Thursday, 21 August 2014

Da 25 Syawal

Kejap je kan da 25 Syawal
Orang lain da basi dengan cerita raya
Aku baru nak up..
Banyak sangat makan lemang ketupat segala macam
M sangat nak update blog

Raya tahun kurang meriah la skit untuk aku
Tapi demi anak-anak, kena la buat2 meriah
Sian kat diorang..takkan suram je raya kan

Tema kaler tahun ni biru ombre..
Da kenapa ombre??????
Sebab laki aku xmo beli baju raya.. nak recycle baju lama yang masih elok katanya
Yelah..pakai beberapa kali je kan
Jadinya, aku dengan anak2 je la yang beraya dengan baju baru since kitorang xde lagi kaler yang sama cam laki aku tu
Cari baju pun las minute..seminggu sebelum raya tau
jenuh pusing sana sini.. susah betul nak dapat kaler sama
Aku suh je laki aku beli baju baru kalu nak sedondon..tapi dia xmo
Gigih le aku amik cuti khas untuk misi mencari baju raya sedondon
Stress aku dari pagi ke petang meround..
dengan mengelek si aqil tu lagi (abang n kakaknya ke sekolah, kena bawak aqil sebab nurseri super jauh utk drop dia)
Akhirnya aku surrender.. malas nak pikir
Belasah je la janji kaler sama konsep
Nak muda ke nak tua ke..da x kuasa nak pikir
Maka, jadilaaa....





Letak gambo anak-anak je la
Gambo mak pak, anak2 amik sume gegar

raya pertama, dok umah je la
sebab kat kampung ni baraan masih lagi wujud 
so, raya pertama ni memang baraan orang lelaki je la
dr lepas sembahyang raya sampai la ke petang
sampai abis round satu blok
 yg pompuan2, dok umah je la sebab baraan diorang start minggu kedua raya

seronok la anak aku si akmal tu
excited dpt jumpa ramai kawan2..cucu2 jiran2 mak aku le
dia la paling win bab duit raya sbb rajin ngikut atuk n ayahnya baraan ni

raya kedua, cam biasa la
ke melaka umah mak long (akak ipar abah..pak long da xde)
pastu ke muo la kita berkumpul adik beradik mak..sepupu sepapat aku
tahun ni da bertambah bilangan sepupu ipar n anak sedara
x terhafal aku nama diorang sebab da ramai sangat walaupun yg datang on that day bukan le 100%

raya ketiga, lepak umah je ...kepenatan
tunggu kawan2 aku datang beraya sambil kemas2 packing baju sebab malam raya ketiga nak balik da

tahun ni x dapat beraya ngn adik bongsu aku
selisih keta kat jalan je
sebab masa aku gerak tu, dia still otw lagi
xleh nak tunggu takut sampai lewat malam sgt ... leceh nanti nk urus budak2 n barang

laki aku ok je kalau nak stay lagi..cuma aku je yg ajak balik awal sbb takut berat naik lagi mendadak
puasa berjaya turun 4 kg
3 hari raya da naik 2 kg
macam nak pitam aku tgk penimbang
mak aku tu suka masak2 bila anak2 balik
aku plak patang tengaok mak aku masak.. ikan goreng je pun da sedapnya lahaiiiii
macam mana berat nak naik mencanak

tu je la citer raya aku.. x happening pun
asal dapat spend time ngn mak abah aku udah le kan
asal anak aku dapat keseronokan balik kampung udah le kan



1 comment:

  1. tahun nie mmg ramai yg biru la sebenarnye..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah