Thursday 6 February 2014

Senang Gemuk Tapi Susah Nak Kurus

da lama da bercita-cita nak kuruskan badan. tapi ... angan2 mat jenin je la. kejap je insaf. kang nampak makanan sedap-sedap, mulalah berbintang-bintang atas kepala..semua benda nak jamah.. mana taknya berat tu makin naik dan makin terus naik... huarghhhhhh

dari start masuk awal tahun lagi konon-konon tanam azam nak cantik...hampehhhhhh..

da kembali kepada berat aku yang paling berat dulu sepanjang hidup aku ni..75kg hokeyyyy. selama ni sedar macam badan da mengembang tapi sebab semua baju muat pakai lagi, takde la tertampar sangat kannnn. semalam lepas lunch lalu depan library, terpandang plak timbang kat situ. maka gatal-gatal le nak menimbang berat badan ni walaupun da sedia maklum berat takkan turun.. tapi memang x expect akan naik mendadak gitewww... berpinar-pinar jap pandangan mata ni kala jarum timbang tu menunjukkan angka 75.. laju je aku salahkan nasi minyak maveles ngan daging itam superb yang aku bedal masa kenduri adik aku tu... nangis..nangis..nangisssss

da la tak berapa nak tinggi.. ditambah dengan pengembangan jayanya...fuhhhhhh.. acaner ni????!!!!!!

turun je penimbang..terus kabo nak puasa arini.. tapiiiiiii

terbangun lambat pagi tadi cukup-cukup time nak bersiap n siapkan aqil jerrr.. camne nak puasa sebab dan2 tu jugak perut ni berkeroncong....hepppppp

tengok tu................ alasan je kannnn

kronologi berat aku
1998 - 48kg

1999 - 50kg (naik sikit sebab birah beno bercouple. dating asyik makan je. haru kalu seharian dating.complete breakfast, coffee break, lunch, tea time, dinner, supper)

dari 1999-2002 - abis je diploma..tahniahhhhh.. berat aku berjaya naik sampai 75kg. terberat la tu sepanjang idup aku

2002-2003 - da berjauhan dengan si couple kan..makanya,set dalam minda nak kurus. stress bila time nak beli baju je sume x muat. time ni keje kedai buku. memang aku kontrol makan nasi. makan roti je. tiap kali supplier hantar buku, aku volunteer pick up ngn troli kat loading bay. giler berat kot nak tolak/tarik buku2 tu.makanya dalam masa 3 bulan berjaya mencapai berat asal iaitu 48kg..rasa nak lompat bintang depan mesin penimbang tu..tapi malula weiiii..depan mesin penimbang 20sen tu.. perasaan adalah sgt heaven. rasa seperti berkonvo dgn someone new.. sume x caya tu aku....

2003- sambung degree..hmmmmm...bila da bekat balik. pepaham je la.. makanya konvo degree dgn keberatan 60kg++..sadisssss

lepas tu kawin mengandung, beranak,mengandung,beranak,mengandung,beranak lagi... berat memain kat situ je la.nasib le aku ni jenis kalu awal2 mengandung berat memang akan turun.da nak bersalin berat sama dgn berat sebelum pregnant. kalu aku ni bangsa yg mengandung je berat naik sampai 15-20kg, lagi haruuuu

kenapa aku nak sangat kurus????

1. lutut da start sakit bila berdiri/berjalan lama.. da tak larat kot nak tampung berat badan ni. aku ni kategori comel n renek skit. so, memang xleh kembang2 sgt

2. sedey oiiiiii bila bukak IG tengok orang jual macam2 pesen yang lawo-lawo.. mampu tengok je la bila baca kat description 'Fit till S, Fit till M,L,XL'.. sedey tak boleh nak bergaya. bukan le nak bergaya sangat... tapi teringin tauuu



7 comments:

  1. apa pulak tak boleh nya.... mesti boleh..... hehe... good luck...!!

    ReplyDelete
  2. cam sama je masalah kite ni, nak kurus tapi tergemuk plak...

    ReplyDelete
  3. samalah ngan saya..nak kurus jugak..dulu masa sekolah dan IPT, badan selim melim je sbb bersukan..now bila dah beranak 3, berat turun jugak. tapi amik masa yg agak lama. cuma boleh maintain je la. now since bershaklee ni, ketara jugaklah. lagipun bila fully bf, mmg cepat susut berat. tambah lagi ngan slimming set. sedikit sebanyak mmg membantu

    ReplyDelete
  4. Selamat mengkuruskan badan. Mesti boleh nyer.

    ReplyDelete
  5. SA plak senang gemuk dan senang kurus..sebab tu macam x kish sgt..cuma ni nak kurus lagi la Ayu....

    ReplyDelete
  6. sama la ngan mama... hihi... kita skrg nih cuba kurangkan mkn nasi.. geram dan sakit hati bila tgk peyot boroi... hihi

    ReplyDelete
  7. assalam, perlukan coach ni..free consultation. kalau berminat nak guna produk lagiii best. free coaching!..berminat? jom jumpa!pm 01123772476

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah