Perasan tak cuaca sekarang ni macam da mula menyejuk balik
Tu yang aku perasan la.. tak tau la tempat korang macam mana pulak
Pepagi gi keje tu kul 8 pun masih berkabus lagi
Petang pulak macam cepat je gelap
tambah2 lagi kalau hari hujan
Malam tido pun nyaman je..sebab sejukkkkkk
Disebabkan perubahan cuaca mendadak ni la aku rasa punca aku x sehat beberapa hari lepas
sekarang ni mula ok sikit
aqil pun nampaknya da beransur sihat
bila time cuaca nyaman2 ni, satu benda je yang aku dok risau
NYAMUK AEDES la
Fobia kot sejak kena denggi aritu
Nampak nyamuk sekor je pun, abis satu umah aku sembur
Serik nak kena denggi lagi...
kalau aku yang dewasa ni pun tak tahan penangan denggi tu, apatah lagi budak2 kan
aku dok risaukan budak-budak je la ni
memang kat umah aku tu, aku akan pastikan stok racun penyembur tu sentiasa ada
lebih2 lagi kawasan umah aku ni memang kawasan yang aedes gemar sangat
korang2 pun jagalah kebersihan rumah
pastikan jangan ada air bertakung kat memana pun
sebab nyamuk ni cepat je membiak tauuu
aku pun baru tau dengar kat radio pagi tadi

Bagaimanakah cara untuk mencegah wabak demam denggi?
Cara yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah:
1. Luangkan masa 10 minit di hujung minggu bagi membersihkan kawasan persekitaran rumah, terutamanya longkang, saluran air hujan, kolah dan pasu bunga. Bahan-bahan terbuang seperti tin, botol, tayar kereta dan tempurung kelapa eloklah di tanam (kalau ada tanah) atau dibuang secara betul dan diikat elok-elok sebelum dibuang. Bagi barang-barang yang boleh menakung air dan masih berguna, pastikan ia diletakkan dalam keadaan terbalik (tertangkup).
2. Memberi kerjasama kepada pihak yang datang menyembur racun atau “fogging” di kawasan perumahan anda. Semburan fogging ini bertujuan bagi memastikan telur nyamuk aedes dalam air bertakung akan musnah dengan semburan racun tersebut. Oleh itu, pastikan anda menutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan asap semburan masuk ke dalam rumah.
3. Bagi kolah atau tempat ditakungi air, ubat jentik-jentik juga wajar digunakan bagi membunuhnya dengan meletakkan ubat tersebut di dalam kolah atau di saluran air hujan.
4. Bagi mereka yang alah dengan gigitan nyamuk, penggunaan kelambu semasa tidur amat digalakkan kerana ia dapat mengelakkan gigitan nyamuk dan seterusnya mengelakkan ahli keluarga yang tinggal serumah mendapat jangkitan virus denggi yang bahaya ini.
Ingatlah, “MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI” dan “CEGAH SEBELUM PARAH DAN TERLAMBAT”.
kat area rumah saya ni ada dua kes denggi.
ReplyDeletevery gd sharing ni, tq kongsi infor sama yer
ReplyDelete