Wednesday 26 December 2012

Support La BF Mommy Ni

Aku sedey weiiii..
kalu orang terdekat cam x support aku BF Aqil..
merasakan leceh nak uruskan EBM..

sentap aku bila kuar ayat 'bagi susu tepung je la senang...'
nangis mak ko ni aqil..
tapi dlm ati je laaaa..
walaupun da seminggu lebih situasi ni berlaku, tp mak ko ni masih bersedey..

bertabah la aku kuarkan ayat 'sekurang2nya dpt BF setahun..'
tambah plak ada yg menyambung 'ala.... 4 bulan lagi je tu...'

nangis berjurai2 dalam ati ni..
nak cakap lelebih, takut tersilap cakap..ada plak yg makan ati
tp ckp susah.. x cakap pun susah..

memikirkan plan B..next year
since kalu da rasa susah kan, aku bley je nak mudahkan....
Read More

Monday 24 December 2012

Aku Phobia Sejak Kena Skodeng..


Bukan kena skodeng time mandi ke..time tukar baju ke...
Kena skodeng kat umah lama ni..aku jadi phobia
keje nk check traffic source je.. ade ke x dr satu tempat tu..
ade yg folo privately ni pun aku da cuak..

tp kalu memadang nak cuak je.. baik x yah berblog..ye x??
Read More

Best Keje Bila Orang Lain Sebuk Cuti





mode keje arini adalah sangat heaven..
sume boss cuti.. tinggal brape kerat je orang kat opis ni..

tapi sunyi sangat pun bosan gak.. sakit kepala n mengantuk..

yang bising cuma mesin potostat jerr... dari td x brenti buat keje. orang rama ke..orang sikit.. tetap yang paling sibuk adalah mesin potostattt....





Read More

Boleh Ke Termengandung Juga Wpun Da Pakai Implanon???

Implanon 01

walaupun doc kata implanon ni 99.9% boleh dipercayai mampu mengelakkan dr mengandung, aku seriau jugak la skang ni..

sbb simptom2 kalu aku pregnant mcm da mula menunjukkan diri..siyes risau ni..
no.1 - sebab bila awal pregnant je mata aku mcm bubuh pemberat.. xleh nak bukak langsung
mengantuk 24 jam.. makan pun bley tido..

no.2 - ade orang tegur badan aku da lain macam nih... oh tidakkkkk

no.3 - aku mula craving makan sesuatu yg manis..A MUST..setiap hari..aiyokkkkk

minggu lepas aku da check..gara2 cuak sbb hubby citer kawan opis lama dia pun bininya pakai implanon.. boleh termengandung jugakkkk.. aku seriau terus lari gi farmasi beli UPT.. lega bila negatif.

tapi melihatkan kepada simptom2 di atas yg mc da berlarutan 3-4 ari ni.. mcm kena lari lagik g farmasi..

p/s: mengharapkan negatif.. sbb anak3 aku kecik lagiii weiiiii
Read More

Sunday 23 December 2012

bila semua berjemaah...






ni la waktu yang paling aman... bila semuanya lena diulit mimpi

makanya, maknye ni laju2 masuk dapur.. da lama giler craving kek coklat karamel..


Read More

Thursday 20 December 2012

131212...aku officially seorang MakNgah

Read More

Bila Semua Demam...APTB










Yaya da demam since jumaat lepas.. full package : demam + batuk  + selsema
merebak ke aqil dengan jayanya start sabtu malam..full package jugak
ummi diorang ni mcm nak pitam da sbb x cukup tido + keje lebih masa..
keje lebih masa sebab mesin basuh buat masa ni hanya bley spin je.. makanya, keje2 menyental n membilas baju terpaksa dilakukan secara manual
malam minggu lepas telah berjaya mengerah tulang empat kerat ni mengerjakan dua bakul besar baju bajan laki bini anak3 smpi rasa mcm nak patah pinggang..2 jam berkampung dlm bilik air
terbiar jap budak2 tu..(tp sekali sekala jenguk dr dlm bilik air gak...spy2 skit apa yg diorang buat)..

tau2 je si aqil da masuk bawah katil..
yaya plak berjaya 'mengemas' laci meja solek aku
akmal plak senyap2 dok membuli dua orang adik dia tu..
aku plak..kadang2 kuar la suara konsert rock di mlm minggu tu..

arini..yaya da ok skit
aqil masih demam
akmal da mula menunjukkan simptom2 demam..sama mcm aku
tp aku tahan2 rasa nk demam aku nih...
 xtau smpi bila bley tahan ni..sbb badan da rasa sgt3 flat..

ujung minggu ni plak..mcm nak balik kampung
nk jengah anak buah aku yg pertama..sepupu anak2 aku yg pertama
tp xtau la badan larat ke tak ni
macam da keje 24/7 sejak last week.. eeehhhh.. sejak aku keje smula la

tp balik kampung nanti dpt la g massage..hmmmm...


Read More

Wednesday 19 December 2012

SegMeN TaMBaH FoLLoWeR Di HuJuNg TaHuN


  
Nasib baik laMiss Banu wat segmen penutup tahun ni.. segmen yg sy tunggu2
bley tambah follower..
sedey tau.. sejak masuk umah baru ni, suram je bilangan follower..
sudi2 la follow sy nanti ye.. sy mesti follow uols juga nanti

















Read More

Thursday 13 December 2012

Kena Tunai Nazar Da Ni..


sebenarnya, sejak saya bertukar ke blog baru ni, saya da bernazar...
saya nak bagi something sesiapa yang sudi menjadi 1st follower
arini..13.12.2012.. maka dengan rasminya...

Sue-Rya..sigadis bertudung merah ni..

 adalah orang yg bertuah..

terima kasih banyak ye.. akhirnya ada yang sudi menjengah

syukur alhamdulillah.. buat Cik Sue-Rya, sila msg saya address ye utk urusan selanjutnya
Read More

Wednesday 12 December 2012

SEGMEN: Blogwalking On December by SANDRA


blog SANDRA

blog ni adalah blog no.2..
terpaksa dilahirkan kerana blog asal telah distalk oleh orang yg psiko

blog sy adalah blog santai.. saya akan tulis apa saja yg saya rasa nak tulis.
tp saya rasa more to my personal life kot..

tq ye cik sandra sbb buat segmen ni.. maybe bley jyga menyumbang traffic later on ke blog saya..
saya tetap menulis walaupun xde yang baca apa yg saya tulis..peace





Read More

"SEGMEN : BLOGLIST DISEMBER 2012 OLEH SURIAQISTINA"

 1st segmen untuk rumah baru ni...


SYARAT-SYARAT:
1. Follow blog SURIAQISTINA dan SUWARA ENTERTAINMENT.
(Yang paling penting korang mestilah follower blog SURIAQISTINA. Xnak follow SUWARA ENTERTAINMENT pun xpe, tiada paksaan).
2. Buat entry bertajuk "SEGMEN : BLOGLIST DISEMBER 2012 OLEH SURIAQISTINA"
3. Jangan lupa tepekkan banner ke dalam entry korang ye.
4. Yang paling penting sekali, jangan lupa tinggalkan URL link entry korang kat komen di bawah ni ye.
5. Bagi yang berada dalam senarai komentar tegar, korang secara automatik akan dimasukkan ke dalam bloglist saya :)

TARIKH TUTUP : 12.12.12 (12.12 tgh malam)










Read More

DS Rosmah Mansor Da Kuar Biografi.. Jom Beli

Jom beli... (sila jangan percaya...statement x ikhlas ni)


Pelancaran Biografi Rosman Mansor


Buku Rosmah Mansor Gambar Biografi Rosmah Mansor (Harga RM150: 164 M/S). Semua Tohmahan & Fitnah, Bakal Terjawab!KUALA LUMPUR, (Bernama) — Sebuah biografi yang memaparkan pengalaman dan perjalanan hidup isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini. Majlis prapelancaran biografi itu disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Kalsom.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) yang juga penerbit biografi itu Shamsulbahrin Ludin. Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan Januari 2013.

Rosmah Mansor turut menerima kejutan apabila diberi sambutan hari lahir beliau yang jatuh pada semalam.
Pada sidang media kemudian, Ahmad yang juga penasihat kepada penerbitan biografi itu, berkata penerbitan buku tersebut diharap dapat memberi gambaran sebenar mengenai Datin Seri Rosmah Mansor dan menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau. Katanya ini kerana kadang kala segala perjuangan yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri itu disalah anggap dan wujud tuduhan meleset tentang keikhlasan beliau dalam melaksanakan aktiviti untuk rakyat seperti Permata.
“Saya ingin maklumkan dalam buku ini yang pada saya amat menarik dan dinantikan ialah soal jawab oleh kedua-dua penulis dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan beliau menjawabnya secara terus terang terhadap isu-isu yang dibangkitkan, pelbagai isu tohmahan dan fitnah dan dijawab oleh beliau,” katanya.
“Terdapat pandangan rakan dan kenalan lama antaranya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, rakan-rakan yang dikenali sejak 1964 di Kolej Tunku Kursiah yang mana pada zaman itu, beliau mempunyai empat rakan yang digelar pengetuanya sebagai ‘the giddy group’, mereka nakal tetapi cerdik dan pintar dan kebanyakan mereka ini adalah orang yang berjaya,” katanya.
“Kenapa saya bersetuju untuk menulis buku ini, saya menulis buku ini kerana saya sayang Datin Seri Rosmah dan saya mengenali hati budinya. Oleh kerana itu, apabila kita membaca sebuah buku, kita tidak boleh melihat kulit buku itu tetapi dari dalam,” katanya.

senaskhah RM150.00...silalah jengah ke kedai buku berhampiran
Read More

Doa Untuk Anak-anak

beranak rapat-rapat ni, cabaran banyak betul..
ye la kan.. susah nk bagi full attention yg sama rata pada semua..
sian la kat anak2 aku. sorry ye sayang2 ummi

hmm.. ni la yg jadi  bila ilmu family planning x penah nak berat sangat
apapun, aku terima rezeki Allah dgn tangan terbuka n lapang dada
sesungguhnya, hanya Dia tahu apa yg terbaik untuk hambaNya

but, buat masa ni cukup la dengan tiga orang ni.. nk divide attention pun susah
keje memang multiply.. double triple..
bil ada masing2 banyak beno kerenahnya, sabar pun makin la tipis
sian diorang..asyik kena marah jerr
lepas marah tu, mula la rasa aku ni teruk..
haihh..kena bina sabar yg berganda2 tingginya

oleh kerana itu, meh nak share ilmu keibubapaan skit ngn korang..(feel like mcm ade je orang baca blog aku..xpe, kalu bukan arini maybe akan datang, akan ade orang baca kan. positif je la)


pix z

Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredai. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semulajadi memiliki sifat-sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji kesabaran ibu dan ayah.

Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang Muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian. Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.

Dalam Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati. Doa juga memainkan peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga. Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan anak dan tidak mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa.
Doa untuk semua
Setelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu, kita diminta berdoa kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan. Demikian yang harus kita lakukan sebagai ibu dan ayah kepada zuriat sendiri.
   
  • Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.   

  • Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:“Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah. Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga  

  • Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud: “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
  • Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati 
  • Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran 
  • Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud    “ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.” 
  • Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
  • Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:  “ Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami. 
  • Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.

Doa-doa amalan
Antara ayat Al-Quran yang boleh diamalkan:
Saat anak-anak bergaduh - Baca surah al-Baqarah, ayat 102, yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.  
Anak-anak pandai belajar – Baca surah al-Anbiyaa, ayat 79, yang bermaksud, “Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.” 
Anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran – Baca Surah al-Anbiyaa, ayat 69, yang bermaksud, “Kami berfirman, hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.”

P/S:lupa nk letak backlink..btw ni amik kat webpage PaMa
Read More

Derma Darah

korang suka derma darah x?? aku memang suka.. 
sejak mula2 menderma dulu..tahun 2002..
sejarah awal tu, menderma xde la ikhlas sgt. lebih kepada nak escape xtvt Ko-ko..
sesapa yg menderma darah, xyah g xtvt Ko-ko on that day..
makanya, sume pun berlumba2 la nak menderma darah
dari situ juga la aku tau darah aku jenis Bplus.. same as my boypren (now hubby)

xde la sakit sgt pun.. 
bangga weii bila diorang kasi pegang pack darah yg ko derma tu..
panas jerr..
at least aku mampu tolong save others life even with 1.5pain darah je..
masa ni jugak la, korang bley tau kot2 la korang ade penyakit berkenaan darah
sbb darah yg diorang amik ni akan diuji dulu..

arini KKM ade wat kempen. aku da berkobar2 sejak semalam lagi...
tapi...rupa2nya, ibu yang menyusu xbley menderma
kecewaaaaaaaa.. sbb da lama giler aku x donate darah tawww

meh share sikit..


blood dr
ingin mengajak rakyat Malaysia agar menanamkan sifat dermawan dengan cara menderma darah bagi membantu para pesakit yang memerlukan....
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya;
  • Mangsa kemalangan
  • Pesakit yang menjalani pembedahan
  • Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
  • Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
  • Ibu yang mengalami tumpahan darah

Ciri penderma darah:
1. Sihat tubuh badan.
2. Berumur 18 hingg 65 tahun, berat badan melebihi 45kg
3. Tahap hemoglobin melebihi 12.5%
4. Tiada penyakit kronik
5. Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma
6. Tidak mengambil antibiotik
7. Tidur lebih 6 jam pada malam sebelum hendak menderma

PENTING !!!
Anda DILARANG menderma darah sekiranya :
Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :
# Menggunakan dadah secara suntikan
# Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
# Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
# Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
# Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
# Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda menghidapi penyakit-penyakit seperti :
             - Sifilis
             - Malaria
             - Sakit jantung
             - Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
             - Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
             - Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
             - Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja
Read More

Tuesday 11 December 2012

Aku Cuak..

y la lately aku ni ngidam nak makan memacam...
haihhh....haaaa..jgn nk ckp aku preggy eh..

tapi cuak tetap ade even though aku pakai protection. mau x cuak..aritu hubby bgtau kawan dia yg guna method yg sama pun bley pregnant jugak.. jadik, xde la 100% secure kan??

nak kena test jugak ke???
Read More

Monday 10 December 2012

Saturday 8 December 2012

Kuasa Tangisan Budak














seronok la diorang ni... nangis sikit je da dapat apa yg diorang nak..
tu kalu ngn ayah dia la...

kalu ngn ummi ni, memang strict sgt2..
x laku hokey tangis2 korang
Read More

Friday 7 December 2012

jom ke saloon...

 

last wiken dapat jugak balik kampung.. setelah berbulan2 ngidam nak balik kampung sesangat.. rindu nk sedut udara segar amat.. lepas aqil discharge terus settle g bengkel settlekan hal2 insurans untuk keta aku yg eksiden tu.. smpi ke sudah dok terperap lg dlm draft

petang tu tunggu adik aku abis keje.. tunggu punya tunggu punya tunggu..kul 9.30 baru sampi umah aku.. sbb aku penat, dapur x berasap le..seb baik dia tapaukan mekdi.. cincai2, gerak kul 10.30mlm dr umah aku.. aku yg konon2 xmo tido, nk teman dia drive, last2 tersengguk2 gak.. mana tahan weiii.. tido2 ayam je 4 hari kat spital  tu.. smpi umah dekat kul 2pg. 

tujuan utama balik kampung sebab...aku nk bedal durian puas2. kt umah sendiri, jgn harap okeyyy.. susah bila cik abang ni mabuk durian.. jadinya, berulas2 la aku bedal mcm org nak lepaskan kempunan.. siap buat 'ketayap durian' a.k.a. crepe durian yg tengah femes seantero donia tu.. 

sempat jugak bwk bujang ni potong rambut.. this time, da x takut2. siap request lagi nak potong rambut mcm otomen titus. ikut pelat2 dia laaa..hmmm..aku pun x paham sgt tp telinga aku dengar camtu la.. abis2 potong tu, terus request nak pacak2 rambut....

memang best biler dapat balik kampung kannn... rasa malas jerrr nk balik rumah sendiri. skang tunggu adik aku si mak buyung tu nk meletup 2-3 ari lg ni.. pastu, yeayyyyyyy... balik kampung lagiiiiii
Read More

Wednesday 28 November 2012

Warded..


 
Aqil demam da 4 hari.. tapi on-off... kejap ok kejap kang panas sangat.. since ari sabtu masa g family day lg.. siang tu ok je main air pantai.. malam tu dia mula da demam.. awal2 pagi tu nangis je n start mcm tersentak2... da seriau da ummi dia ni.. jam2 tu jugak kuar p cari klinik dengan harapan ade la klinik 24 jam kat PD.. at last jumpa gak.. lega sekejap

991/36, Jln Pantai Batu 1, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
06-647 2211

masuk2 tu masa registration, awal2 kerani kaunter tu da sound 'caj mahal ni ye kak sebab datang awal2 pagi (masa tu dlm kul 4 pagi..)'.. x kesah la janji keadaan aqil akan ok

masuk bilik doc, doc letak tangan kat dahi aqil n terus decide nk bagi ubat apa... without taking aqil's temperature properly which is quite high at that moment...x puas ati gak ni.. nurse masuk ubat vuntut.. sambil2 tu lap aqil ngn tuala basah.. done with that.. masuk balik bilik doc.. ingatkan doc nak bagi explanation or nak check temperature semula.. rupa2nya, itu je la treatment yg kitorang dapat.. overall charge for that is service + ubat  is RM100...wat the F!!!!

hubby da marah2.. bukan sebab bayar mahal tp kitorang rasa bayarn x setimpal dgn check ala2 kadar camtu.. siap doc tu sound lagi kitorang ni cerewet.. WTF kali ke-2!! bengang ko.. ubat busuk giler.. bagi aqil sekali je..pastu takut nk bagi sbb xleh nak tengok expired date..da tertampal ngn sticker klinik..

isnin tu aqil da ok skit.. tp siapa menduga, awal pagi selasa tu, temperature naik sekali lagi.. this time goes 39.5deg.. masuk ubat vuntut. selepas 1 jam, x turun2 jugak, terus bwk g A&E.. terus check temperature n aqil dimandikan awal2 pagi tu... menangis mcm nak hilang suara.. sedey ummi dia..tp xpe asalkan dia ok.. terus set appointment ngn paedtrician.. 

hmmm.. lung infection - warded - both aqil n ummi of cos..

4days - tuesday to friday - makan tido makan tido je dua2 orang ni

bila bley discharge - nak pengsan tgk bill!!!!
 

Read More

spend time ngn aqil kt 'hotel'

Read More

Monday 19 November 2012

.S.T.R.E.S.S.

tengah angin satu badan ni..
da 2 bulan gaji x masuk..
oiiii.. orang sumber..
tolong la buat keje betul2

keta nak gerak
nak kena tuang minyak
tuang minyak kena ade duit
kalu la boleh tuang air jerr

aku keje, anak2 aku hantar nurseri
cukup bulan owner da mintak duit
bulan lepasnya yuran..
gagah lagi aku nk korek2 laci..
selak2 baju kot2 ade duit terselit sana sini

bulan ni da xde tempat nk korek, nak selak..
walau x pakai dapor arang..(motip???)
dapor kena berasap jugak kan
xkan nak melantak megi je ari2

bil air bil api bil tepon bil keta bil bil billll
bila bley bayar??
cukup2 la aku tunggak sebulan da
takkan nk tunggak 2 bulan plak
seb baik astro da lama aku banned

ni yg aku stress bila aku stress ni
mula la susu nk merudum..
weiii susu..
ko jgn la buat hal time2 camni
duit da xde nak bayor seperti di atas tu..

tension!!!!!!!!!!!
Read More

happy sunday

 

senang betul aku upload gambo skang.. aritu rasa cam leceh je. nk kena connect cable, install Kies dulu.. tp kalu guna Kies tu, xleh nak review gambo dulu sebelum upload.. which is aku rasa sgt xbest. sbb kena upload trial n error.. kot kena gambo yg memang ko nak upload, ok la kan.. tp berapa lama mau trial n error..

bila explore hp, maka terjumpa la application yg aku download tp x blajo abis lg cmne nak guna. benda alah ni laaaaa..

 
senang jerr... pilih2 gambo..shake2 hp.. upload terus ke blogger/facebook/twitter etc....

wording ni suem taip kat PC laaaaa..

xmampu nak berIpad, berGalaxy bagaiii..
camni je la yang mampu..

best juga..

Read More

Thursday 15 November 2012

Bday Celebration

 

rabu baru-baru ni, 14.11.2012 adalah ulangtahun kelahiran alya yg kedua.. ayah belanja rainbow cake.. yummy..ummi yg teringin sgt. kebetulan pulak ayah belikan.. sedappp

tapi arini, budak bucuk ni demam.. muntah-muntah teruk malam tadi.. pagi ni da bagi ubat. so, da ok sikit.. petang nanti kalu still panas, kena la ke klinik. stok ubat demam kat umah da nak abis.

Read More

Wednesday 14 November 2012

Thursday 8 November 2012

Monday 5 November 2012

Isnin Yang Kelam Kabut


sejak-sejak keje ni, aku rasa wiken da mcm xde makna jugak.. bezanya, sabtu da ahad x yah g keje, x yah anto anak2 g nurseri..

but still kena bangun awal2 pagi... nk kejarkan seminggu punye  keje2 umah yg x ter'catch up' lagi..

buat bekpes dulu, basuh baju bajan, sapu mop lantai, kemas2 dapur yg during weekdays kemas ala kadar je.. sidai baju, potong rumput yg sekangkang kera kat depan umah tu.. yg paling x menahan, lipattt kainnnnn.. berbakul2 tau tak.. hasil tuaian baju aku 5 beranak kat umah ni.. fuhhh.. lap peluh lap peluh.. bila da lipat tu..amik ko..sorang sebakul baju..pengsannnn

sambil2 memenuhi jemputan kawin juga wiken2 ni kan.. misi ke tesco cari barang dapur, susu, diapers bebudak, buah2an nk buat puree aqil.. 

sebab tu aku kata wiken ngn weekdays sama je..weekdays aku sebuk ngn keje opis. wiken sibuk ngn keje umah plak.. hmm.. boleh x nak mintak cuti rehat???

sebab penat sangatttt.. maka, pagi ini aku terlewat bangun.. da terjaga jam bunyi kul 4.30..tp selamba je aku tido balik.. tau2 je da kul 5.20.. kelam kabut mcm charlie chaplin la aku jawabnya.. but.. still manage masak nasi, sambal sardin, sambal telur, telur dadar, teh o wangi panas, siapkan beg susu, pack bekal puree n susu aqil, pack bekal budak2 berdua.. all done in 30 minutes.. mcm x bernapassss

makanya juga, aku yg lalok2 ni, telah membawa kabel laptop yg aku mati2 ingat charger henpon aku.. dua kali sengal da ni...
Read More

Friday 2 November 2012

LOVE is....




sanggup buat apa saja kannnn..


happy together..

sanggup buat mcm2 utk yg tersayang

nak berkepit je sepanjang masa

tido pun nk kepit henpon.. rasa rugi kalu xdpt bls msg/ angkat call kannn..

sabar jerr..wpun kena tunggu berjam2


ye...ubatttt.. tp boleh jd racun juga kannn??


senang hati.... makan je sampai gumuk
 
asalkan yg disayang selamat, selesa..




kadang2 blur xtau nak buat ape..

apa2 pun boleh..




























p/s:
sume gambar gugel k
















Read More

~C.I.N.T.A~



Read More

Selektif Ke Aku Ni???


sejak kena stalk giler2 ngn minah psiko tu, aku jadi fobia nak tulis atau upload gambar dlm blog aku.. sebelum update blog, mesti aku berkira2 sendiri.. mencik laaaaaa

ni blog aku, tp rasa mcm xde kebebasan nk berblog.. buatnya dia berjaya menjejaki aku semula..haihhh.. mcm2 da imaginasi aku ni..tinggi ke langit... fb pun da jarang2 bukak. deactivate memanjang.. si psiko tu sebuk dok cilok gambar aku anak beranak.. kalu dijampi bagai, naya la aku..

hmm.. orang lain yg jd punca, orang lain plak yg terpaksa jd mangsa sama.. pengajarannya, nak buat apapun, kena la pikir panjang. jgn pikir seronok yg sekejap tu. jgn dok pikir bahgia korg sorang jerr. pikirkan kesan jangka panjang pada orang keliling korg yg sayang korg.. n yg patut korg lebih sayang.. lain la kalu korang hidup sebatang karaaaa.. lantak korang la nk buat ape!!!!


Read More

Wednesday 31 October 2012

Rindunya...


rindu giler nak bawak anak3 g main kat taman.. dulu masa xkeje, seminggu 3-4 kali jugak la bwk diorang g outdoor ni.. maen gelongsor, buaian.. lari2 kat taman.. ooohh.. bebasnyaaaa

sejak da keje ni, rasanya xpenah lg bwk diorang g main2 sampai berpeluh kat taman tasik ni.. sian diorang.. ye la..kuar umah..gelap. balik pun gelap gak.. kena la ikut jadual aku kannnn.. mesti diorang tension.. budak3 tau tension gak ke??



rindu nak lepak sini pepetang ngn budak3


rindu nk tgk diorang maen..pastu gelak kuat2 mcm tempat tu diorang yg punya

rindu kat budak kecikk niiiiii

Read More

Sedia Terima Teguran


Ada orang yang boleh terima.. x kurang juga yang tak boleh terima apa2 teguran kan..

yang penting, bila menegur tu biarlah kena dengan caranya.. ye tak?? kalu jenis yang memang boleh terima teguran, insya allah teguran tu akan dipandang dari sudut positif demi untuk meningkatkan mutu kerja. tapi kalu jenis yang memang xleh terima, sepatah kita tegur..berpatah2 pulak da dia menjawab..

apa salahnya kalu teguran tu membawa ke arah kebaikan dan memperbaiki mutu kerja kan.. takkan kalu orang dulu2 buat silap, kita pun nak terus buat silap. kalu kita da sedar benda tu salah, usaha la untuk berubah. jangan ambil mudah dengan berkata 'dari dulu lagi da mcm tu'.. , 'xde orang komplen pun'...

hmmm..bila orang komplen, ko plak xleh terima..haihhh la manusia..manusiaaaa...

Read More

Redha



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihanMu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya………..
suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
 
Tetapi Ya Allah…………
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Isteri yang sentiasa diredhai

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


-Untuk yang bergelar dan bakal bergelar isteri...
Semoga kita menjadi isteri solehah..
Penyejuk hati sang suami...
Dipanjatkan doa pada Illahi..
Agar kita dapat merasai nikmat menjadi seorang isteri yang dicintai lagi dikasihi suami...insyaAllah...-
Read More

Tuesday 30 October 2012

Akupuntur Untuk Baby??


Kelmarin bawak Aqil g klinik.. risau betul dengar bila dia bernafas.. bising chest dia.. sebab xpuas hati dengan layanan doktor klinik ampangan tu..

kesahnya, bawak Aqil untuk cucuk 6 bulan ari khamis sebelum raya aji tu.. punya awal aku datang amik nombor. nombor aku paling last dia panggil..haiiii..geram no.1 da kat situ.. da alang2 g klinik ni kan, mintak la nak jumpa doktor sekali sebab risaukan Aqil ni yang kadang2 xlena tido malam, mcm tercungap2 pun iye.. makanya, kena la amik nombor lagi sekali.. menunggu lagi...

depan bilik doktor ade sorang je patient.. tu pun da masuk check. tunggu result je.. senang la ati aku kan. bley balik cepat.. tunggu punya tunggu punyalah tunggu.. 15 minit berlalu.. bila la doktor ni nak panggil aku masuk???? setengah jam sudah.. aku da x tahan!!!!! misi lalu je aku terus tanya lama beno petient kat dalam tu??? sekali tu.. xde patient la!!!! bila bilik doktor tu terbukak sikit... aku dengar...

doktor: tepung 2 cawan.. gula secawan.. bla..blaa..blaaaaaaaaa..
(5 minit x abis2 lagi!!!!!) 
sibuk salin resepi rupanya doktor kita ni.. tau la nak raya esok. tp jgn la buat time keje ngokkkkkk!!! tension aku

letih aah membebel ni..kembali kepada cerita asal..

doktor kat klinik swasta ni explain la kat aku yg super risau keadaan aqil.. katanya kalu baby, kahak hanya ada di rongga tekak tu. tipis peratus untuk kahak berada dalam paru2.. ok.. lega di situ. doktor advice untuk selalu sapi vicks/ minyak baby kat dada n belakang badan. make sure baby selalu feel warm on that area. baru la bb selesa. katanya, buat la akupuntur tuk bb..akupuntur???? terkejut ummi tau aqil.. rupa2nya ala2 picit tapak kaki bb nak bagi lancar darah..haihhh...lap peluh lap peluh.. ingatkan kena cucuk2 jarum tu..

dapat ubat yang sama mcm klinik gomen tu.. so, 1 kat umah, 1 lagi kt opah..

aqil jgn noty2 tauuuu
Read More

Monday 29 October 2012

Leceh..


ye...leceh juga rupanya bila bukak blog baru ni. disebabkan aku xnak blog baru ade pape link ngn blog lama aku tu.. (xsuke weii kena stalk).. terpaksa la aku buat satu persatu secara manual..

dulu aku mengaku la, agak ghairah nak tambah follower banyak2.. tp skang ni mungkin tidak.. suka ati rang nk folo ke x.. mana blog yang aku suka baca (merefer kepada bloglist yg ku folo thru blog lama tu), aku add la kt blog baru ni.. leceh juga kena buat sesatu.. tapi xpe, yang penting aku puas hati dapat berblog semula.. but still perasaan cuak tu masih ade.. harap2 stalker tu da brenti buat keje2 xde faedah ni.. jaga tepi kain sendiri la...
Read More

Bila Da X Boleh berFB..


rasa mcm ade yang x kena je bila sehari x berFB.. tapi xde la teruk sangat mcm orang putus cinta kekdahnye.. cuma rasa mcm life circle sehari2 tu x complete bila xley berFB..

aku bukannya jenis update status ari2..setiap masa.. masuk FB pun just nak tau perkembangan kawan2 lama.. da tunang ke..da kawen ke.. da beranak ke.. beranak lagi ke.. pindah ke.. benda2 macam tu la.. maklum je la, jarak sume jauh2. alam maya ni je la dapat mendekatkan aku ngn kawan2 lama yang da bertahun2 x jumpa tawww.. sebab tu sedey bila terpaksa deactivate FB aku.. juga gara2 stalker giler yg ugut2 x tentu hala.. see..walaupun aku diduga sampai tahap hati pecah, aku masih punya rasional n belas kasihan.. xkan nak tgk someone close to u sesuka hati dimalukan gitu kannnn..

walaupun FB juga punca hati aku pecah.. aku x penah benci FB. sebab FB ni cuma kemudahan untuk berinteraksi.. tuan punya FB yang patut fikir.. niat berFB, apa yg mau dikongsikan baik status mahupun gambar.. kalu niat tu da memang2 suci sedari awal, insya allah FB tu xkan memudaratkan..

tapi kalu da niat dari awal join FB sebab nak tunjuk hebat dapat bnyk kenalan..tambah plak nak 'jual minyak'.. umahtangga pun bley hancur..

korang paham kan????

jadi apapun yang korang nak buat.. sila fikir kesannya pada orang sekeliling.. jangan la sampai memberi kemudaratan demi untuk keseronokan korang..

 

aku: sedang berkira2..perlu ke ku buat akaun fb baru juga??
haihh..menyusahkan orang betul la stalker sekor ni
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah