Tuesday 1 August 2023

 01.08.2023

Terbukak email lama.. maka secara x sengaja terimbau la kenangan waktu berblogging dulu2.. 2023 ni masih valid lagi ke blogging2 ni.. Baca kisah-kisan lama, memang mengimbau kenangan sungguh la. terima kasih untuk kenangan yang tak seberapa yang tersimpan kat blog ni.

.

Kehidupan sekarang tidak la banyak sgt perubahan dgn dulu. Bezanya sekarang:

> da jadi mak anak 4 - sungguh kehamilan yang tidak dirancang dan penuh liku sepanjang mengandung (nanti kita detail kat entry lain ye)

>mak da xde (ni pun kita cerita dlm post lain ye)

.

Yang sama, tetap mengadap stress di tempat keje yang sama.. masih di position yang sama, masih mengadap boss yg sama, masih gaji yang sama walaupun beban keje makin tahun makin bertambah.. bukan x cuba mintak keje kat tempat lain. cumanya , belum ada rezki.. surat resign da prepare dr 2018 tau. tinggal nk bubuh tarikh surat n tarikh last day je.. strees dan bosan da sebenarnya bila dok terlalu lama buat keje yg sama di samping beban keje baru. Terpaling sidh, 3x cubaan mintak naik gaji, x dipedulikan. ujung2, ditanya apa sumbangan aku kepada syarikat. terus rasa mcm tercekik.. segala keje keras aku selama ni x dihargai langsung..xde value.. terus moral down ye. lepas drpd tu, no more keje lebih masa. masuk n balik opis mmg ontime, call/whatsapp after office hour atau masa cuti atau masa MC will not be entertain. gitu je la nk ajar diorg ni.. aku je la paling lama stay situ. sbb yg lain2 budak muda. aku mmg encourage diorang cari keje lain once da reach 1 year. sbb kat sini xde career growth, which x bagus la kan utk orang2 muda mcm diorang.. sediah tau x tgk org keluar masuk bilamana ko je la yg stay situ like forever..

.

aku ni kalau nk brenti keje, macam 2 yang aku pikir. bukan la sejenis yg main letak je surat resign tanpa pikir panjang. sebab aku ada komitmen yg kena jaga, ada mulut2 yg perlu disuap, ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk barang dlm cart shopeeeeeeeeeeeeee...

.

mcm mn aku counter feeling ni? tetap la aku berhusnuzon Allah maha mengetahui. mungkin ini yg terbaik utk aku buat masa ni... tapi, x bermakna aku berhenti berdoa untuk dapat keje & life yg lebih baik..







Read More

Monday 7 March 2022

Welcome Back

 

Slowly but surely💖....

Read More

Thursday 2 April 2015

Welcome GST

Tak tau nak react macam mana dengan GST ni..
So far, da masuk ari kedua GST.. aku masih belum lagi menyumbang kepada 6% tu di mana2
Lum lagi keluar berbelanja sbb belum ada keperluan lagi
Esok lusa la mungkin..

Aku da start stress sebulan sebelum GST dilaksanakan lagi
lebih tepat lagi masa raya cina
Barang2 bakery da naik harga siap2..awal2 lagi
start tu da pening
ditambah pulak dengan GST ni
aku memanjang borong buttercup aje la
stock tepung tu..kalu sampai, sehari dua je da licin
sampailah berkotak2 macam mana sekalipun
stress

aku masih maintain harga biasa lagi
maintain selagi boleh insya allah

kalau nak rasa biskut2 air tangan aku, boleh la order

semperit dahlia

almd on choc chip/ double choc chip/ nutty choc chip

tart nenas


Read More

Saturday 14 February 2015

Yeayyy...saya menang (NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA)

Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa, Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50250 Kuala Lumpur
Malaysia.

NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA

Pihak Telekom Malaysia @Program Kemenangan yang telah diadakan pada 9th Februari 2015 di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan nombor 2 - 4 - 16 -
37 - 89 - 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah memenangi loteri kategori hadiah kedua khas keluarga Telekom Malaysia. Untuk menuntut hadiah kemenangan ini anda dikehendaki menghubungi melalui e mail Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan pembayaran hadiah wang tunai kepada anda.

Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat di Kuala Lumpur sejumlah Rm270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh Puloh Ribu) telah dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad kepada anda dan keluarga anda sempena sambutsn Hari Raya 2015 ini.

Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai pakej istimewa Telekom 2015 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini adalah 100% sah dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali dalam masa lima tahun.

Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :

EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail: tm2015bonus@outlook.my

Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat berikut:
1) Nama Penuh:
2). Umur:
3). Pekerjaan:
4). Telefon:
5). Negeri / Bandar:

Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad 2015 ini adalah diberikan khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah membuat tunttan ini sebelum 28th Februari 2015.

Terima kasih.

Mrs Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia.


Image result for icon laughing


ntah apa ntah la malaun scammer ni

jangan terpedaya k
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah