Monday, 12 May 2014

Wean-off Aqil

Yessss... dalam proses untuk ceraikan susu. aqil da masuk 2 tahun bulan lepas.. sebelum ni penah juga try nak wean-off masa dia setahun stgh. sbb cikB asyik sakit.doc kata tersumbat sbb kuantiti susu da x banyak.. tapi kuatkan hati gak nak menyusukan aqil. alhamdulillah, jejak gak sampai aqil 2 tahun. even susu masih ade tapi da x banyak. tak tahan skang ni sebab bila susu da x banyak, dia hisap tu makin kuat. sakit oiiiii...

Mula awal minggu lepas. kebetulan cuti hari pekerja tu aku balik kampung. sempat la jumpa mak bidan untuk berurut. Alang2 aku tanya la, boleh ke tolong nak ceraikan susu ni. Dia minta air mineral..buat macam air penawar tu. untuk campur dalam susu aqil n untuk sapu kat cikB aku la.. kita cuba je la usaha kan. selebihnya, dengan izin Allah...



Kalau minum susu botol ni, siap kena berpangku. kadang2 kita plak kena pegang botol dia..

Aku mula buat isnin last week. kebetulan selasa n rabu, aku outstation. senang la sikit keje kan.. rasa cam mudah je sebab skang ni kalau kasi susu botol, aqil da boleh abiskan. takde da tinggalkan balance yang banyak macam dulu2. siang memang xde le cari cikB. malam pun. seminggu berlalu, tetiba malam tadi buat hal plak dia...

mengamuk2 sampai tengah malam xmo tido. aku hengat da seminggu ok da. maka, mula la alpa nak menyapu air tu kat cikB.. padan ngan muka aku. tido lambat le malam tadi nak ngadap si aqil ni. mula2 tu keras ati la taknak bagi sebab sebelum tu, dia baru abiskan sebotol susu.. tapi sebab panjang sangat drama dia, aku x sanggup nak melayan memandangkan nak kena bangun pepagi kan g keje.. mengalah mak ni anak oiiiii.. sumbat je cikB, kejap je da lena..

harap2 malam ni xde lagi drama2 ni..

4 comments:

  1. kadang baby2 nie dieorg nak 'candu' dieorg utk bg lena tido..mcm anak kite pun sama..nak kene bergayut baru leh lena...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. candu berisi xpe..candu ni nak kering da. tu yg sakit.x tahan

      Delete
  2. Nak cerai susu hati kita kene keras kan.... kalau tak asik mengalah je la ngan anak...hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena keras ati.. sedih tp kalu x buat skang, bila lagi nak buat kan

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah