Monday, 9 February 2015

::D.E.J.A.V.U::


Selamat pagi semua.

Abis da kan demam MaharajaLawak
Aku bukan peminat setia pun..sebab da 3 tahun potong Astro (alhamdulillah..ok je walaupun hidup tidak diwarnai dengan Astro)
Jadinya tak boleh la mengikuti rancangan pujaan ramai ni kan
Hanya berpeluang tengok kalau kebetulan balik umah mak abah, atau balik umah mentua, atau lepak makan kat kedai, ataupun tengok je la siaran ulangan (Youtube la..mana lagiii)

Kisahnya masa final MaharajaLawak tu, aku memang masuk tido awal giler
Penat sangat seharian dok baking je
Di hujung-hujung tidur tu, aku mimpi group bertiga yang menang MaharajaLawak
Ada 2 je kan group bertiga - Bocey & Zero
Yang pasti dalam mimpi aku, yang bertiga sume kurus
Mimpi masa part diumumkan pemenang je


video

Serius...sebijik sejibon mimpi aku..
Bila terbangun tu, terus scroll fb nak tau sapa menang

Da lama tak dapat dejavu
Dulu2 selalu dapat dejavu pasal kematian.. which is aku tak suka
Stress bila dapat mimpi dan seterusnya tertunggu2 berita kematian
Stress la sebab semestinya di kalangan orang yang aku kenal.. x kira la rapat ke jauh

Siap doa berkali2 mohon tak mau diberikan petunjuk yang macam tu sebab aku rasa masa tu aku kecik lagi (tingkatan 4 rasanya.. kecik lagi kannn???)
Tak mampu nak handle benda2 camni
Lagi satu, aku ni penakut walaupun luaran nampak macam berani (ada juga sixth sense.. nampak la 'bebenda'.. pun aku x suka juga walaupun pada sesetengah orang, ini adalah kelebihan)

Mimpi zero menang ni je la dejavu termanis yang aku alami

Korang...penah ke terdejavu camni??


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah