Wednesday 12 December 2012

DS Rosmah Mansor Da Kuar Biografi.. Jom Beli

Jom beli... (sila jangan percaya...statement x ikhlas ni)


Pelancaran Biografi Rosman Mansor


Buku Rosmah Mansor Gambar Biografi Rosmah Mansor (Harga RM150: 164 M/S). Semua Tohmahan & Fitnah, Bakal Terjawab!KUALA LUMPUR, (Bernama) — Sebuah biografi yang memaparkan pengalaman dan perjalanan hidup isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini. Majlis prapelancaran biografi itu disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Kalsom.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) yang juga penerbit biografi itu Shamsulbahrin Ludin. Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan Januari 2013.

Rosmah Mansor turut menerima kejutan apabila diberi sambutan hari lahir beliau yang jatuh pada semalam.
Pada sidang media kemudian, Ahmad yang juga penasihat kepada penerbitan biografi itu, berkata penerbitan buku tersebut diharap dapat memberi gambaran sebenar mengenai Datin Seri Rosmah Mansor dan menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau. Katanya ini kerana kadang kala segala perjuangan yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri itu disalah anggap dan wujud tuduhan meleset tentang keikhlasan beliau dalam melaksanakan aktiviti untuk rakyat seperti Permata.
“Saya ingin maklumkan dalam buku ini yang pada saya amat menarik dan dinantikan ialah soal jawab oleh kedua-dua penulis dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan beliau menjawabnya secara terus terang terhadap isu-isu yang dibangkitkan, pelbagai isu tohmahan dan fitnah dan dijawab oleh beliau,” katanya.
“Terdapat pandangan rakan dan kenalan lama antaranya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, rakan-rakan yang dikenali sejak 1964 di Kolej Tunku Kursiah yang mana pada zaman itu, beliau mempunyai empat rakan yang digelar pengetuanya sebagai ‘the giddy group’, mereka nakal tetapi cerdik dan pintar dan kebanyakan mereka ini adalah orang yang berjaya,” katanya.
“Kenapa saya bersetuju untuk menulis buku ini, saya menulis buku ini kerana saya sayang Datin Seri Rosmah dan saya mengenali hati budinya. Oleh kerana itu, apabila kita membaca sebuah buku, kita tidak boleh melihat kulit buku itu tetapi dari dalam,” katanya.

senaskhah RM150.00...silalah jengah ke kedai buku berhampiran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah