Wednesday 31 July 2013

Bukan Shopping Raya

arini ni membeli belah kat LAZADA lagi
setelah pengalaman pertama membeli kamera aritu
aku rasa best jerr.. xyah peluh2 meround cari barang
esok lusa da sampai depan mata



kali ni, aku beli powerbank plak
da lama nak sangattttt beli
tambahan plak cik abang nuer da rosak
aku pilih macsonic ni




tengah promotion skang ni
harga asal RM299..skang tengah diskaun 74%
so harga aku beli adalah RM78.00 sahaja untuk 12000 mAh
esok lusa sampai la tu
i is x sabo ok

skang tunggu bday present untuk cik abang plak
katanya 2-3 minggu lagi baru sampai
pun beli online gak
murah...
belikan sunglasses jekkk
sebijik sejibun cam pattern oakley
feveret dia dulu tapi i is x mampooo ok
dapat yg macam je pun jadik la ye bangggg




Read More

SURAH ALI IMRAN

Entry ini adalah salinan dari BLOG INI 

senang untuk rujukan aku nanti

terima kasih kepada empunya blog untuk perkongsian ilmu ini

 
 
 
SURAH ALI IMRAN (200 ayat) – ‘KELUARGA `IMRAN’

DITURUNKAN DI MADINAH


Surah Ali ‘Imran ini mempunyai 200 ayat. Dinamakan Ali Imran kerana memuat kisah keluarga Imran yang di dalam kisahnya disebutkan kelahiran Nabi Isa, persamaannya dengan Nabi Adam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebut pula kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda kepada Nabi Isa.
Surah Ali Imran ini dan surah Al Baqarah dinamakan "Az Zahrawaani" (dua yang cemerlang), kerana kedua-dua surah ini menyingkapkan hal-hal yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa, kedatangan Nabi Muhammad dan sebagainya.
FADILATNYA:-
1. Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa mempelajari, menghafaz dan mengamalkan surah ini, dia mendapat balasan yang besar di sisi Allah SWT. Kelak di akhirat, surah ini akan berjalan dengan surah AlBaqarah melayang-layang seperti awan, teduhan atau payung. Ia berjalan dihadapan tuannya. Segala bahaya api neraka yang hendak mendatangi tuannya, ia akan menyekat dan mempertahankannya.
2. Barangsiapa membaca ayat 1 - 3 dari surah ini, dia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin. - Ustaz Sharhan Safie


"Alif, Laam, Miim.  Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNYA.  DIA menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-Kitab suci  yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan DIA juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil."
3. Baca ayat 1-2 berulang-ulang kali, insyaAllah ia amat berkesan bagi jiwa orang yang sedang ditimpa musibah, kesusahan, kesempitan hidup kerana didalamnya terkandung Nama Allah Yang Agung.

Dibacakan ayat 1-2 ini seberapa banyak kepada orang yang sedang sakit, insyaAllah akan diampunkan dosanya.
4. Ayat 8 ialah doa yang hendaklah dibaca setiap kali selesai melakukan solat fardhu, insyaAllah pembacanya akan mati dalam beriman.


" Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNYA."
5. Dalam kehidupan seharian, kita banyak melakukan kesalahan dosa, terutama dosa-dosa kecil. Baca ayat 16 untuk memohon keampunan dari Allah SWT.


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka."

6. Bacalah ayat 26 sebanyak 7 kali selepas solat Subuh dan 7 kali selepas solat Maghrib dan dijadikan amalan setiap hari. InsyaAllah, akan disediakan bagi orang yang mengamalkannya rezeki untuk membayar hutang-hutangnya.
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
- Riwayat al-Baihaqi




Katakanlah: "Ya Allah yang memiliki kerajaan! Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut (lenyapkan) kerajaan itu dari sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam tangan (kekuasaan) Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."
7. AYATUL MAHABBAH - Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya iaitu membaca surah Al Imran Ayat 31. Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu lima waktu.




Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."
8. Jika mempunyai masalah perniagaan yang masih ‘tidak menjadi’, amalkanlah membaca ayat Surah Ali Imran Ayat 37, diamalkan ketika mengusahakan sesuatu dan dibacalah juga setelah solat fardhu.

"Ia daripada Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya dengan tiada terkira. 

9. Bacalah ayat 38 berulang-ulang kali khusus selepas solat dan ketika isteri sedang hamil, insyaAllah akan dikurniai seorang anak yang soleh.




"Ya Tuhan! Berilah saya dari sisi-Mu seorang anak yang soleh, sesungguhnya Engkau memperkenankan doa."
10. Ayat 53 adalah doa agar tergolong orang beriman. Amalkanlah membaca doa ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad SAW pada hari akhirat kelak. Antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah SWT akan memasukkannya dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan. (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).




"Ya Tuhan! Kami beriman dengan apa yang Engkau telah turunkan dan kami ikut Rasul itu. Oleh sebab itu tuliskanlah kami beserta orang Syahidin (yang memberikan penyaksiannya atas kebenaran para Rasul)."
11. Bacakan Ayat 83 untuk melembutkan hati. Baca 3x dan tiupkan kepada orang atau air untuk di minum.




"Mengapakah mereka menghendaki agama yang bukan agama Allah? Padahal telah berserah (tunduk) kepada-Nya semua orang yang di langit dan di bumi dengan sukarela atau terpaksa, dan kepada Allah mereka kembali."
12. Ayat 173 adalah doa apabila menghadapi tekanan / stress. Baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir – InsyaAllah hati akan menjadi tenteram.



Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami).
13. Barangsiapa yang ingin supaya isterinya mudah bersalin, bacalah ayat 191 sebanyak 3 kali pada pusar isterinya sambil diusap-usap dengan tangannya ketika hendak tidur, lakukan amalan ini sehingga ia bersalin, insyaAllah Tuhan SWT memudahkannya.



Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.
14. Ayat 193 & 194 adalah doa mohon keampunan dan dijauhkan dari segala kejahatan.




15. Amalan Rasulullah saw. selepas solat Tahajjud membaca doa ayat 190-194 kerana ketika itu adalah salah satu waktu doa dikabulkan oleh Allah SWT. Selepas membaca ayat ini, mintalah kepada Allah SWT segala sesuatu yang diinginkan, baik untuk keperluan dunia mahupun akhirat, insyaAllah akan dikabulkanNYA.
Ayat 190 - 194 dan Ayat 199 dibacakan pada air dan diberi minum pada yang bermasalah rumahtangga sebagai perukun rumahtangga.


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;   (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.   Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang Penolong pun;  Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: `Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".



"Dan sesungguhnya di antara ahli kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya."


16. Ayat 200 ditulis pada roti lalu diberikan untuk dimakan perempuan yang biasa keluar rumah tanpa izin, maka insyaAllah menjadi baik, dan tidak lagi keluar tanpa izin.

Ayat 200 ini juga diamalkan untuk mengurangkan panas baran suami dan mengujudkan kasih sayang.

Ayat 200 ini merupakan doa untuk jadi orang yang penyabar. Selepas habis ayat, sebut “Allah Ya- Sabur, Ya-Sabur” berulang kali.

Ayat 200 elok diamalkan untuk ketenteraman keluarga duduk di rumah. Caranya :- Dibaca 3 kali selepas solat fardhu.

Ayat 200 dan Ayat 19 Surah As-Shura dibaca dan dicium atau ditiup pada ubun-ubun anak. Boleh juga ditiup pada air dan masakan. Sebutkan nama anak satu persatu dan ucapkan harapan pada anak semuga dapat mendidiknya dan membantu anak untuk berubah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

As-Syuura; Ayat 19. "Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."
Read More

Tuesday 30 July 2013

No More Parking!!!

sejak2 palang automatik parking basement rosak, aku memang belasah parking basement jerr
kalu palang tu x rosak, xde chance le nak masuk parking basement sebab xde access
sejak parking situ, perjalanan pegi keje aku tidak lagi dihantui dengan MANA NAK PARKING???!!!
heavennye sejak beberapa bulan lepas

bestnye bila parking basement ni
jimat masa okeyyy..
campare parking kat luar.. makan masa nak berjalan sampai ke kereta
untuk orang yang betul2 mengejar masa macam aku ni
sume tu penting untuk diambil kira

malangnya...
arini depa da ganti palang baru
adoiiiiyaiiiiii
jauh le kena parking luar
jenuh nak berjalan
baru sampai tempat keje, da sebuk plan arrangement nak balik nanti camne
kalu x plan bebetul, ade yang aku sampai Nilai kul 7 petang ni

bulan depan da tukar WP2..
adoiiii..lg nanges le camni
tapi xpe..yang penting bley balik awal

Read More

Monday 29 July 2013

Selamat Hari Isninnnnnnnnnnn

selamat hari isnin semuaaa

wiken ni masa dihabiskan dengan melipat baju bajan
(sehingga saat ni x abis lipat pun lagi.. ngape banyak sgt baju orang rumah niii???!!!!)
ngemas2 rumah..
sampai skang gatal idung lagi..sebab aku alergic habuk
sebab tu x suka guna penyapu.. sume aku bantai ngan vacuum
tapi still ade effect gak kat sistem pernafasan ni

ari sabtu lepas sahur
gigih le aku menggulung kulit popia
nak buat popia nestum
it takes 1 hour sbb aku masih amatur gitewww
1st time buat ni
ngam2 budak bangun aku da siap menggulung..
seb baikkkk

ahad pagi sesudah sahur
gigih le aku bersemperit
da dapat 2 jenis kuih..
ditambah dengan muruku pelbagai perisa yang aku da oder
tapi masih mikir lagi nak wat cookies apa


sabtu petang tu da plan nak buka kat luar
ntah camne aku ngn hubby mengidam benda yg sama
Manhattan Fish Market!!!!!!
tapi malangnya................
fully booked ..1st round n 2nd round jugak
keciwaaaaa

bagi mengubat keciwa, makanya terbeli la ultrabook
aku nak yg biasa2 je sebab bajet pun adelah ciput kan
tp bila ade yg baik hati nak upgrade spec.. weehaaaaa
i redha je la
mekasih sayangggggg

so, semalam kul 11 sebaik kedai bukak
laju jerr aku call nak booking tempat
syukur...

ready for iftar

sementara menunggu masa..layankan ajeee

menu iftar semalam..lobster
aku xde le teringin sgt.. janji dpt makan kat Manhattan
cik abang le ni teringin

amboihhhhhh... naik harga da
last time makan RM105.++.semalam sudah RM115++
ehhhhh???? last time tu da dekat setahun eh
wajar ke???

*nota kaki*
aqil selsema.so, malam td tido x lena.asyik terjaga je. makanya aku sahur awal..kul 2.00 sebab takut x terbangun nanti. natijahnya, memang aku terjaga lambat pagi ni.. mcm charlie chaplin aku bersiap

Read More

New Toys Lagiiiiiiiiiiii

suda bley bersiaran dari rumah
weeehuuuuuu..

Read More

Friday 26 July 2013

Toys Baru..

wiken minggu lepas iftar di rumah MIL kan
ahad tu MIL ajak pi kelas masak memasak anjuran zhulian senawang
MIL ni ahli.. da beli plak periuk induction tu
haruslah semangat nak belaja masak guna periuk tu kannn
tapi aku idak le ngikut..
da cmne nak tinggalkan si aqil tu
aku masuk jamban pun dia meraung macam ape dah
so, aku dok senyap2 je kat umah melayan mata

ahad sebelum balik tu, MIL kuarkan sekotak besar
rupa2nya periuk induction tu
dibelikan juga untuk menantu-menantu kesayangan..cheeeewahhhh
berbagi2 la aku berdua ngan biras
biras lagi sorang da dapat in advance..
sebab dia yang paling awal datang


ni aku punyerrr
dalam kepala otak ni da macam2 resepi yang aku agendakan
ntah kan jadi ntah tak
kita tunggu je laaa
makna kata, bila aku da stat guna, for sure la aku update kannnnn

*nota kaki*
da 2 minggu taman aku kena sembur... pagi petang siang malam.. tengah sahur sembur, tengah buka sembur.. tengah hari??? aku xtau le..aku keje, xde kat umah. sampai umah aku abis da berbau racun peyembur tu. kesan semburan berterusan selama dua minggu tu, semut yg kalu gigit tu sakittt da mula berkampung dalam dapur aku.. semalam balik bajet nak makan nasi balance sahur tu.. tup2 tu diaaaaa... abis depa berkampung dalam periuk nasik aku..tensionnnnnnn aku nak berbuka tawwww

Read More

Wednesday 24 July 2013

Pepagi Da Sentap

mana taknye..
gigih aku turun time xde orang kat lobi
usha kiri kanan..
semata-mata kannn..
nak timbang berat...
kan ke da 15 ari puasa
dengan harapan berat banyak la kurang
since makan pun skang ala kadar je kan

hampehh...kecewaaa..
sekilo je turunnyeeeeeee
down terussss
ngengade kann..
amik masa bertahun ternak lemak
takkan le 15 ari je da terhapus sume lemak degil tu

terus rasa x berselera nak berbuka nanti

p/s: laki aku msg tanya nak buka apa nanti pun aku xleh jawab..
Read More

Tips Rawatan Demam Selsema Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak |

bw td..
terjumpa info menarik..
memandangkan aqil tengah selsema, bley la apply nanti
lemon pun ada..olive oil pun ada..xkan le bawang putih xde kannnn
meh share info tu..
 
 Bahan Semulajadi Untuk Rawatan Demam Dan Selesema 
 
Antara perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat kali pertama. Bayi akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Ibu bapa mana yang senang  melihat bayi mereka dalam keadaan begitu kan, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh para ibu lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius.
"Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya." 
Memandangkan ubat-ubatan hospital kurang sesuai untuk bayi kat sini wa ada nak share Tips Rawatan Demam Selsema Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak Dengan Bahan Semulajadi, 


Tips rawatan demam selsema bagi bayi & kanak2 dengan bahan semulajadi: 

Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial (mengandungi Vit A, C, E). 
Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yg segar.
Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak-anak
Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sgt mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak-kanak-kanak. 
Usaha ini bolehlah dilakukan di samping memberi ubat-ubatan yang bersesuaian apabila anak-anak dijangkiti demam selsema.
 Selamat mencuba ibu
SUMBER
Read More

Tuesday 23 July 2013

Eh...Da Raya ke??


sabtu lepas, iftar beramai-ramai di umah PIL..


 
 mengada kannn
nak  fefeeling raya awal kunun
Read More

Friday 19 July 2013

Salah Faham Sebenarnya

pasal entry semalam
pagi ni baru tau,,
rupa-rupanya bukan hasil tulisan dayana
terbaca kat sini tadi

jadi marilah kita betulkan apa yang salah tu ye












rata-rata entry copy paste yang aku baca
tertinggal ayat yang terakhir tu
kalu awal2 ayat tu disertakan..mesti la org tau da bukan dayana yang tulis

untuk dayana..
bertabahlah dengan ujian Allah


Read More

Thursday 18 July 2013

Luahan Rasa Dayana Bila Ashraf Muslim KAhwin Lagi

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat

Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia

Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb

Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan

Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia

Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah

Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...

Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..


sumber



Read More

Spontaneous Thursday

 Ingat tak citer pasal aku stay kat ALoft
bley plak ade dipamerkan keta ni kat lobi hotel
si akmal suke la
keta hebat katanya

Ingat tak citer pasal kamera rosak tu
alhamdulillah da berganti
kamera biasa2 je.. janji ada
da beli baru perasan.. pakai bateri AA je
mula2 sedih..lama2 redha je la
beli pun kat LAZADA
mana ade belek membelek kan
da proceed payment baru perasan



 dapat paw cik abang masa shopping kat SOgo aritu
aku da malas nak berhandbag2 ni kalu g keje
tambahan plak skang ni macam selalu plak kes ragut handbag kan
lagipun kalu aku bawak sekalipun, tu diaaaa..dok dalam bonet je la
aku cuma amik purse n hp je


 gambar budak ni sebelum gunting
kerusi urut tu dalam kedai gunting tu la
best kan..sambil2 tunggu bley gak berurut



budak kecik ni da botak
rimas plak tengok dia ade rambut
amik kesempatan balik segamat aritu
caj gunting RM4 je.. kalu kat seremban RM10
si akmal pun gunting gak..tapi g ngn atuknya
so xde gambar....



Read More

Wednesday 17 July 2013

Makin Menjadi-jadi

giler ahh skang ni
mengantuk tahap gaban setiap kali drive nak g keje
sama je aku rasa jadual aku sebelum puasa

semalam punye mengantuk memang tahap siyes
sampai aku rasa aku memandu dalam keadaan mata terpejam
giler punye mengantuk
berat je kelopak mata ni nak angkat

arini aku melalak sama kuat ngan radio semata2 xmo bagi mengantuk
bwk laju skit
sampai opis punch 8.02..walhal aku masuk keje 8.30
laju2 parking keta
sebab...
aku nak nap dalam keta..
heavennye dapat 20 minit je pun
xleh nap kat opis.. nanti ade je halangannya

p/s:
senawang-nilai-putraja-nilai-senawang
tu la trip aku ari2..
seb baik semalam, balik2 je da terhidang atas meja..

Read More

Monday 15 July 2013

Isnin yang Serba Kelam Kabut

satunye sebab..
aku termiss sahur pagi tadi
penat kot sepanjang kat kampung
terbawa2 sampai ke rumah
sampai malam tadi pun da lewat.. dekat kul 12
kemas2 sikit..
terus boommm

sebenarnya da terjaga pagi tadi
dan aku nak bangun je..dan2 tu jugak le si aqil sebuk cr 'ubat tido' dia
dan aku tanpa sengaja... TERlena balik sambil susukan dia
adoiiiii...
jaga2 je da kul 5.30..
capai je la botol air masak sebelah katil..
tu je rezeki sahur pagi ni
aku kejut cik abang..
laju je menonong nak turun tangga
walhal masa aku kejut tu, aku da mention da nak imsak ni..minum air cepat

kecewa ko xleh sahur
semangat masak macam2 buat bekal untuk sahur
ikan masak lemak cili api.. sup tulang buka semalam pun aku tapawww
sambal kering tempe+ikan bilis+kacang (wajib buat tiap2 kali aku balik.. sebab mak aku sebuk nak bekalkan anak bujang tunggal dia. kalu bley stok sebulan..dan aku le tukang masaknya..sebab tu jatuh hukum MESTI BUAT!!!)

oohhh... x dilupakan pencuci mulutnya
carrot cake balance besday cake mak aku
ditambah plak dengan cheesekut aku buat tu

sebekas popia je selamat ditelan dalam kereta semalam..

mudah2an x gigil kepala lutut nak sampaikan ke waktu berbuka nanti..

da la pagi tadi kelam kabut..
menguruskan anak3 sorang2
dengan lambatnya lagi..dengan aqil yang bangun tido nak moody jee
dan...aku lupa amik smarTag aku dalam keta hubby
arghhhhh...da membayangkan jammed kat tol senawang petang karang..haihhh
Read More

Friday 12 July 2013

Dah 3 Ramadhan..

da masuk hari ketiga Ramadhan
kejap je kannn..
sana sini blog aku tengok update entry ngn menu bersahur dan berbuka
aku????

sahur bangun cukup time nak masak n makan
x sempat nak posing lauk segala macam

buka 1st day je sempat smpi ontime
masuk2 umah je trus azan...
semua da terhidang atas meja
sebab buka umah PIL

semalam berbuka dalam kereta
juadahnya..pastilah kurma..
ditemani air kosong je..
tapi kereta da parking kat porch masa tu
sedeyyyyy...
tapi masuk umah lelaju sebab da lapo beno
seb baik nasi sahur pagi td masih berbaki
laju2 goreng ikan bilis, potong bawang n lada
siap dimakan dengan nasi panas2...

ari2 aku drive mcm orang giler demi nak sampai depan nurseri kul 6
yang mana aku rasa memang impossible sebab aku kuar opis kul 5.30
da 2 ari jugak aku smpi nurseri 6.30
sian kat2 cikgu2 tu nk masak ke apa..kena jaga anak2 aku plak
ingatkan ari ni bley drive rileks2
sebab kunun2 hubby nak amik bebudak tu
malangnya...cancel
merempit lagi la kau ni karang..


Read More

Thursday 11 July 2013

Demam Lagi








budak kecik ni laaa
demam lagi
ni masuk ari kedua..
semalam bangun sahur sesama.. x sedap badan kan
nak berkepit je la kejenye

pagi ni, dia plak kejut aku sahur
dengan selambak muntah..haiiiiilahaiii
terus aku bogelkan.. berdypers je la dia pagi tadi teman aku sahur
seb baik aku masak dia x merengek..mau ayahnya pegang
tapi tiba time nk makan.. haaaa
berkepit je la sampai susah maknye ni nak makan
aku sebat je la mana yang sempat
xleh concentrate nak makan

lepas makan tu tidokan dia dulu
seb baik mau tido
bley le aku berkemas2 n terus bersiap2 dengan senang hati
kasi ubat sebelum kuar rumah.. ok la sikit dedarnya

kerap kan demam budak ni lately
demam kali ni adalah demam sebab nak menambah 2 batang gigi bawah
gigi yang ke-7 & ke-8

kira lambat gak perkembangan dak ni
patutnya (ikut pembacaan aku la) umur dia ni da ade 10 batang gigi

cakap pun x pandai lagi ni
lebih kurang akmal laa..
tapi akmal 1yr 2 month da bley membebel
Read More

Wednesday 10 July 2013

Jom Beramal Jariah - Bantu Adik Hasif Ammar

me..as mother of 3
bukan bley baca citer2 sayu camni
meleleh terus air mata..
tapi arini xde le meleleh sgt
meleleh dalam ati jerrr

terus kang terbayang muka 3A's tu

marilah rakan-rakan
pada yang mampu
hulurkan sumbangan buat adik kita ni

alhamdulliah..i'm done
transaction aku yang pertama sejak my maybank2u diaktifkan
alhamdulillah..









SUMBER









Read More

Sampai Di Sini Saja Jodoh Kita...

tajuk kemainnnn kannnn
macam sedih bebeno
walhal dalam hati gumbira sangat

lega yang teramat sangattttt
tido malam insya allah, da terbayang-bayang lagi
lepas da segala bebanan

siyes..
arini mood senyum sampai telinga
mekasih le en.hubby menaja keseluruhan perbelanjaan ini..
weeehuuuuuuuuuuuuuuuu

da bley gunting..yeehaaaa












Read More

Tuesday 9 July 2013

Selamat Menunaikan Ibadah Ramadhan





Selamat Menunaikan Ibadah Ramadhan










Read More

Monday 8 July 2013

Nak Abiskan Duit Pun Pening

haaa..
banyak beno la duit tu kannnn

kesahnya, laki ade masyuk sikit
payment baru clear kan...weeehaaaaa
bini sgt suka

makanya laki ajak le berjimba2 malam minggu kat KL
siap ajak tido hotel bagai... ngengade
konon2 ari ahad tu xyah le rushing nak ke KL kan
shopping2 raya sebelum puasa gitewww

bila da kata last minute nyer planning kannn
haruslah x smooth langsung
plan memang nak duduk dekat2 area bukit bintang
amik ko...
sume hotel fullhouse...k ...FULHOUSE!!!!!!
ini sume adalah disebabkan arab season
haaa... pak arab, mak, arab, minah arab, mat arab..
sume sedang berkampung kat KL
hishhhhh...mak tension nak
melia full, swiss garden full, sky express depan swiss tu pun full
concorde full, shang ri la full..
pendek kata yang aku tanya sume full
area jalan TAR pun full
nangis mak.. xleh berjimba2 shopping di malam minggu sebab sebuk cari hotel..
padankan ngan muka
suke beno buat plan terkejut-terkejut macam ni..

udahnya..
duduk kat Hotel Aloft, KL Sentral sana
kemain jauh dari tempat shopping2

koridor nk ke bilik..warna warni..aku suka


lebih kurang gini le bilik aku




swimming pool kat rooftop..


bilik air + toilet + sinki + wardrobe..suke design camni



iron is penting hokeyy


Check-in kul 10 tawww
mcm x berbaloi
tp penat da nak balik rumah
layankan je la.. akmal sebuk nak tido hotel gak
sampai2 bilik da kebulur x hengat
yeaaa.. jom makan

jalan kaki g KL sentral
seb baik ade kedai makan 24 jam
da x larat nak drive
karang sesat x jumpa jalan balik hotel plak
naya!!!

p/s: sume tu gambar gugel k
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah