Tuesday, 24 December 2013

Kalau Diberi Pilihan..

Aku rasa kalu tanya kebanyakan mak-mak yang bekerja ni, kalau la diberi pilihan nak keje atau nak dok umah jaga anak2, mesti ramai yg nak jaga anak je kat umah kan.. tapi....haaa....ada tapinya plak. ekonomi skang ni kurang mengizinkan untuk mak-mak dok umah menguruskan rumahtangga je. dengan kenaikan harga barang, perkhidmatan skang ni, memang x cukup belanja kalu lakik je yang keje.. tu utk golongan sederhana cam aku ni la.. kalu dok bandaraya tu da jatuh status miskin bandar

kelam kabut aku pepagi tadi.. menu makanan orang2 d rumah arini adalah nasi lemak je. makan la selagi x abis. sementara lakik x mula keje lagi ni, dia la yg jaga budak2 tu kat umah. jadinya, aku kena la prepare meals utk diorang supaya x susah lakik nak bagi makan bila semua da ade depan mata kan. pepagi buta tu blender aku da memekak sebab stok lada da abis. nasi lemak simple2 je pun..telo goreng, sambal bilis, timun, kacang...siap le. elok je aku abis masak, si aqil plak meragam, merengek..walhal timing tu aku da patut mandi n bersiap2. kena la susukan dia dulu. kalu x selagi tu x senyap.. kelam kabut cam charlie chaplin aku bersiap..

elok bersiap nak keluar, si akmal plak bangun. haaa.. yg ni kememe, menjeng.. menangis la plak sebab aku nak kuar gi keje. dia ingat sama macam nak kuar g jalan2 agaknye. susah betul nak pahamkan dia konsep keje ni..dia ingat pakai lawa2 tu sume nak gi jalan.. seb baik ade nasi lemak feveret dia.. terus aku cedokkan.. kacang mesti lebih. senyap la tu..siap2 bukak channel kartun supaya x boring menunggu org lain bangun.

maka aku pun pegi la bekerja dengan berat hati mengenangkan anak2 kat umah tu kan...

lebat betul ujan pagi ni. aku yang rabun2 ayam ni mcm meraba2 dlm kegelapan bawak keta tu.. antara waktu memandu yg aku x suka adalah bila hujan+gelap.. kadang2 sampai masuk lorong orang lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah