Tuesday 30 December 2014

December's Celebration


 

 29 Disember...
Genap 33 tahun bernafas di bumi Allah
Syukur dengan segala nikmat yang dikurniakan
Moga tahun-tahun yang akan datang memberikan lebih sinar


Selain dari birthday aku,

21 Disember, birthday abah aku
Happy Birthday abah
Semoga abah diberikan kesihatan yang baik


25hb Disember.. Anniversary abah&mak yang ke 38 tahun
Happy anniversary

23 Disember
Birthday satu-satunya anak buah aku (buat masa ini..seorang lagi insyaAllah akan menyusul dalam masa yang terdekat ni... berdebar mak ngah tau)

Sorry..semalam  baru mak ngah teringat
Happy 2nd Belated Birthday Nur Amni Sofea

 

Soon, birthday akmal n adik ipar plak on January

Read More

Tuesday 2 December 2014

Monday 1 December 2014

Hello December


 

Bulan kelahiran saya ...yeayyyy


Read More

Wednesday 26 November 2014

Mata Panda








ye... mata panda
berjaga malam sebab aqil tak sihat
tak boleh tido lena dia malam tadi
sekejap2 terjaga.. menangis..merengek

mengigau2 panggil si akmal pun iye
da rindu sangat agaknya

skang aqil tido
jadi adalah masa nak layan blog kejap
sambil layan sinetron

teringin cream puff la pulak
nak buat arini ke esok ye?
masak kena datang dengan mood penuh kasih sayang
kang tak jadi pulak





Read More

Mari Beli Tudung

Salam semua

Nak announce ni

Saya jual tudung
Insya Allah, patuh syariah ye tudung ni
Material pun dijamin selesa...
Jom la rasa keselesaan tudung ni
Jemput jenguk ye di link2 ni

https://www.facebook.com/AyuMuslim/media_set?set=a.10202870646631395.1073741832.1358921467&type=3

https://www.facebook.com/AyuMuslim/media_set?set=a.10202870581749773.1073741830.1358921467&type=3

https://www.facebook.com/AyuMuslim/media_set?set=a.10202870611070506.1073741831.1358921467&type=3

https://www.facebook.com/AyuMuslim/media_set?set=a.10202895928063415.1073741834.1358921467&type=3

Boleh PM atau Whatsapp 017.699.1259 saya kalu berminat

Belanja sikit gambar tuan tanah ni dulu


 
Tuan Tanah memakai NR009 dari album Clearance tu ye




Read More

Saya Jual

                                       (A)                                                         (B)




Saya Jual
(A) RM 12.00
(B) RM 20.00

Berapa keping?? x kira..janji isi sampai penuh
sapa nak wassup kita ye 0176991259



Read More

Tuesday 25 November 2014

Mudahnya dengan GOOGLE

trend masa kini kan
nak tau pasal apa saja sekalipun
senang... GOOGLE je

sebagai orang dapur, google banyak sangat membantu
mana taknya, asal terlintas aja nak masak sesuatu yang aku tak pernah masak tapi nak cuba masak
google aje la jawapannya
dan2 tu jugak tau resepinya
senang kannnn..

seumur hidup aku, baru ni la aku buat karipap sendiri
seumur 33tahun aku hidup k
tak malu nak mengaku pun sebab memang betul pun
walaupun dulu mak aku meniaga karipap, x pernah aku nak nak maik tau resepi bagai
sebab part aku dulu2, cuma buat inti karipap aje

tapi bila da beranak pinak ni, karipap da jadi salah satu fevret anak3
kena la belajar buat kan
takkan nak membeli je kejenya
mana puas makan
tambah pulak, anak dara aku si alya tu punye fevret karipap lain pesen sikit
kalu beli, dia cuma makan tepung kelim je
abis sume karipap togel dimakan kelim aje
bila buat sendiri ni, boleh le aku buat stok karipap version alya.. karipap kosong tanpa inti

buat satu dok..30++  biji juga la dapat
siap boleh frozenkan lagi
bila2 anak minta, boleh terus goreng
tapi percayalah..30++ biji stok aku buat tu cuma bertahan sehari setengah je okeyyyyyy
kena la menguli lagi nampaknya sebab balance inti ada lagi

goreng sekejap sebelum masuk freezer

kalu time aku buntu tak tau nak masak apa, pun aku google je cari idea
silakan anak2...minta apa saja kamu nak makan, ummi petik google je
insya allah, jadi...hihihiii

bukan takat resepi masak memasak saja..
kadang2 bila aku teringin nak menjahit sesuatu tp x berapa tau sangat, pun aku google gak
bila2 nak pegi ke mana2 tempat yang aku x penah sampai lagi, pun aku googlemaps dulu
takut sesat even ade waze sekalipun.. lebih confident sikit la
nak survey2 harga barang pun aku google gak

untung kan mak2 zaman sekarang ni
maklumat sume di hujung jari je

tq google memudahkan keje mak2 zaman moden
tq unifi sebab menghubungkan aku dengan google
luv u both..muahciked



Read More

S.U.N.Y.I

 Memang sunyi bila Akmal & Alya takde
Sunyi lain macam.. tak sama macam sunyi hari2 persekolahan
Tok & Opah bawak balik kampung Teluk Intan, then nak singgah Cameron Highlands plak
Suka la budak berdua tu dibawa jalan-jalan
Cuti sekolah kan...kasi chance le jalan2 dulu
Next week nak anto kelas mengaji pulak
So, schedule macam sekolah gak nanti..kena bangun pepagi



Yang sunyinye kat umah ni..aku dengan Aqil si kenit tu
Celik mata je da mencari abang n kakaknye
Selalu ada geng gaduh.. da seharian ni main sengsorang je
Boring la tu..
Da takde geng main, aku la jadi mangsa
Tak boleh nak buat keje lain, kena dok ngadap dia je main
Ni dia nap jap, boleh le aku online
Kalu tak, on je laptop, dia yg sebok dulu

Haihhhh...sunyi oiiii
Camne la karang 2 minggu aku nak hadapi bila anto budak berdua tu kat umah tok Johor pulak
Da bertanya2 tu...


Read More

Friday 21 November 2014

Kuat Tido

Ini kisah anak dara si Alya Firzanah
Aritu masa gi amik report card, terbocor la rahsia
Cikgu dia kat sekolah bagitau dia ni kuat tido
Orang sembahyang Dhuha da siap bagi salam, dia sijid x bangun2 
rupa-rupanya tido bikin ailiyo
Kadang2, time orang zikir dok goyang2 badan tu, dia dok goyang buat taik mata

Tapi selama ni cikgu x penah bagi bukti
Aritu cikgu send video kat grup parent2 ni ha
malu mak oiiii sebab cikgu panggil kakak dewa tido

haihhhhh.. x brenti gelak bila tengok video kakak ni

 



 tido awal ke, tido lambat ke.. ni la pesennya
 patut la dia kata cikgu jahat (garang).. asyik marah je
abis tu, kalu dapat murid gini, cmne??
Read More

Entry Macam-macam



 Kita mulakan entry arini berkenaan cuaca
Rasa macam best sangat cuaca pagi tadi.. awal matahari memancar
dengan confidentnya la aku mendobi sebab bakul da penuh
Masa sidai kain pun cuaca sangat la memberangsangkan
Happynya menyidai dengan harapan 2-3 jam lagi da boleh angkat jemuran

Arini masak awal.. sambil2 tunggu basuhan siap, sambil masak
Menu simple je arini.. Gulai nenas dengan udang inspirasi dari ChefWan


Kena abiskan sebiji nenas sebab nenas da mula masak
Nanti tak sedap buat gulai
Tapaw untuk mak mertua sikit
"masam,manis,masin,lemak...perfect. boleh bukak kedai, kata ibu mertuaku"..hahahaaaa
bukan aku kata eaaaa
Senang kalu da siap masak awal2 ni kan

Sambil2 tidokan aqil, aku pun ikut le terlena sekali
Tersedar pun sebab aku terjaga pasal apa la kipas aku ni kuat sangat bunyinya
sekali selak langsir... tu diaaaaaa

abissssssssssss..... da basah lencun sume baju
skang ni dok ada dalam washing machine
petang kang sebelum jemput budak2 balik sekolah, nak g singgah dobi
nak keringkan baju..boleh lipat terus
sempena dobi masih lagi memberi potongan 50%, kita manfaatkan le di musim2 ujan x menentu ni


 Aritu, teringin sangat nak makan tart nenas
tapi xmo beli sebab tau bukan nak makan banyak mana pun
maka kita buat je la ye..beli inti instant
google resepi.. tadaaaa

sedappppp... tapaw le kat mertua sikit
sebab kat umah ni aku je yang layan tart nenas ni

daaaahhhhhhh..tu je nak citer
babaiiiii



Read More

Friday 14 November 2014

Happy 4th Birthday Alya Firzanah

14.11.2014

Happy 4th Birthday Kakak Alya

Semoga kakak membesar menjadi anak yang solehah

Semoga perangai kuat merengek, suka jerit2 kakak tu berkurangan

Semoga jadi kakak yang baik untuk adik aqil.. stop buli aqil k



Buatkan kek coklat simple saja untuk makan2 dengan kawan2 sekolah
Bungkus goodies snack juga untuk kawan2 sekolah
Walaupun x meriah mana sambutan, ummi tau kakak happy sebab dapat share macam2 dengan kawan2 kan
Lain kali kalu ada rezki lebih, kita buat special k kakak


Read More

Tuesday 11 November 2014

Tips Kebahagiaan Anak

 

Nak share tips sikit
Untuk share, untuk diamalkan dan untuk simpanan d blog sendiri




Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


Dipersilakan SHARE



Read More

Monday 10 November 2014

Wajah Baru

eehhh.. da lain sikit kan rupa blog kita
(konon je macam le orang perasan sangat apa yang berubah)
kita suka...

skang ni asyik ujan aje kan.. best la sebab sejuk je..nyaman
tapi yang tak bestnye, baju susah nak kering.. nak lipat pun takde mood sebab baju ala2 lembab walaupun da kering

semalam kita potong lagi rambut anak dara ni..
rasanya baru sebulan lebih potong
da minta potong lagi
kemaruk nak potong rambut pulak skang ni sebab baru tau rupa2nya potong rambut ni x sakit
potong sendiri hentam la labu sebab anak dara ni takut masuk kedai gunting
fobia gaknye tengok akmal kena mesin rambut




memberi effect dagu runcing di situ..
mak suka sangat anak oiii..
x kesah la ayah nak kata macam cendawan ke macam apa sekalipun, anak dara ni tetap comeyyy di mata pemotong rambutnya...ohooiiiii

Read More

Thursday 6 November 2014

Cleaning..cleaning..cleaning

Assalamualaikum...

Da few days bergelar surirumah sepenuh masa
Tak tau la untuk sementara atau selamanya

Xtvt arini adalah cleaning semata-mata
Sorting barang2 dlm stor
Rearrange juga.. cuci2..

Buang la majalah2 lama
Dulu sayang nak buang
Konon2 nanti2 bila ada masa,nak selak2 baca2 semua
Udahnya terperappppp...jd sarang lipas la pulak
Jadinya, sempena nak naikkan mood bersurirumahtangga ni,marilah membuang apa yg patut
Terutama majalah2 lama ni
Lama betul tunggu apek sokabar lama ni
Td da dengar da melaung
Tup2 ni senyapppppp la pulak
Sejam da tunggu

Letih..nk masak pun xde mood
Nasi goreng pagi tadi je la nampaknya
Sian si aqil..melayan diri sendiri dia arini
Maknye sebok beno.. nasib la pandai bawak diri si kenit tu

Ok...nak sambung ngemas
Tata

Read More

Friday 24 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436H








Salam Maal Hijrah
Selamat Tahun Baru Hijrah
untuk semua umat islam

Jangan lupa baca  
Doa Akhir Tahun yang di baca 3 kali pada akhir waktu asar 
sehingga sebelum waktu maghrib.

   Doa awal tahun 1436H pula di baca 3 kali selepas waktu maghrib. 
 
Pastikan peruntukkan sedikit masa untuk membaca Doa Akhir dan Awal Tahun ye.




Read More

Thursday 23 October 2014

Aktiviti Deepavali

Syok gak cuti tengah-tengah minggu ni kan
dapat le rehat sekejap
cuti sehari je.. jadinya x ke mana2 pun
berehat bersantai di rumah saja
bukan boleh berehat sangat pun kalu da jadi mak2 ni
24 jam ada saja kerjanya kan

penuh dengan aktiviti masak memasak je la seharian tu
bekpes lempeng kelapa ngan sambal sardin
lagi sedap kalu ade kopi O.. tapi kopi O xde, nescafe O kawwww pun jadi la



dari kelmarin da teringin sangat
kebetulan cuti kan.. makan plak panas2, ditemani ujan..fuhhh..nikmatnya

tengah hari pun masak simple2 .. 
sup telur dgn suhun, sambal kering pedas meletop bilis + kentang, ikan goreng je
tu pun da cukup buat seisi umah makan penuh selera
tapi lupa plak nk snap gambo

petang2 tu plak, tengok je Mas Saari upload gambo kek minyak kat fb&ig
terus meluap2 perasaan nak buat jugak
kebetulan, memang da ade dalam list must try kan
maka gigih le menggodak kul 6 petang tu


termerekah pulak kek ni
sambil2 tunggu kek masak, sambil tu masak untuk dinner kan. terlupa kek ni jap
jenguk2 je .... alaaaaaaa da merekah pulak
x cunnnnn


merekah pun merekah laaa..
masuk mulut pun hancur gak kan
pertama kali cuba ni
sedap jugak kek ni.. gebu walaupun x bubuk ovalette sbb takde
resepi ni tiru kat Azie Kitchen

meh la kita share

Kek Minyak Yang Sedap

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.


Selamat Mencuba




Read More

Monday 20 October 2014

Nikah 24 Oktober

 Sama cantik sama padan





Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan pernikahannya 
dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar, di sini, pada 24 Oktober ini manakala majlis persandingan 
akan berlangsung pada 8 November.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat pertunangan 
dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene, di sini.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idrus memberi perkenan untuk 
Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor.

"Perkahwinannya juga akan berunsurkan istiadat ketenteraan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, hari ini.





Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan pernikahannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar, di sini, pada 24 Oktober ini manakala majlis persandingan akan berlangsung pada 8 November.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene, di sini.
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idrus memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.
"Perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor.
"Perkahwinannya juga akan berunsurkan istiadat ketenteraan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, hari ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3058#foto
Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan pernikahannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar, di sini, pada 24 Oktober ini manakala majlis persandingan akan berlangsung pada 8 November.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene, di sini.
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idrus memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.
"Perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor.
"Perkahwinannya juga akan berunsurkan istiadat ketenteraan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, hari ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3058#foto
Read More

~ I WANT TO TOUCH A DOG ~ don't want actually



Pertama kali tau pasal benda ni, respon aku 'gila apa la orang sekarang??!!!'
Nak buktikan apa dengan kempen ni sebenarnya??
Dapat sambutan pulak tu
Aku bukan la bijak pandai sangat pasal agama ni tapi cukup untuk tau berfikir
Nak kata aku kolot, aku tak up-to-date.. katalah
Tapi aku tak setuju and tak suka kempen seumpama ni
Takde sebab yang mengharuskan untuk aku sentuh anjing2 tu
Kalu tersermpak pun, sure aku akan elak berada dekat dengan makhluk Allah yang satu ni






Banyak lagi kempen lain yang lebih bagus untuk umat islam, tapi kenapa kempen ini jug ajadi pilihan
Buat le kempen sayangi warga tua ke.. buat le lawatan ke rumah orang2 tua
kempen sayangi anak yatim ke, kempen bantu fakir..



Read More

Monday 13 October 2014

Simple Itu Menawan

Salam semua..

Lamanya la blog ni terbiar
walhal bukak blog ari2.. tapi bila tang nak update tu, cam berjanggut memikir nak story apa
hasil godekan dropbox, kita citer la pasal makan ye arini

taraaaaaa...Ayam KicKari namanya
resepi yang simple tapi menawan qalbu gitu
makan plak ngn nasi pepanas..
berpinggan2 makan tak sedar tau


maafkan gambar yg kurang menawan ni


Bahan2 : 
bawang merah + bawang putih + halia = ditumbuk
serai diketuk
ayam - digoreng dulu
2-3 sudu serbuk kari
kicap

Cara2: 
1. Tumis bahan tumbuk then masuk serai
2. Da naik bau, masukkan serbuk kari (style aku memang x buat paste k.. terpulang). tumis sampi naik minyak 
3. tambah sedikit air. agak2 le nak kuat pekat ke cair. then masukkan kicap
4. siap..hihihiiii

senang kan.. 
memang x bubuh perasa.. sbb ayam goreng tu kan da digaramkunyit kan.
tambah plak ngn kicap
so, rasa dia memang da perfect.. x perlu tambahan gula o garam
tapiii.. tu lidah aku.. ejas2 le ikut rasa yg korang nak ye
          
then

kita cuci mulut cuci perut dengan...


ofismate bagi..
aritu nampak dm fesbuk org dok update psl ni
terus buat..
pelam + gula lebih + cili potong + serbuk asam sikit je
simpan jap dalam fridge
dapnyeeeeeeee

nota kaki:
x terror nak citer tentang resepi2 yang hebat. so, kongsi apa yg kita tau je.. ye tak???


Read More

Friday 26 September 2014

Pertama Kali...

kesahnya..
akmal n alya nak register tadika next year
so, cikgunya da mintak gambar pasport utk tujuan tu la
maka, pegi le ke kedai.. bergambo la mereka2 tu
nak tengok hasilnya??





ni je la yang mampu..yang terbaik
selepas shoot beberapa kali

anak-anak aku pemalu orangnya.. macam mak diorang la kan

Read More

Thursday 18 September 2014

Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!

Sempena pembukaan butik online yang dijalankan oleh Sally dan juga kakaknya, diorang bermurah hati nak hadiahkan sehelai dress yang akan dipilih secara rawak untuk pembaca blog Sally..
So, girls...what you waiting for..?



  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally (Kalau ada + optional) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sisters Closet 
  2. Tolong klik SITI - SALLY - THE - SISTERS - CLOSET - DRESS - GIVEAWAY
  3. Buat satu entry bertajuk Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  6. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...Hanya SEORANG PESERTA yang akan dapat sehelai dress.
  7. Giveaway akan berlangsung daripada 16th September 2014 - 19th September 2014
Credit : Mialiana.com

Read More

Tuesday 9 September 2014

Bukan Semua Orang Suka Kita.. Stay Positive!

Memang itu la hakikatnya kan
Bukan semua orang suka kita

Tak suka dengan sikap bermuka-muka ni
Depan macam ok ..tapi di belakang dok mengutuk siap bagi nama gelaran lagi

Kesahnya la kan..
Kat ofis ni aku lagi suka bercampur gaul dengan kerani2 daripada pegawai2 lain
Walaupun aku pegawai cam diorang gak tapi aku rasa aku xleh nak fit dengan cara diorang
which is aku rasa terlalu kepegawaian sangat.. mcm kasta gitu
Sebab aku bukan jenis orang macam tu
Pangkat tu cuma hiasan dunia je kan
Pernah cuba fit dengan cara diorang tapi siyes xleh
Rasa macam bukan diri sendiri pulak

Aku suka join kerani2 ni sebab aku tak rasa diorang fake
Diorang still hormat aku as pegawai diorang
Aku tak pernah pandang rendah pada diorang sebab kalu kerani takde abis le ofis
Sebab banyak pegawai manja n mengharapkan kerani buat itu ini

Disebabkan aku terlalu baik bergaul dengan budak2 kerani ni, maka ada la insan2 yang kurang senang melihat keakraban kami2 ni
Kantoi la semalam yang diorang ni dok mengata aku bilamana tetiba dalam wassap ofis ada msg pelik2
Bukan syak wasangka lagi tapi aku tau benda tu direct memang ke aku
itu la, bila da banyak sgt grup wassap, diorang lupa kot diorang sembang kat grup yang ada aku
bukan grup special yang diorang create untuk 'mesyuarat tingkap' diorang

Aku xde hal.. cuma tetiba terus rasa semacam
Muka cantik penuh sopan santun belum tentu melambangkan mulutnya juga akan mengeluarkan kata2 penuh santun hokeyyyyy
Tak sangka.. itu je
well, sekarang da tau kan topeng diorang
Malas terus nak bertegur sapa
Bukan apa, x kuasa nak tengok sikap muka2 diorang
Tak tau la diorang sedar ke idak yang aku da tau selama ni diorang dok mengata menggelar aku bagi
haihhhhh

lantak la kannn... yg penting kita ENJOYYYYYYYYYYYYYYY








 betul tak??????????????
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah