dengan lembut.

Perlahan-lahan Ahmad datang dengan wajah selamba. Apabila dia telah cukup hampir, saya merangkul tubuhnya dan memeluknya erat.

Ahmad tergamam.

Perlahan saya berbisik di telinganya sambil mengusap rambutnya perlahan. “Ahmad, kamu adalah seorang anak yang baik dan soleh, jom baca Iqra’ sama-sama, selepas habis dua muka surat kita main ye.”

Saya mendukung tubuhnya yang kurus dan meletakkan dia di atas riba. Saya melihat wajahnya dan merenung tepat pada matanya, ternyata dia masih tergamam.

Perlahan-lahan saya menyuruhnya membaca dan alhamdulillah, dia membaca dengan tenang sehingga habis. Kami kemudian meneruskan aktiviti hafazan diikuti dengan solat dan ternyata, fokus ahmad selepas dipeluk kemas, amat luar biasa.

memeluk anakSebelum ini banyak juga saya terbaca kesan positif pelukan ibu bapa terhadap anak-anak dan saya juga sering memeluk anak – anak dirumah sebelum mereka tidur dan sebelum saya keluar bekerja.

Dalam beberapa kajian Barat, dinyatakan bahawa pelukan boleh memberikan kesan tenaga positif dengan mengurangkan tekanan dan meredakan perasaan ketakutan. Pelukan juga boleh meningkatkan keintiman hubungan antara suami isteri dan antara ibu bapa dan anak-anak.

Memeluk anak adalah sunnah Rasulullah

Agama kita juga amat menganjurkannya.
Bahkan contoh daripada kehidupan Rasulullah dan interaksinya bersama kanak-kanak amat banyak untuk diteladani oleh ibu bapa.
Dalam sebuah hadis sahih riwayat Abu Hurairah dinyatakan bahawa:
 “Sesungguhnya al-Aqra’ bin Habis pernah melihat Nabi memeluk anak (Hassan). Lalu al-Aqra’ berkata: ‘Sesungguhnya aku mempunyai 10 anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah bersabda: ‘Sesungguhnya sesiapa yang tidak menyayangi, nescaya dia tidak akan disayangi’.” 
[Riwayat Bukhari]
Banyak pelajaran yang boleh kita ambil daripada hadis diatas.

Pertama sekali, kita lihat bagaimana Rasulullah, walaupun dengan martabatnya yang tinggi sebagai rasul, ketua negara, panglima perang, imam masjid dan selaku manusia yang paling bertakwa kepada Allah, tetap lemah lembut dan menzahirkan kasih sayangnya kepada anak-anak.

Kemudian lihat bagaimana Rasulullah menzahirkan kasih sayangnya. Baginda tidak segan untuk memeluk anak – anak kecil bahkan Baginda menegur Sahabat tersebut yang menyatakan bahawa beliau tidak pernah memeluk anak walaupun seorang pun daripada mereka.
Rasulullah juga pernah menegur seorang lelaki Badwi yang menyatakan bahawa dia tidak mencium anak-anak lelaki.

Seorang Badwi datang kepada Nabi dan berkata, “Kamu mencium anak-anak lelaki! Kami tidak mencium mereka.” Kemudian Baginda berkata, “Aku tidak boleh meletakkan kasih sayang dalam hatimu selepas Allah mengambilnya.” [Riwayat Bukhari]

Dalam beberapa hadis lain, kita dapat lihat bahawa Rasulullah pernah mendukung anak kecil ketika solat dan memendekkan solatnya ketika mendengar anak kecil menangis.

Rasulullah juga sering menegur (bertegur mesra, bukan teguran akibat melakukan kesalahan) anak-anak kecil yang sedang bermain di jalanan dan berdoa kepada anak-anak.

Penutup: peluklah anak kita, masih belum terlambat

Sebenarnya banyak lagi kisah daripada perjalanan hidup Rasulullah sebagai panduan kepada kita untuk menyayangi dan menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak melalui tindakan seperti doa, pelukan dan berlemah lembut terhadap mereka.

Peluklah dan doakan anak-anak sebagai satu usaha untuk menuruti sunnah Rasulullah dan sebagai salah satu cara untuk kita menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak.

Jangan malu untuk sering mencium dan memeluk anak – anak kerana mereka adalah antara anugerah Allah paling berharga buat ibu bapa.

Moga Allah memberikan kita petunjuk dalam mendidik anak-anak dan memberikan kita kekuatan untuk membangunkan mereka sebagai pewaris generasi harapan. InsyaaAllah.
—–
Artikel ini dipetik daripada buku Suami bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari, tulisan Ust. Mohd Hisyam Mohd Sharif.

 ----------------------------------------------------------------------

Artikel ini untuk simpanan dan rujukan saya.. juga bermanfaat untuk perkongsian kita bersama

SUMBER
Read More

::D.E.J.A.V.U::


Selamat pagi semua.

Abis da kan demam MaharajaLawak
Aku bukan peminat setia pun..sebab da 3 tahun potong Astro (alhamdulillah..ok je walaupun hidup tidak diwarnai dengan Astro)
Jadinya tak boleh la mengikuti rancangan pujaan ramai ni kan
Hanya berpeluang tengok kalau kebetulan balik umah mak abah, atau balik umah mentua, atau lepak makan kat kedai, ataupun tengok je la siaran ulangan (Youtube la..mana lagiii)

Kisahnya masa final MaharajaLawak tu, aku memang masuk tido awal giler
Penat sangat seharian dok baking je
Di hujung-hujung tidur tu, aku mimpi group bertiga yang menang MaharajaLawak
Ada 2 je kan group bertiga - Bocey & Zero
Yang pasti dalam mimpi aku, yang bertiga sume kurus
Mimpi masa part diumumkan pemenang je



Serius...sebijik sejibon mimpi aku..
Bila terbangun tu, terus scroll fb nak tau sapa menang

Da lama tak dapat dejavu
Dulu2 selalu dapat dejavu pasal kematian.. which is aku tak suka
Stress bila dapat mimpi dan seterusnya tertunggu2 berita kematian
Stress la sebab semestinya di kalangan orang yang aku kenal.. x kira la rapat ke jauh

Siap doa berkali2 mohon tak mau diberikan petunjuk yang macam tu sebab aku rasa masa tu aku kecik lagi (tingkatan 4 rasanya.. kecik lagi kannn???)
Tak mampu nak handle benda2 camni
Lagi satu, aku ni penakut walaupun luaran nampak macam berani (ada juga sixth sense.. nampak la 'bebenda'.. pun aku x suka juga walaupun pada sesetengah orang, ini adalah kelebihan)

Mimpi zero menang ni je la dejavu termanis yang aku alami

Korang...penah ke terdejavu camni??


Read More

Wednesday 28 January 2015

Biskut Fevret

#sayajualbiskut
#tartnenas
#semperitdahliagebus
#fevretsepenjangmasa
#visitmyig @luvbitesbyayu





Read More

Monday 12 January 2015

Ini Serius!!!


Semoga segalanya berjalan lancar




Doakan saya kawan2
Mudah-mudahan usaha ini dipermudahkan

Buat masa ini saya amik order untuk tart nenas, semperit dahlia, choc chip k

Read More

Sunday 11 January 2015

Happy Birthday AkmalHarriz



10 Januari 2015


 
7hrs after delivery


1yrs old


1.5 yrs old


1.5 yrs old


 2yrs old


  
 3yrs old


  

5yrs old


 6yrs old

Sekejap je masa berlalu.. da besar da pun

Semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh, taat pd orang tua, abang yang menyayangi da melindung adik2
Semoga kamu berjaya dunia akhirat
Semoga kamu sentiasa dalam lindunganNya & keberkatanNya
Insya Allah..
Amiin




Read More

Yang Penting Confident

#SITUASI 1

Dalam keta lepas amik akmal & alya dari sekolah.

Akmal : Umi, kat sekolah da ade ibu baru (pembantu dapur). Sedap ibu masak

Me : Ye ke? Sapa nama ibu? Ibu masak apa arini? 

Akmal : Ibu Lat (Latifah). Arini ibu masak sedap sangat. Namanya Mee JANTAN

Me : Haaaaah... meeJantan tu apa?

Akmal: MeeJantan la.. ada kicap sikit, ada fishball bla..bla..blaa

Sampai skang aku tak hadam lagi apekebenda MeeJantan tu..



#SITUASI 2

Tengah sampul buku sekolah Alya sambil dengar radio...lagu Mewangi tgh on air

Akmal: Miii... ni la lagu yang best tu... bewangiwangi nama dia (cara cakap confident sungguh)

Me: Mana Akmal tau ni lagu bewangiwangi?

Akmal: Umi tunggu kejap eaa... 
(tiba part yang perkataan 'mewangi' tu..)

Akmal: Haaa... tu kan dia kata bewangiwangi.. umi x tau ke???!!


Akmal ni memang banyak cakap. pantang la sesapa ajak bersembang. memang lepas tu yang ajak sembang confirm tak larat nak layan. bila ditanya, ada saja idea nak menjawab. perjalanan ke sekolah yg amik masa 10-15 minit tu, rasanya sempat dia tanya lebih 10 soalan non stop.. ada masa stress gak nak fikir jawapan macam mana nak bagi jawapan.



#SITUASI 3

Atuk sedara ajak bersembang n tanya soalan yang macam2. 1 ditanya, lebih dr 1 jawapan atuk sedara tu dapat sampai la atuk sedara x larat nak layan
Atuk : Kamu ni x penat ke akmal bercakap dari tadi tak brenti. Atuk yang dengar je ni pun da penat tau. Bila kamu nak berenti bercakap ni?

Akmal: Nanti bila saya tido, saya brenti la bercakap... (senyum simpul)

Atuk: Kamu pekena atuk ye..



Read More

Friday 9 January 2015

Sale Sempena Maulidur Rasul (3 Jan - 1 Feb 2015)


PENGUMUMAN


PENGUMUMAN


PENGUMUMAN


Sale 20% sempena Maulidur Rasul




Koleksi Naurah II

KOleksi Naurah III

Koleksi Naurah Peacock

Koleksi Naurah Qalesya

Koleksi Naurah Dalisya

Koleksi Nadhirah II

Koleksi Nadhirah III


Jemput singgah ye...






Tak perlu gosok, tak susah nak basuh sebab takde awning/batu/labuci, senang nak simpan (x perlu hanger khas macam tudung awning), senang dibawa ke mana-mana..travel, out-station

Hadiah terbaik juga untuk yang tersayang

Confirm selesa..
Labuh depan & belakang

Pasti puas hati

Ambil peluang sale 20% sehingga 1 Feb 2015

Sambil membeli, kita beramal


Read More

Thursday 8 January 2015

Terjebak sudah....



Resolusi 2015...
Antaranya adalah losing weight.. overweight da lama sangat da ni. 
Da pernah cuba diet tp sebab x konsisten,makanya xde maknanya penurunan sebelum2 ni..
Kesahnya....

Mak mertua yang mula-mula terjebak..dan seterusnya menjebakkan aku
Tq mak sebab sponsor..ngeh ngeh ngeh..
Kalu tunggu aku, memang tak le aku nak melabur banyak untuk turun berat
If only ada duit yang berlebih-lebihan, baru la aku pertimbangkan

So far, da turun 2 kg..
Many more kg to shred away

Jauh lagi perjalanan menurunkan berat badan untuk mencapai berat idaman aku
20++ more kg yang nak kena buang

Stress sebenarnya bila mukmuk sikit ni
Takleh nak ikut trending.. selalu xde saiz..menyampah tauu
Pastu berat je nak bawak badan ni
Da mula sakit2 di bahagian tertentu
Low self-esteem
Banyak yg x best dr yang best
yang bestnya satu je la.. tang makan memang x berkira
So, sekarang aku rasa da penat nak jd mukmuk ni
Da puas makan apa yg aku nak makan

Lagipun umur bukan semakin muda
Kalu tak jaga kesihatan dari sekarang, kang da tua menyusahkan diri sendiri dan orang lain pulak nanti
Jadi niat nak kurus bukan semata nak cantik.. tapi nak fit, nak sihat dan xmau penyakit tiga serangkai tu ok
Sebab da ada dalam family history, memang berpotensi untuk dapat if x jaga kesihatan betul2

eh..lupa plak nak bagitau terjebak dengan apa..


ni haaaa...

Read More

Mainan Baru

Happy sangat bila apa yang diimpikan da ada depan mata.. hihiiii
Da lama berangan-angan nak beli tapi asyik tertangguh je
Sebab yang sedia ada pun masih elok berfungsi cuma...
kapasitinya yang kecil selalunya buat keje lambat abis la



Ni la mainan baru tu..
Apa lagi mainan untuk orang dapur kalu bukan perkakasan memasak kan
Da selamat dirasmikan semalam.. tengah membakar pineapple tart ball la tu


Say babai la kat oven lama.. yang peuh nostalgia ni
Mak aku yang belikan dulu..
4-5 tahun da berjasa.. tak pernah gagal pun memuaskan hati (kecuali kapasiti kecik je la)


Sejak jadi suri rumahtangga sepenuh masa ni, ni la yang aku buat utk cari income
Macam tak kuasa nak cari keje sebab x lalu nak frust aje
Keje sendiri je la ni..
Boleh spend time lebih dengan anak3 compare time aku keje dulu
abis masa untuk travelling aje

Beza bekerja sendiri n keje makan gaji
Usaha, kepuasan..segala benda la beza..
Masing2 ada kelebihan


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah