Friday 12 October 2012

Bayi Pun Tau Stress

haaaa... x sangka kan kecik2 baby ni pun da pandai nak stress2.. selak2 majalah lama n terbaca artikel ni.. meh share sikit..

Ibubapa masa kini sering menggunakan kereta sorong sewaktu membawa bayi mereka bersiar-siar bagi memudahkan pergerakan. Namun tahukah anda bahawa kereta sorong mampu menyebabkan bayi stress?

Penelitian Universiti Dundee, Scotland, menjelaskan bayi yang sering diletakkan dalam kereta sorong akan terganggu tumbesarannya. Gangguan tumbesaran itu terjadi kerana posisi kereta sorong yang menghadap ke depan yang menyebabkan bayi tidak dapat melihat wajah ibubapanya cenderung untuk menimbulkan perasaan cemas pada bayi tersebut.

Keberadaan orang dewasa yang tidak dikenali di sekeliling mereka turut menimbulkan perasaan takut pada bayi. Situasi ini secar atidak langsung mengganggu pertumbuhan jiwa bayi sehingga menyebabkan mereka stress dan trauma.

Pakar psikologi, Dr. Suzanne Zeedyk, menjelaskanketiadaan komunikasi bersama ibu sewaktu keluar bersiar-siar membuatkan bayi stress. Manakala Professor Catherine Fowler dari University Sydney, Australia, menyatakan bayi yang terdedah dengan kesibukan aktiviti individu dewasa akan mudah berasa takut dan cemas.

sumber: Majalah HARMONI


hmmm... dr pengalaman aku, memang anak2 kureng skit kalu naik stroller yg ngadap ke depan je ni.. jap2 mesti nk dongak atas..nak pastikan mak bapak diorang yg tolak stroller tu.. tapi even aku guna stroller jenis ngadap ke depan, aku mesti akan 'take 5'.. stop jap sembang2 ngan anak aku, then sambung jalan lagi. kalu x memang diorang meragam.. tapi xpenah tanya plak la anak3 stress ke naik stroller camtu?? agak2 kalu aku tanya, reti ke diorang nk jawab???


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah