Monday 31 March 2014

Macam-macam...

Kereta aku masih lagi kat bengkel
Apa boleh buat..kena  major overhaul
Lambat lagi la tu nak keluar jawabnye

Buat masa ni, pegi balik keje ngan keta pinjam la
Mekasih la PIL bagi pinjam keta comel tu
Kalau tak, tak tau la camne nak pegi balik keje
Nasib baik juga ada keta extra

Pening..pening..peninggg...pikir RM yang nak melayang tu


Read More

Thursday 27 March 2014

Tak Sesuai: Selfie & Caption Kat #PrayForMH370


MENYAMPAH BETUL BILA BUKAK #PRAYFORMH370, THEN TIMBUL GAMBAR2 SELFIE HAPPY, OOTD LA, GAMBAR MAKANAN PUN NAK GUNA HASTHTAG TU JUGAK.. DA KENAPA??!!!!! CARI LE HASHTAG LAIN. ANNOYING KOT..AKU RASA LA...KORANG RASA???


CAPTION

CAPTION


CAPTION
CAPTION
CAPTION

CAPTION



LEBIH-LEBIH LAGI, GOOGLE SENDIRI LA
Read More

"Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik"



KUALA LUMPUR:
"Papa pergiwork,tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu...''

Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa.

Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu.

Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat.

Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini.

Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain.

Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan.

Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah.
 
               "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

            "(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.''- Al-Hadid 22-23.

Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini.

"Saya akanmove on,saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.''

Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan.

Seperti biasa bersalaman dan ungkapan"I love you''menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula.

Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy' (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin.

Rain INtan

Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini.

               "Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

               "Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi..''
- Yaasin 81-82.

Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini.

Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya.

Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane' papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mudah-mudahan semua keluarga mangsa terus tabah
Sebak baca ni sambil membayangkan bagaimanakah keadaannya jika aku di tempat mereka
Read More

Wednesday 26 March 2014

Al-Fatihah Buat MH370





AL-FATIHAH BUAT MH 370

Penantian itu suatu penyiksaan
Kebenaran itu suatu kepahitan
Airmata sudah kekeringan
Harapan menjadi igauan
Sesak fikiran memikirkan

Sejak 8 Mac lalu
Aku tertunggu-tunggu
dimana kelibat bayangmu
dimana Kapten kelasi mu
dimana para penumpang mu
lapan belas hari berlalu
menanti dan terus menunggu
Akhirnya penantian itu terhenti
Kebenaran menjelma kini
Kabar sebak sang Perdana Menteri
Kau telah pergi
Di telan gelombang Lautan Hindi
Membawa bersama suatu misteri

Jutaan persoalan!
Tanpa jawapan!

Aku mau tahu
Mana halatuju mu
Mengapa Beijing tidak ketemu
Sebaliknya Lautan Hindi hentian mu
Apakah yang menganggu
Hingga kau tegar membisu

Tiada denyut kecemasan
Tiada pohonan bantuan
Tiada Mayday tiada panggilan

MH 370
Kau pergi membisu
Tanpa bukti di temu
Kami tergamam buntu
Kelu dan kedu

Hanya kami pasrah
Kepada Allah kami berserah
Moga kau terjumlah
Dalam golongan mutma'innah
Jiwa yang tenang
Diredhai dan meredhai

Dimasukkan sebagai hambaNya
Dimasukkan dalam rahmatNya
Dimasukkan dalam syurgaNya

Al-Fatihah buat mu MH370


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
23 Jamadil Awal 1435
25 Mac 2014 

Read More

Batuk + Selsema

Assalamualaikum...

Da 2-3 hari ni tak berapa sehat.. selsema & batuk
Tapi arini paling teruk la.. asyik nak terbatuk je
Tekak memang kering & perit la ni
memang kena standby air masak je kat sebelah ni.. bangun dari kerusi ni nak ke mana2 pun tetap bawak botol air masak
Sebab bila time batuk menyerang tu memang memeritkan.. kena minum air baru lega sikit
dada plak rasa macam nak pecah





Sebenarnya, aku rasa.. aku berjangkit dari Aqil
Boleh ke camtu??? Mak berjangkit dr anak plak
Sebabnya, everytime dia x sehat, aku pun akan sama x sehat
Kalu aku yang tua ni rasa terseksa sgt, camne dia budak kecik rasa??
Mesti lagi seksa kan

Balik keje nanti kena singgah farmasi..cari ubat

ohyeeeee... tadi mengulo jap
Boss xde arini..g breakfast jauh sikit
rindu nak ngeteh..makan roti canai ngan tek tarik dalam suasana kampung gitewww
1st time.. jangan bagitau boss eaaa
Masa makan roti canai tu la batuk menyerang tanpa henti..
air plak lambat beno sampainya
malu tauuuu
udahnye oder air suam plak..


Read More

Tuesday 25 March 2014

PrayForEgypt529










Read More

MH370: Takziah





Salam takziah untuk seluruh rakyat Malaysia.. terutama kaum keluarga krew & penumpang MH370
Semoga tabah dengan dugaan ini

Perasaan aku pasti sebak, pilu.. walaupun tiada kaitan dengan sesiapa di dalam pesawat tersebut, tapi jauh di sudut hati, aku turut merasakan kesedihan mereka








Read More

Friday 21 March 2014

Malang Tak Berbau


Nak dijadikan citer...
Aku da plan da arini nak cuti
Nak bawak ferrari merah aku tu pegi berubat
Sebab semalam pagi bwk mcm da x best + memacam bunyi yg didengar
Semalam petang gak meeting kat KL
Balik meeting rushing le nak balik umah sebab da lambat
Sampai salak tinggi,tiba-tiba ferrari merah tu terbatuk-batuk
Bila tekan minyak,kemain lagi mengaumnya tp x kemana pun
Nasib baik manage tuk bertukar ke lorong paling kiri
Terus masuk lorong kecemasan
 
Sambil termangu2 apa yg perlu dibuat, apa yg rosak
Terus kusut sakit kepala
Sejam tepon laki aku x berjawab
Tambah stress aku je
Sebab xde experience kan..blur
Terus tepon insurans aku suh carikan towing truck
Insurans cover rm200 je
Since aku nak towing sampai senawang,so kena la tanggung kos selebihnya iaiti rm180
Da x pikir apa da..janji dpt bwk keta balik umah
Memandangkan hari da nak malam kan
Tak mau lelama bersidai tepi jalan
Tambah plak,lum amik aqil kat nurseri

 


Nasib baik juga da call nurseri awal2 bgtau akan amik aqil lambat
Mintak la tow truck tu singgah nurseri jemput aqil dulu sebelum balik senawang
1st time aku ngan aqil naik lori
1st time juga unexpected experience
Lepas sejam lebih baru la lakiku call
Dia kuar beli brg dapo x bwk hp sbb tgh caj
Dia kata gak mahal towing tu caj
Dia kata sorry gak sbb xde di saat2 aku betul2 perlu pertolongan

Keta masih xleh dihantar ke bengkel sbb pomen aku tutup kedai arini
Esok baru masuk bengkel
Jadi x jadi cuti arini
Seb baik PIL ade keta spare
Pakai keta pinjam la dulu ni
 
Fobia juga bawak keta yg kita lum tau fi'ilnya kan
Td da dgr macam bunyi keta aku je da berdebar2 sgt
Maka arini jd pemandu yg sgt berhemah sbb x merempit mcm F1
Surprisingly,still manage smpi office as usual
Manage to get fevret parking spot

For now,kepala masih pening..badan masih sakit tak tau nape
masih mengantuk

Uols yg lain2,make sure u save no.tepon insurans/road assist uols
Mudah bila jadi hal2 x terduga camni

Posted via Blogaway

 
Read More

Wednesday 12 March 2014

Dari #PrayForMH370


































Read More

Iye Ke????






Macam sama je

Macam iye je

Read More

Kabur









Ni gambar masa balik kerja petang semalam.. 
nampak macam x berapa kabur kan.. tapi actual condition memang kabur sangat
bukak tingkap pun bau asap je
dari putrajaya membawa ke cyberjaya ke dengkil sampailah ke nilai
camni la keadaannya
bukak tingkap sekejap pun da terbatuk-batuk dek asap
pedih-pedih mata lagi tau

bila la keadaan ni akan berakhir ye?
bila keadaan macam ni mulalah senang je sakit tu nak menyinggah kan
aqil da start cam nak demam
same goes to alya
same goes to akmal

semalam juga dengar berita radio katanya dijangka dalam masa 2 minggu cuaca panas ni akan berkahir
wallahualam.. jangkaan manusia je kan




Jangan berhenti berdoa untuk MH370
Semoga segera ditemukan

Read More

Tuesday 11 March 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe




Caranya mudah saja..
Buat sentri dengan tajuk seperti di atas, save & muat naik banner dalam entri, letak link entri segmen ni pada banner. pastu, tinggalkan link kat ruangan komen


Mudah je kan.. So jom join ramai-ramai.. Tarikh tutup, belum diputuskan.. Mungkin sekejap, mungkin lama.. Jadi, jom cepat-cepat join ye ;)

Gudluck semua
Read More

SAYA NAK MENANG PANDORA





SYARAT-SYARAT UMMIJOURNAL GIVEAWAY

1. FOLLOW BLOG UMMIJOURNAL.BLOGSPOT 
2. BUAT ENTRY BERTAJUK " SAYA NAK MENANG PANDORA "
3. LETAK BANNER DI ATAS DI ENTRY TERSEBUT DAN BACKLINK KAN KE SINI 
4. TINGGALKAN KOMEN " tolong....saya nak PANDORA" DI ENTRY INI DAN TINGGALKAN URL ENTRY GIVEAWAY ANDA. 

GIVEAWAY NI BERMULA HARINI 06 MAC 2014
GIVEAWAY INI TAMAT PADA 12 MAC 2014

PEMENANG ADALAH BASED ON LUCKY DRAW

2 orang blogger yang bertuah untuk menyarungkan gelang PANDORA ni di tangan mereka.

ehhh ehhh~~ sebelum tu 

ini INSPIRED PANDORA tau
nampak sama tapi bukan dia
gitew~~~~


Read More

Jangan Salah Guna #PrayForMH370

On the way balik keje semalam, dengarla SuriaFM. Masih lagi membicarakan kisah MH370 juga. Ye lah, selagi tak dijumpai kan, selagi tu kita akan bercerita. Aku memang tiada sedara mara sahabat taulan yang ada dalam MH370, tapi setiap kali dengar pasal ni, automatik hati ni jadi sebak, sayu..pastu mulalah berair mata hidung bagai.. i just put myself in their situation.. sedih. dengar caller citer2 kat radio pun da meleleh air mata. Ya Allah, permudahkanlah urusan pencarian MH370..

Time tu la juga, LindaOnn ada maklumkan pasal #PrayForMH370 ni. katanya, janganlah upload gambar2 yang boleh mengundang sensitiviti keluarga yg terlibat. balik umah lelaju aku bukak hashtag tu kat IG. kenapa kat umah??? sbb umah pakai Unifi..tenet laju. masa dengar ni, aku still dlm kereta lagi.

Memang pun... gambar selfie sengih2 tunjuk muka comeyyy pastu letak hashtag tu. Hello cik adik manis cik abang manis jugak.. satu dunia kot pakai hashtag tu. yang korang buat tu macam nak promote diri sendiri. suka ea bila orang bukak, pastu komen 'cantiknye u'... jagalah sensitiviti sikit. kot2 la keluarga mangsa yang sedang bersedih berdukacita buka hashtag tu. nampak plak gambar uols yang senyum kerang tu, tak ke kesian... carilah hashtag lain yang berpadanan dengan apa yang uols nak buat tu. aku yang takde direct relation to the case ni pun gerammmmmm je tengok gambar2 selfie yang takde kaitan tu. nak tunjuk baju baru pun guna hashtag tu.. akai tadak ka???


Read More

Monday 10 March 2014

SHiemaCMa 1st Giveaway 2014





 KLIK SINI



Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk " SHiemaCMa 1st Giveaway 2014"
3) Letak banner SHiemaCMa 1st Giveaway 2014 dalam entry berserta link
4) Hantar link entry uols ke kotak komen entry ini.

Nota :-
Ga akan berlangsung selama 3HARI jer..
Pada 14hb CMa akan keluarkan Senarai Peserta.
Dan 15hb CMa akan Umumkan Pemenang Bertuahnyer..
pemenang dipilih secara cabutan bertuah yee..
Seri yang akan cabut undi ^^

Dan Hadiahnyer :-

TOP UP RM30 Atau Wang Tunai RM30 (Pilihan)











Read More

Keep Pray For MH370



Teruskan berdoa untuk mangsa-mangsa MH370
Semoga segera ditemui walau dalam apa jua keadaan
Semoga keluarga yang terlibat terus tabah
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Hentikanlah spekulasi dan komen2 yang negatif
Jagalah sensitiviti pihak2 terlibat

Ya Allah, sesungguhnya yg di langit dan dibumi ini milikMU..apa yg berlaku adalah ketentuanMU.. Kami mohon kasih sayangMU ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan.. Berikanlah sebarang tanda utk pesawat itu utk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya .. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan.. Ameennn....

Panjang2kan lah doa ini .. Sbb kita tak tahu antara mereka yg membaca dan mengaminkan doa ini mungkin orang itu doanya yg paling makbul ..


Read More

Thursday 6 March 2014

Quotes#6 Agreed????

Read More

Quotes#5 Berkata Benar

Read More

Kenapa perempuan juga yang yang menjatuhkan perempuan lain???

1Malaysia skang tengah panas dengan isu Hanez Suraya(HS)&Romie vs Liyana kan. Da citer panas kan, aku pun tumpang sekaki la ambil tau..Pandangan aku la 

Aku sebagai perempuan...
Tak setuju cara HS beri kenyataan dalam beberapa siri Melodi yang lepas2. Berlagak sungguh. Mencabar-cabar kesabaran sang isteri. Cara bercakap pun da cukup bongkak. Memang panas kalau dengar statement-statement dia.. Menipu awal-awal da satu hal. Macam memercik minyak ke bara api. Pada insan-insan yang tahu dia berbohong, melenting la.. dunia sekarang ni kan dunia siber. semua di hujung jari je.. 

Aku sebagai ibu..
Memang aku pun akan panas hati bila sentuh bab anak-anak ni. HS tu skandal ngan Romie je.. Kenapa perlu melibatkan anak-anak dalam skandal diorang. Upload gambar tu tujuannya apa? Nak menunjukkan dia sgt keibuankah dengan bakal anak-anak? Pastu bagi statement, banyak gambar bebudak lain dlm IG dia tu,kenapa nak kecoh? hmmm...budak2 lain tu anak skandal2 dia jugak ke??Tolong la jangan sentuh anak2, sensitif sgt bagi ibu2 ni.dah amik bapak budak, bapak budak je la. Jangan la tunjuk seolah-olah anak2 pun ko rampas jugak

Aku sebagai isteri..
Sapa yang x sedih kalu suami yang berperangan macam ni. daripada statement Liyana aritu, aku rasa dia pun da xde rasa sayang pada laki sebab asyik dok ulang perangan gini. makan hati, makan dalam oiiii. luaran mungkin kita nampak dia kuat, tapi dalaman Allah je yang tau. Bersusah-susah dengan bini, bersenang-senang dgn org lain. Setia perempuan diuji masa laki xde duit, tapi setia laki diuji masa banyak duit.. Aku rasa selama nipun dia bertahan disebabkan anak-anak je. tapi sabar tu kan ada hadnya. Aku rasa dia da cuba pertahan maruah laki dia..tp bila si HS ni dok cabar-cabar dia, secara x langsung HS membuka pekung di dada sendiri. 

Untuk si Romie plak, dah ko kata Liyana gagal kembali taat n nak proceed dengan cerai, apa yang kau tunggu lagi??? siap2 le bahagikan harta sepencarian, nafkah untuk anak2 darah daging kau yang selayaknya & sewajarnya. settlekan hal tu cepat then kawen la dgn si HS tu. time tu canang la semalaya maupun seantero dunia. ini belum pun selesaikan hal keluarga sedia ada, da sebuk nak bina keluarga baru.. lelaki la sikit, x mau lagi lepas je.kenapa perlu  nak seksa perasaan isteri dan ibu anak2 ko tu?? tersiat2 hati dan perasaan dia tengok gambar2 ko & HS tu. yang halal ko x amik kesah, tapi sebok kt yg haram ni

Simpati pada nasib Liyana. aku harap liyana kemuka la tuntutan apa yang patut.


Perempuan yang menjatuhkan perempuan lain. Lelaki tepuk tangan la sebab mesti dia rasa valuable sgt

Hanya yang pernah mengalami memahami situasi....kannnnnn???
Read More

Saturday 1 March 2014

Xtvt Sabtu

tiada pape yang menarik
bangun pagi seperti biasa
siapkan sarapan
kemas2 menyapu bagai..sidai kain baju
siap2 masak makan tengah hari
sebab nak kuar g servis keta

arini cik aang sibuk..maka pegi la servis sendiri
tokey bengkel pun da kenal
sampai2 bagi kunci pepandai le dia nak buat apa
servis + tukar minyak itam & filter
total RM 120.00...naik seploh hinggit compare last time datang servis
tapi xpela..servis sume bagus


bodyguard saya arini


dapat upah biskut
kemain suka
tiga2 kiddos sedang tido
jap lagi nak upah eskrem
pastu nak suh tolong basuh keta
diorang suka la..bukan membasuh sgt pun..main sabun je lebih

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah