Wednesday 22 May 2013

Kes bunuh eksekutif TV9 Nur Syaleza Jaffar disebut semula 26 Jun

Nur Syaleza Jaffar

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak yang didakwa membunuh isterinya, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar, tahun lepas.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya selepas pihak pembelaan belum menerima laporan bedah siasat daripada pihak pendakwaan.
Peguam Shah Rizal Abdul Manan, yang mewakili tertuduh, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata laporan itu dijangka akan diterima minggu ini.
“Selepas itu, saya akan menghantar representasi kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan ke atas anak guam saya,” katanya.
Norazman Bashah, 32, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Bernama


.......................

diam x diam, da hampir setahun arwah meninggal
tp lum settle2 lagi kes ni

masa dgr berita arwah meninggal dulu, giler terkejut aku
pd masa yg sama xpercaya langsung arwah sanggup bunuh diri
aku bukannya rapat sangat pun
tapi merasa la enam tahun sekolah rendah sama2
arwah lemah lembut orangnya..murah dgn senyuman

semoga kes ini dpt diselesaikan cepat
moga yg bersalah dihukum setimpal

Al-Fatihah untuk arwah syaleza
semoga rohnya dicucuri rahmat
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah