Monday, 16 February 2015

Tudung Syria Twist Terpaling Comel :Koleksi Naurah Sakeena


NEW LAUNCHING
NEW LAUNCHING
NEW LAUNCHING

TUDUNG PATUH SYARIAH:SIAP PAKAI DALAM MASA 2 MINIT SAHAJA


 
Assalammualaikum

Adakah sis selalu :
->travel ke dalam dan luar negara?
->hendak cepat dan tiada masa untuk bergaya?
->sedang mencari tudung yang patuh syariah?

Kami boleh membantu anda

(✔) NAURAH SAKEENA ada 3 Pilihan warna yang menarik!
(✔) Saiz M , L
(✔) HIGH QUALITY LYCRA
(✔) JIMAT MASA (pemakaian kurang 3 minit!)
(✔) Jahitan memang TIP-TOP
(✔) LABUH TUTUP DADA
(✔) MESRA SOLAT
(✔) NURSING FRIENDLY
(✔) TIDAK PERLU GOSOK

Berminat? Sis stok kami sangat limited .

PM kami http://www.facebook.com/messages/TudungSyriaAnggun
@
Whatsapp017.699.1259 (cepat respon)

SIAPA CEPAT ORDER, DIA DAPAT!

Notes:-
# Warna sebenar tudung mungkin 10% berbeza dari gambar kerana setting pada monitor/hp atau pencahayaan


Read More

Saturday, 14 February 2015

Yeayyy...saya menang (NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA)

Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa, Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50250 Kuala Lumpur
Malaysia.

NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA

Pihak Telekom Malaysia @Program Kemenangan yang telah diadakan pada 9th Februari 2015 di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan nombor 2 - 4 - 16 -
37 - 89 - 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah memenangi loteri kategori hadiah kedua khas keluarga Telekom Malaysia. Untuk menuntut hadiah kemenangan ini anda dikehendaki menghubungi melalui e mail Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan pembayaran hadiah wang tunai kepada anda.

Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat di Kuala Lumpur sejumlah Rm270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh Puloh Ribu) telah dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad kepada anda dan keluarga anda sempena sambutsn Hari Raya 2015 ini.

Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai pakej istimewa Telekom 2015 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini adalah 100% sah dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali dalam masa lima tahun.

Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :

EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail: tm2015bonus@outlook.my

Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat berikut:
1) Nama Penuh:
2). Umur:
3). Pekerjaan:
4). Telefon:
5). Negeri / Bandar:

Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad 2015 ini adalah diberikan khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah membuat tunttan ini sebelum 28th Februari 2015.

Terima kasih.

Mrs Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia.


Image result for icon laughing


ntah apa ntah la malaun scammer ni

jangan terpedaya k
Read More

Monday, 9 February 2015

Kelebihan Memeluk Anak Dalam Mengawal Tingkahlaku Mereka

Kelebihan Memeluk Anak Dalam Mengawal Tingkahlaku Mereka
memeluk anak
                           memeluk anak memberi banyak kelebihan kepada ibu bapa.


“Ahmad fokus ahmad, fokus!”
Jenuh saya cuba mengawal anak murid yang seorang ini dan memastikannya fokus dalam bacaan Iqra’.

“Tak mau, tak mau, Ahmad nak main Batman, Iqra’ ni bosan…!” balas Ahmad dengan selamba dan kemudian meninggalkan meja belajar dan terus ke sudut mainan sambil melompat-lompat.

Saya menggaru kepala sambil beristigfar. Walaupun telah berusia tujuh tahun, telatahnya seperti kanak-kanak berusia empat atau lima tahun.

Dia bijak, tetapi untuk menyuruhnya duduk dan fokus, Subhanallah. Satu cabaran yang agak besar bagi saya.

Jika sebelum ini dirumah, saya hanya berdepan dengan anak-anak perempuan yang banyak juga akalnya, namun masih mudah dikawal.

Tapi, berdepan dengan cabaran mengajar anak-anak lelaki local muslims daripada bangsa yang berbeza membuatkan saya terpaksa mengubah suai sedikit meter kesabaran dalam mendidik.

Tika saya menyuruh membaca Iqra, diajaknya saya bermain. Tika saya memintanya menghafal, pelbagai alasan diberikan. Tika saya ingin mengajar wuduk, dia bising bajunya basah dan tidak menumpukan perhatian.

memeluk anak 

Kadang-kadang panas juga telinga apabila dia mempersoalkan pelbagai perkara dan menolak untuk membaca apabila disuruh.

Setelah beberapa minggu mengajar, kesabaran saya teruji sedikit hari ini.

Mungkin kerana saya juga penat setelah berhempas pulas berfikir tentang pengajian sepanjang hari ini. Mujurlah masih mampu menekan butang ‘pause’ dan berfikir dengan rasional. Cuba mencari penyelesaian agar dia mampu fokus semula.

‘Ahmad, mari sini…’ panggil saya dengan lembut.

Perlahan-lahan Ahmad datang dengan wajah selamba. Apabila dia telah cukup hampir, saya merangkul tubuhnya dan memeluknya erat.

Ahmad tergamam.

Perlahan saya berbisik di telinganya sambil mengusap rambutnya perlahan. “Ahmad, kamu adalah seorang anak yang baik dan soleh, jom baca Iqra’ sama-sama, selepas habis dua muka surat kita main ye.”

Saya mendukung tubuhnya yang kurus dan meletakkan dia di atas riba. Saya melihat wajahnya dan merenung tepat pada matanya, ternyata dia masih tergamam.

Perlahan-lahan saya menyuruhnya membaca dan alhamdulillah, dia membaca dengan tenang sehingga habis. Kami kemudian meneruskan aktiviti hafazan diikuti dengan solat dan ternyata, fokus ahmad selepas dipeluk kemas, amat luar biasa.

memeluk anakSebelum ini banyak juga saya terbaca kesan positif pelukan ibu bapa terhadap anak-anak dan saya juga sering memeluk anak – anak dirumah sebelum mereka tidur dan sebelum saya keluar bekerja.

Dalam beberapa kajian Barat, dinyatakan bahawa pelukan boleh memberikan kesan tenaga positif dengan mengurangkan tekanan dan meredakan perasaan ketakutan. Pelukan juga boleh meningkatkan keintiman hubungan antara suami isteri dan antara ibu bapa dan anak-anak.

Memeluk anak adalah sunnah Rasulullah

Agama kita juga amat menganjurkannya.
Bahkan contoh daripada kehidupan Rasulullah dan interaksinya bersama kanak-kanak amat banyak untuk diteladani oleh ibu bapa.
Dalam sebuah hadis sahih riwayat Abu Hurairah dinyatakan bahawa:
 “Sesungguhnya al-Aqra’ bin Habis pernah melihat Nabi memeluk anak (Hassan). Lalu al-Aqra’ berkata: ‘Sesungguhnya aku mempunyai 10 anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah bersabda: ‘Sesungguhnya sesiapa yang tidak menyayangi, nescaya dia tidak akan disayangi’.” 
[Riwayat Bukhari]
Banyak pelajaran yang boleh kita ambil daripada hadis diatas.

Pertama sekali, kita lihat bagaimana Rasulullah, walaupun dengan martabatnya yang tinggi sebagai rasul, ketua negara, panglima perang, imam masjid dan selaku manusia yang paling bertakwa kepada Allah, tetap lemah lembut dan menzahirkan kasih sayangnya kepada anak-anak.

Kemudian lihat bagaimana Rasulullah menzahirkan kasih sayangnya. Baginda tidak segan untuk memeluk anak – anak kecil bahkan Baginda menegur Sahabat tersebut yang menyatakan bahawa beliau tidak pernah memeluk anak walaupun seorang pun daripada mereka.
Rasulullah juga pernah menegur seorang lelaki Badwi yang menyatakan bahawa dia tidak mencium anak-anak lelaki.

Seorang Badwi datang kepada Nabi dan berkata, “Kamu mencium anak-anak lelaki! Kami tidak mencium mereka.” Kemudian Baginda berkata, “Aku tidak boleh meletakkan kasih sayang dalam hatimu selepas Allah mengambilnya.” [Riwayat Bukhari]

Dalam beberapa hadis lain, kita dapat lihat bahawa Rasulullah pernah mendukung anak kecil ketika solat dan memendekkan solatnya ketika mendengar anak kecil menangis.

Rasulullah juga sering menegur (bertegur mesra, bukan teguran akibat melakukan kesalahan) anak-anak kecil yang sedang bermain di jalanan dan berdoa kepada anak-anak.

Penutup: peluklah anak kita, masih belum terlambat

Sebenarnya banyak lagi kisah daripada perjalanan hidup Rasulullah sebagai panduan kepada kita untuk menyayangi dan menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak melalui tindakan seperti doa, pelukan dan berlemah lembut terhadap mereka.

Peluklah dan doakan anak-anak sebagai satu usaha untuk menuruti sunnah Rasulullah dan sebagai salah satu cara untuk kita menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak.

Jangan malu untuk sering mencium dan memeluk anak – anak kerana mereka adalah antara anugerah Allah paling berharga buat ibu bapa.

Moga Allah memberikan kita petunjuk dalam mendidik anak-anak dan memberikan kita kekuatan untuk membangunkan mereka sebagai pewaris generasi harapan. InsyaaAllah.
—–
Artikel ini dipetik daripada buku Suami bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari, tulisan Ust. Mohd Hisyam Mohd Sharif.

 ----------------------------------------------------------------------

Artikel ini untuk simpanan dan rujukan saya.. juga bermanfaat untuk perkongsian kita bersama

SUMBER
Read More

Koleksi Tudung Syria Yang Baru.. NAURAH SAFEENA




TUDUNG SYRIA READY FOR SOLAH !

Ada saiz M dan L..

✔ 4 Pilihan warna yang menarik!
✔ Saiz M , L
✔ HIGH QUALITY LYCRA
✔ JIMAT MASA (pemakaian kurang 3 minit!)
✔ Jahitan memang TIP-TOP
✔ LABUH TUTUP DADA
✔ MESRA SOLAT
✔ Nursing Friendly


---------------------------------------------------

--> BERMINAT? PM CODE & SIZE ANDA SEKARANG UNTUK ORDER..

1. Klik di sini https://www.facebook.com/messages/TudungSyriaAnggun atau

2. Whatsapp/SMS ke 017 699 1259 ( cepat respons )

SIAPA CEPAT ORDER, DIA DAPAT!






 Serius selesa tudung ni
Tak payah pening2 nak gosok.. terus sarung je
Tak payah pening2 macammana nak simpan.. boleh lipat je
Tak payah pening2 nak jaga awning
Tak payah pening2 nak membelit

Senang & mudah.. untuk travel, untuk mereka yang ada time constraint
Material kain pun sedap... sedap sebab da rasa

Jom la sama2 rasa kesedapannya

Yang penting, patuh syariah dan boleh terus diguna untuk bersolat
boleh menggantikan telekung

Nampak lebih manis, lebih elegan, lebih anggun kan

Boleh juga jenguk2 fb kita untuk koleksi yang lain TudungSyriaAnggun






Read More

::D.E.J.A.V.U::


Selamat pagi semua.

Abis da kan demam MaharajaLawak
Aku bukan peminat setia pun..sebab da 3 tahun potong Astro (alhamdulillah..ok je walaupun hidup tidak diwarnai dengan Astro)
Jadinya tak boleh la mengikuti rancangan pujaan ramai ni kan
Hanya berpeluang tengok kalau kebetulan balik umah mak abah, atau balik umah mentua, atau lepak makan kat kedai, ataupun tengok je la siaran ulangan (Youtube la..mana lagiii)

Kisahnya masa final MaharajaLawak tu, aku memang masuk tido awal giler
Penat sangat seharian dok baking je
Di hujung-hujung tidur tu, aku mimpi group bertiga yang menang MaharajaLawak
Ada 2 je kan group bertiga - Bocey & Zero
Yang pasti dalam mimpi aku, yang bertiga sume kurus
Mimpi masa part diumumkan pemenang je


video

Serius...sebijik sejibon mimpi aku..
Bila terbangun tu, terus scroll fb nak tau sapa menang

Da lama tak dapat dejavu
Dulu2 selalu dapat dejavu pasal kematian.. which is aku tak suka
Stress bila dapat mimpi dan seterusnya tertunggu2 berita kematian
Stress la sebab semestinya di kalangan orang yang aku kenal.. x kira la rapat ke jauh

Siap doa berkali2 mohon tak mau diberikan petunjuk yang macam tu sebab aku rasa masa tu aku kecik lagi (tingkatan 4 rasanya.. kecik lagi kannn???)
Tak mampu nak handle benda2 camni
Lagi satu, aku ni penakut walaupun luaran nampak macam berani (ada juga sixth sense.. nampak la 'bebenda'.. pun aku x suka juga walaupun pada sesetengah orang, ini adalah kelebihan)

Mimpi zero menang ni je la dejavu termanis yang aku alami

Korang...penah ke terdejavu camni??


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah