Thursday, 18 April 2013

Malang Tak Berbau..

Adam ‘hilang’ sejam

Oleh Omar Osman

Sungai Petani: “Hanya Allah SWT saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu apabila melihat Adam yang ditinggalkan di dalam kereta, ‘hilang’ dalam sekelip mata sebaik keluar dari bank.”
Begitu kata seorang ibu, Faridah Osman, 47, apabila anaknya, Adam Hanif Abu Mansor, 6, dilarikan seorang lelaki bersama kereta Perodua Myvi di hadapan sebuah bank di Wisma Ria, Taman Ria, dekat sini, sebelum ditemui semula kira-kira sejam kemudian.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila Faridah meninggalkan Adam dalam kereta seketika untuk mengambil wang di mesin juruwang automatik (ATM) tanpa mengunci pintu.

Ketika kejadian, mangsa bermain gajet iPadnya dan secara tiba-tiba seorang lelaki berusia 30 tahun masuk ke dalam kereta itu lalu melarikannya sebelum ditinggalkan di Taman Wira, dekat sini, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
Foto
FARIDAH dan suaminya Kamaruddin Ismail memeluk Adam yang ditemui semula.

Tindakan pantas polis sebaik menerima laporan dapat mengesan kereta itu di Sungai Tukang, Jalan Sungai Lalang, dekat sini, dan menahan suspek sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
--------------------------------------------------------------------------------------- 
pagi2 da geram baca paper ni..

ngape la maknya sengaja cari pasal tinggalkan anak dalam keta yang x berkunci
malang tu kan x berbau
da banyak da kisah2 macam ni 
masih x amik pengajaran jugak
 
aku kalu kuar memana bawak askar2 aku 3 orang tu, memang aku angkut keluar sekali ngn aku
kalu aku tinggalkan dlm keta pun, aku hanya kuar nak beli kuih ke nasi lemak ke pepagi wat bekal budak2
tu pun sebab keta depan mata aku.. berani la tinggal jap
tapi pastikan keta dikunci, enjin dimatikan, tingkap aku bukak separuh je..
takut woooo skang ni.. macam2 kes
dalam umah sendiri pun lum tentu selamat
apatah lagi kat luar
 
korang2 pls la jgn amik mudah safety anak2 ni
even yg berjaga 2pun bley juga terkena
apatah lg kalu x berjaga2 langsung kannnnn
 
 






















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah