Thursday, 23 October 2014

Aktiviti Deepavali

Syok gak cuti tengah-tengah minggu ni kan
dapat le rehat sekejap
cuti sehari je.. jadinya x ke mana2 pun
berehat bersantai di rumah saja
bukan boleh berehat sangat pun kalu da jadi mak2 ni
24 jam ada saja kerjanya kan

penuh dengan aktiviti masak memasak je la seharian tu
bekpes lempeng kelapa ngan sambal sardin
lagi sedap kalu ade kopi O.. tapi kopi O xde, nescafe O kawwww pun jadi la



dari kelmarin da teringin sangat
kebetulan cuti kan.. makan plak panas2, ditemani ujan..fuhhh..nikmatnya

tengah hari pun masak simple2 .. 
sup telur dgn suhun, sambal kering pedas meletop bilis + kentang, ikan goreng je
tu pun da cukup buat seisi umah makan penuh selera
tapi lupa plak nk snap gambo

petang2 tu plak, tengok je Mas Saari upload gambo kek minyak kat fb&ig
terus meluap2 perasaan nak buat jugak
kebetulan, memang da ade dalam list must try kan
maka gigih le menggodak kul 6 petang tu


termerekah pulak kek ni
sambil2 tunggu kek masak, sambil tu masak untuk dinner kan. terlupa kek ni jap
jenguk2 je .... alaaaaaaa da merekah pulak
x cunnnnn


merekah pun merekah laaa..
masuk mulut pun hancur gak kan
pertama kali cuba ni
sedap jugak kek ni.. gebu walaupun x bubuk ovalette sbb takde
resepi ni tiru kat Azie Kitchen

meh la kita share

Kek Minyak Yang Sedap

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.


Selamat Mencuba




1 comment:

  1. Rajinnye lahai..kite xberkesempatan lagik nak berbaking nie..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah