Thursday 12 June 2014

Bila M Menyerang

Da lama da M ni serang aku.
Sejak blog ni x berupdate la
Serius stress ngan M ni
Bukak blog konon nak update, tapi bila terbayang M terus blur kabur je nak up citer ape

M ni bukan la seseorang.. tapi M.A.L.A.Ssssssssssssssssssssssss

meh la update sikit2 citer aku
walaupun xde yang tercari-cari..xde yang sedar pun ketiadaan aku

Aku skang ni sedang dalam program pengurusan berat badan.. kalau omputih kata The Biggest Loser
Auwwwwww...
Sebabnya berat aku sekarang ni da dikira Obesiti Tahap 1
hehhhh...siyes takut bila diberi penerangan pasal penyakit tak berjangkit ni disebabkan berat badan berlebihan
patut la sebulan dua ni asyik le sakit lutut...segala sendi la sakit
rupanya sebab sendi2 tu da x mampu nak menanggung  berat aku yang terlebih tu

da 2 minggu lebih sejak ceramah pemakanan tu, aku baru turun sekilo je
sebab x jaga makan sangat.. senang citer nafsu makan sukar dikawal bila jumpa makanan sedapppp
setiap selasa n khamis wajib pegi senamrobik yg dianjurkan
memula tu rasa cam susah nak join sebab mengenang aqil kat nurseri
sebab senamrobik ni mula lepas waktu kerja
5.30 sampai 6.30..

ari2 kena tulis diari pemakanan..
apa yang kita makan dari celik mata sampai tutup mata
yg ni aku x ngelat la..memang aku isi
tapi malangnya, ntah mana plak aku letak diari pemakanan aku yg comel tu
terpaksa amik yang baru
da kena marah ngan ketua program

semangat kot nak turun berat badan ni
siap beli timbang digital, beli exercise mat...
tunggu nak dapat execise ball je ni..
rindu zaman2 aku kurus dulu..senang nak shopping pakaian
saaiz skang ni membuatkan aku susah nak dpt saiz
ade je yang x kena setiap kali fitting baju
ketat tang atas la, tang bawah la..
suar sangkut kat peha la..ketat kat lengan la
pendek kata sume serba tak kena

next week, timbangan pertama aku
harap2 la ada penurunan
maka, demi mengharapkan penurunan, arini aku posa..sekali la dengan posa sunat sempena 15 syaaban
petang kang kena pegi aerobik
da 2 hari makan nasi 2 sudu je
wiken ni kena jogging
haihhhhh...

kena la buat sehabis baik nak buang 20 kg yang terlebih kat badan aku ni
oh ye... biggest loser lepas 6 bulan nanti akan dapat hadiah lumayan
aku tak harap hadiah sgt pun..aku cuma harap dapat turun ke berat ideal

aritu masa pembukaan program da kena buat akujanji berat mesti turun sekurang-kurangnya 10%
10% tu bersamaan 7.66kg..

doakan le aku berjaya turun berat badan
x larat nak bergerak dengan badan yang comel ni





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah