Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Saturday, 14 February 2015

Yeayyy...saya menang (NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA)

Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa, Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50250 Kuala Lumpur
Malaysia.

NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA

Pihak Telekom Malaysia @Program Kemenangan yang telah diadakan pada 9th Februari 2015 di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan nombor 2 - 4 - 16 -
37 - 89 - 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah memenangi loteri kategori hadiah kedua khas keluarga Telekom Malaysia. Untuk menuntut hadiah kemenangan ini anda dikehendaki menghubungi melalui e mail Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan pembayaran hadiah wang tunai kepada anda.

Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat di Kuala Lumpur sejumlah Rm270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh Puloh Ribu) telah dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad kepada anda dan keluarga anda sempena sambutsn Hari Raya 2015 ini.

Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai pakej istimewa Telekom 2015 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini adalah 100% sah dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali dalam masa lima tahun.

Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :

EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail: tm2015bonus@outlook.my

Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat berikut:
1) Nama Penuh:
2). Umur:
3). Pekerjaan:
4). Telefon:
5). Negeri / Bandar:

Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad 2015 ini adalah diberikan khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah membuat tunttan ini sebelum 28th Februari 2015.

Terima kasih.

Mrs Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia.


Image result for icon laughing


ntah apa ntah la malaun scammer ni

jangan terpedaya k
Read More

Sunday, 11 January 2015

Yang Penting Confident

#SITUASI 1

Dalam keta lepas amik akmal & alya dari sekolah.

Akmal : Umi, kat sekolah da ade ibu baru (pembantu dapur). Sedap ibu masak

Me : Ye ke? Sapa nama ibu? Ibu masak apa arini? 

Akmal : Ibu Lat (Latifah). Arini ibu masak sedap sangat. Namanya Mee JANTAN

Me : Haaaaah... meeJantan tu apa?

Akmal: MeeJantan la.. ada kicap sikit, ada fishball bla..bla..blaa

Sampai skang aku tak hadam lagi apekebenda MeeJantan tu..



#SITUASI 2

Tengah sampul buku sekolah Alya sambil dengar radio...lagu Mewangi tgh on air

Akmal: Miii... ni la lagu yang best tu... bewangiwangi nama dia (cara cakap confident sungguh)

Me: Mana Akmal tau ni lagu bewangiwangi?

Akmal: Umi tunggu kejap eaa... 
(tiba part yang perkataan 'mewangi' tu..)

Akmal: Haaa... tu kan dia kata bewangiwangi.. umi x tau ke???!!


Akmal ni memang banyak cakap. pantang la sesapa ajak bersembang. memang lepas tu yang ajak sembang confirm tak larat nak layan. bila ditanya, ada saja idea nak menjawab. perjalanan ke sekolah yg amik masa 10-15 minit tu, rasanya sempat dia tanya lebih 10 soalan non stop.. ada masa stress gak nak fikir jawapan macam mana nak bagi jawapan.



#SITUASI 3

Atuk sedara ajak bersembang n tanya soalan yang macam2. 1 ditanya, lebih dr 1 jawapan atuk sedara tu dapat sampai la atuk sedara x larat nak layan
Atuk : Kamu ni x penat ke akmal bercakap dari tadi tak brenti. Atuk yang dengar je ni pun da penat tau. Bila kamu nak berenti bercakap ni?

Akmal: Nanti bila saya tido, saya brenti la bercakap... (senyum simpul)

Atuk: Kamu pekena atuk ye..



Read More

Tuesday, 25 November 2014

Mudahnya dengan GOOGLE

trend masa kini kan
nak tau pasal apa saja sekalipun
senang... GOOGLE je

sebagai orang dapur, google banyak sangat membantu
mana taknya, asal terlintas aja nak masak sesuatu yang aku tak pernah masak tapi nak cuba masak
google aje la jawapannya
dan2 tu jugak tau resepinya
senang kannnn..

seumur hidup aku, baru ni la aku buat karipap sendiri
seumur 33tahun aku hidup k
tak malu nak mengaku pun sebab memang betul pun
walaupun dulu mak aku meniaga karipap, x pernah aku nak nak maik tau resepi bagai
sebab part aku dulu2, cuma buat inti karipap aje

tapi bila da beranak pinak ni, karipap da jadi salah satu fevret anak3
kena la belajar buat kan
takkan nak membeli je kejenya
mana puas makan
tambah pulak, anak dara aku si alya tu punye fevret karipap lain pesen sikit
kalu beli, dia cuma makan tepung kelim je
abis sume karipap togel dimakan kelim aje
bila buat sendiri ni, boleh le aku buat stok karipap version alya.. karipap kosong tanpa inti

buat satu dok..30++  biji juga la dapat
siap boleh frozenkan lagi
bila2 anak minta, boleh terus goreng
tapi percayalah..30++ biji stok aku buat tu cuma bertahan sehari setengah je okeyyyyyy
kena la menguli lagi nampaknya sebab balance inti ada lagi

goreng sekejap sebelum masuk freezer

kalu time aku buntu tak tau nak masak apa, pun aku google je cari idea
silakan anak2...minta apa saja kamu nak makan, ummi petik google je
insya allah, jadi...hihihiii

bukan takat resepi masak memasak saja..
kadang2 bila aku teringin nak menjahit sesuatu tp x berapa tau sangat, pun aku google gak
bila2 nak pegi ke mana2 tempat yang aku x penah sampai lagi, pun aku googlemaps dulu
takut sesat even ade waze sekalipun.. lebih confident sikit la
nak survey2 harga barang pun aku google gak

untung kan mak2 zaman sekarang ni
maklumat sume di hujung jari je

tq google memudahkan keje mak2 zaman moden
tq unifi sebab menghubungkan aku dengan google
luv u both..muahciked



Read More

Friday, 21 November 2014

Kuat Tido

Ini kisah anak dara si Alya Firzanah
Aritu masa gi amik report card, terbocor la rahsia
Cikgu dia kat sekolah bagitau dia ni kuat tido
Orang sembahyang Dhuha da siap bagi salam, dia sijid x bangun2 
rupa-rupanya tido bikin ailiyo
Kadang2, time orang zikir dok goyang2 badan tu, dia dok goyang buat taik mata

Tapi selama ni cikgu x penah bagi bukti
Aritu cikgu send video kat grup parent2 ni ha
malu mak oiiii sebab cikgu panggil kakak dewa tido

haihhhhh.. x brenti gelak bila tengok video kakak ni

 



 tido awal ke, tido lambat ke.. ni la pesennya
 patut la dia kata cikgu jahat (garang).. asyik marah je
abis tu, kalu dapat murid gini, cmne??
Read More

Entry Macam-macam



 Kita mulakan entry arini berkenaan cuaca
Rasa macam best sangat cuaca pagi tadi.. awal matahari memancar
dengan confidentnya la aku mendobi sebab bakul da penuh
Masa sidai kain pun cuaca sangat la memberangsangkan
Happynya menyidai dengan harapan 2-3 jam lagi da boleh angkat jemuran

Arini masak awal.. sambil2 tunggu basuhan siap, sambil masak
Menu simple je arini.. Gulai nenas dengan udang inspirasi dari ChefWan


Kena abiskan sebiji nenas sebab nenas da mula masak
Nanti tak sedap buat gulai
Tapaw untuk mak mertua sikit
"masam,manis,masin,lemak...perfect. boleh bukak kedai, kata ibu mertuaku"..hahahaaaa
bukan aku kata eaaaa
Senang kalu da siap masak awal2 ni kan

Sambil2 tidokan aqil, aku pun ikut le terlena sekali
Tersedar pun sebab aku terjaga pasal apa la kipas aku ni kuat sangat bunyinya
sekali selak langsir... tu diaaaaaa

abissssssssssss..... da basah lencun sume baju
skang ni dok ada dalam washing machine
petang kang sebelum jemput budak2 balik sekolah, nak g singgah dobi
nak keringkan baju..boleh lipat terus
sempena dobi masih lagi memberi potongan 50%, kita manfaatkan le di musim2 ujan x menentu ni


 Aritu, teringin sangat nak makan tart nenas
tapi xmo beli sebab tau bukan nak makan banyak mana pun
maka kita buat je la ye..beli inti instant
google resepi.. tadaaaa

sedappppp... tapaw le kat mertua sikit
sebab kat umah ni aku je yang layan tart nenas ni

daaaahhhhhhh..tu je nak citer
babaiiiii



Read More

Monday, 20 October 2014

~ I WANT TO TOUCH A DOG ~ don't want actually



Pertama kali tau pasal benda ni, respon aku 'gila apa la orang sekarang??!!!'
Nak buktikan apa dengan kempen ni sebenarnya??
Dapat sambutan pulak tu
Aku bukan la bijak pandai sangat pasal agama ni tapi cukup untuk tau berfikir
Nak kata aku kolot, aku tak up-to-date.. katalah
Tapi aku tak setuju and tak suka kempen seumpama ni
Takde sebab yang mengharuskan untuk aku sentuh anjing2 tu
Kalu tersermpak pun, sure aku akan elak berada dekat dengan makhluk Allah yang satu ni






Banyak lagi kempen lain yang lebih bagus untuk umat islam, tapi kenapa kempen ini jug ajadi pilihan
Buat le kempen sayangi warga tua ke.. buat le lawatan ke rumah orang2 tua
kempen sayangi anak yatim ke, kempen bantu fakir..



Read More

Friday, 26 September 2014

Pertama Kali...

kesahnya..
akmal n alya nak register tadika next year
so, cikgunya da mintak gambar pasport utk tujuan tu la
maka, pegi le ke kedai.. bergambo la mereka2 tu
nak tengok hasilnya??





ni je la yang mampu..yang terbaik
selepas shoot beberapa kali

anak-anak aku pemalu orangnya.. macam mak diorang la kan

Read More

Tuesday, 8 July 2014

Da 10 Ramadhan

Diam tak diam, kejap je kan da 10 Ramadhan
kang pejam celik pejam celik, da nak abis 30 Ramadhan

persiapan raya???
x bersiap pape pun lagi
baju raya pun x beli lagi
laki aku aku dia nak recycle je baju2 melayu dia
elok lagi..x nampak buruk pun
tak mau membazir katanya

aku ni pun silap2 haribulan memang recyle baju jugak le
ntah le..cam xde berkobar2 sgt nak beli baju raya
tapi nak beli jubah je sehelai
ehhh..tadi kata tak nak beli kannn..

beli baju baru utk anak2 je la
mak bapaknya da puas beraya kan
bagi chance anak2 rasa seronok plak

nak tukar langsir kat hall je la
tukar mood sikit
lagipun situ je kan tempat tumpuan tetamu
tempat2 lain langsir masih nampak seperti baru..

kuih raya plak, wiken ni br stat nak buat
memang dr zaman anak2 dara buat kuih sendiri
lagi puas n menepati selera tekak
cuma bila da kawen ni, sekali buat kena la buat untuk 3 umah - umah aku, umah mak aku, umah mak mentua
memerap kat dapo je la nanti keje aku

hmm..
bukan tak semangat nak raya, cuma belanja berhemah je
mana yg x penting xyah beli
membazir je kan

raya tahun ni turn umah mak aku
ke johor le kita
tapi yg x bestnya, adik2 aku sume raya umah mentua dulu
kalu gini la gayanya, sampai bila pun x dpt raya sama ngn adik beradik aku
udah le bertiga beradik je..
tapi belah laki aku memang turn sume sama
kena berbincang hati ke hati ni.. nak tukar turn raya jadi 2 tahun sekali
2 tahun turn umah mak aku, 2 tahun turn umah mak mentua
kalu x sampai ke sudah le x raya sama adik2 aku
adik aku sorang tu pun da plan nak wat camtu

minggu lepas, beramadhan di umah aku 3 ari, terlupa terus program diet aku
buat2 lupa sebenarnya....hahahahaaaaa
macam2 mak akuu masak
x sampai hati plak x makan
masa makan x beringat, da makan baru datang menyesal
tapi menyesal kejap je la
kang mak aku hidang makanan lain, aku tibai lagi
menyesal lagi.. tapi lepas tu makan lagi
da rasa kembang2 sikit da badan aku
takut nak naik penimbang

tapi pagi td try juga timbang
kalau x tau berat, camne nak kontrol kan
nasib la x naik..
trus sahur td kontrol makan
roti gandum 2 keping + sambal sardin + sambal bilis petai

samba bilis petai tu budak2 bujang opis oder
layankan je la..


Read More

Tuesday, 22 April 2014

Tiba-tiba Je Rasa Cam Patriotik Sangat

sekarang ni, ari-ari kena usung laptop g ofis
x larat da nak ngadap lemah lembutnya PC kat ofis tu
rasa nak nangis je buat keje
apatah lagi nak blogwalking jenguk2 korang semua
asal bukak tab baru je, mulalah nak hang
nyampah tauuuu

berbalik kepada cerita di atas..

takde pape isu pun nak dikaitkan
cuma masa drive balik keje semalam..tetiba...
tetiba je aku terfikir..
kenapa muda-mudi sekarang macam kurang rasa sayang pada tanahair tercinta ni???

sepanjang umur aku membersar ni..
aku rasa dari kecik lagi da tertiup semangat patriotik dalam diri ni
x perlu event2 besar, ceramah o wak eva
tapi cukup dengan lagu2 patriotik yang berkumandang kat tv saban hari menemani zaman aku

aku generasi 80an
aku orang kampung
dulu2 xde siaran tv berbayar cam skang ni
hadap la siaran tv free yang kerajaan da provide kan
takde option banyak macam sekarang ni
aku rasa kalu budak2 skarang ni x hadap siaran tv percuma ni
takde kelas kannnn
dari tahun 80an sampai 90an, macam2 lagu patriotik yang aku da dengar, da hafal
bila selalu dengar, then hafal secara tak langsung patriotik tu da menyerap dalam jiwa tau
jadi lagu wajib juga untuk dinyanyikan dalam perhimpunan sekolah
bila time nyanyi tu semangat lain macam tau

cuma sekarang ni macam da xde sangat kan kat tv
x kesah la tv free ke tv berbayor
patut juga diadakan semula
pada fikiran aku la
untuk mendidik generasi muda lebih sayangkan negara

ntah la..


Read More

Thursday, 3 April 2014

Pepero Oh Pepero: Halal Ke Tak?



First time aku makan ni, masa holiday Langkawi last year
Teringin sangat sebab orang sana sini dok upload gambar bagai.. meneceritakan sedapnya benda alah ni
makanya, kesempatan ke Langkawi tu, memang aku memborong la

Elok je seminggu dua aku balik dari Langkawi, dengan segala macam coklat da selamat jd darah daging, tetiba plak kuar isu pasal pepero ni
Haaaa... perkara da lepas kan
Takde la nak beli lagi bila da tak yakin
perkara-perkara yang mendatangkan syubhah, lebih baik tak payah buat kan
Itu la kali pertama & terakhir aku beli pepero

Sampai ke hari ini, isu ni masih lagi diperkatakan

meh nak share lagiiiii.........


 








PENAFIAN: KEKELIRUAN STATUS HALAL PRODUK PEPERO- KOREA



Pengguna yang dihormati sekalian,

Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Peppero keluaran negara Korea.

Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.

Disediakan oleh:-
Unit Perhubungan Awam (PRO):
03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)
03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa).

Kalu ragu-ragu, tak payah la makan kan... banyak lagi coklat lain boleh di makan. tidaklah dikatakan haram, cuma tiada pengesahan halal.


SUMBER 

Read More

Sleepy ..


sleepy tired, love, pretty, quotes, quote
selalu camni kan.. kunun2 kejap je. end up.....

baby blue, cranky, cute, glamorus, hyper

true, save, sleeping, cat, yes, haha, funny, love, smile, kiss, lmao, sad, no, Dream, happy, lmfao, me, energy, sleep, Lazy, lol, angry, sleepy

enough, quotes, crying, pic cover quotes, suffered, black and white, bit, sleepy



sleep, can't sleep, funny, bed, wide awake, sleepy, qotes



cat, kitty, love, sleeping, sleepy








Read More

Wednesday, 12 March 2014

Kabur









Ni gambar masa balik kerja petang semalam.. 
nampak macam x berapa kabur kan.. tapi actual condition memang kabur sangat
bukak tingkap pun bau asap je
dari putrajaya membawa ke cyberjaya ke dengkil sampailah ke nilai
camni la keadaannya
bukak tingkap sekejap pun da terbatuk-batuk dek asap
pedih-pedih mata lagi tau

bila la keadaan ni akan berakhir ye?
bila keadaan macam ni mulalah senang je sakit tu nak menyinggah kan
aqil da start cam nak demam
same goes to alya
same goes to akmal

semalam juga dengar berita radio katanya dijangka dalam masa 2 minggu cuaca panas ni akan berkahir
wallahualam.. jangkaan manusia je kan




Jangan berhenti berdoa untuk MH370
Semoga segera ditemukan

Read More

Friday, 7 February 2014

Program 7 Hari

Pagi tadi masa berjalan dari parking ket ank masuk opis, membebel-bebel la aku sengsorang sebab cepat beno termengah-mengah. Jalan sikit je pun da x larat..memang le kalu jalan berbukit kan. cepat beno semputnya.. Sedang membebel-bebel sengsorang tu, auwwwwww... tergigit pipi belah dalam. sakit tauuu.. haaa..ni salah satu petanda juga kalu aku terlebih berat badan yang amat sangat. siap tergigit -gigit lagi.. sampai sekarang masih terasa sakitnya..

Untuk makluman semua, aku masih belum start diet lagi. tapi aku kira ni lah hari terakhir memewahkan perut & tekak dengan makanan-makanan yang menggemukkan.. xleh la start sebab dari aritu lagi craving giler nak makan nasi kerabu.. jadi telah memulakan sarapan pagi ni dengan nasi kerabu..puihhhh..acaner nak kurus ni?????? takpe..da setting dalam minda nak start isnin nanti.. konon-konon nak puasa. berjaya ke x, wallahualam..

sambil-sambil berblogwalking tadi, terjumpa la info pasal Diet 7 Hari ni.. macam mudah..macam senang je.. boleh le nak cuba next week ni.kita tengok nanti camne keputusannya

pinjam google


Diet ini adalah untuk anda yang ingin menghilangkan berat badan dalam waktu singkat. Diet ini diberikan oleh salah sebuah hospital di Maryland, USA, untuk para pesakit jantung yang perlu menurunkan berat badan dengan cepat sebelum dibedah. Program 7 hari ini digunakan sekerap mungkin sesuai keperluan. Jika diamalkan secara tepat dan dijalankan secara penuh, program ini akan membersihkan sistem metabolisme yang akan membantu ketahanan tubuh dan memberikan tubuh yang segar yang sebelumnya tidak dirasakan.
Hanya dalam jangka waktu beberapa hari, anda akan merasakan tubuh anda akan menjadi lebih ringan sekurang-kurangnya 10 pounds (+/- 4 kg) dan bahkan mungkin hingga 17 pound (7.5 kg) serta memiliki lebih tenaga. Teruskan program ini selama anda inginkan dan rasakan perbezaannya.

Program ini adalah diet pembakaran lemak dan rahsianya adalah bahawa anda akan membakar kalori lebih banyak daripada kalori yang anda ambil. Ini akan membersihkan sistem pengolahan dalam tubuh dan memberikan kesegaran.

Disebabkan perbezaan sistem pencernaan masing-masing, program ini akan memberikan efek yang berbeza-beza bagi setiap orang. Sesudah 3 hari menjalani program, maka anda akan merasakan kesegaran dan memiliki energi lebih besar dari sebelum anda mengikuti program ini, dengan syarat -

*JANGAN SEKALI-KALI MELANGGAR 

PANTANG-LARANG!*. 


Setelah beberapa hari mengikuti program ini, anda akan merasakan perubahan yang ketara terhadap perut anda. Walaupun anda masih boleh minum kopi hitam tanpa pemanis atau gula, anda pasti merasakan bahawa setelah 3 hari mengikuti program ini, keperluan anda terhadap kafein, tiada lagi.
*SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIAMBIL SEPANJANG PROGRAM*

1. ROTI / NASI

2. MINUMAN BERALKOHOL

3. MINUMAN BERGAS (COKE, SPRITE, GREEN SAND, AIR SODA, dll)

4. MINUMAN DIET (DIET COKE, dll)

5. MAKANAN YANG BERGORENG

6. GARAM DAN BAHAN PERASA


*YANG BOLEH DIAMBIL*

1. AIR PUTIH

2. KOPI HITAM TANPA PEMANIS/GULA

3. TEH TANPA PEMANIS/GULA

4. CRANBERRY JUICE

5. SUSU RENDAH KALORI - HANYA PADA HARI YANG DITETAPKAN SAJA


Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.

*Semakin banyak sup yang anda makan, 

semakin besar lemak anda yang terbakar*.

Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.


*SUP PEMBAKAR LEMAK*

*BAHAN-BAHAN (satu resepi)*

3-6 BAWANG BESAR BOMBAY
6 BIJI TOMATO SEGAR
1 BUNGA KOBIS
2 BIJI LADA CAPSICUM HIJAU
AIR

*CARA MEMBUAT*

Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.

*Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.*


*HARI - 1*

Makanlah segala jenis buah KECUALI PISANG. Tembikai memiliki kandungan rendah kalori dibandingkan dengan buah-buahan lainnya. Makanlah hanya *sup pembakar lemak (satu resepi)* dan buah-buahan sepanjang *hari - 1* ini. Untuk minuman, boleh diambil teh tanpa gula, cranberry juice dan air putih.


*HARI - 2*


Makanlah segala jenis sayuran, baik mentah atau pun yang direbus sesuai selera. Upayakan makan sayuran hijau dan hindari sayuran berbiji seperti kacang panjang, buncis mahupun jagung. Makanlah sayuran tersebut bersama *sup pembakar lemak (satu resepi)* di atas. 

Pada waktu makan malam, sebagai penghargaan terhadap komitmen anda sendiri, manjakan diri anda dengan kentang rebus. Makanlah sup pembakar lemak dan jangan mengambil buah sama sekali *hari - 2* ini.


*HARI - 3*

Kombinasikan makanan hari - 1 dan hari - 2, di hari ke - 3 ini, dan makanlah *sup pembakar lemak (satu resepi)*, buah-buahan dan sayur-sayuran.

*JIKA ANDA MENGIKUTI PROGRAM HARI KE 1 SAMPAI HARI KE 3 TANPA MELANGGAR SEDIKIT PUN, PADA HARI KE 4, ANDA SEMESTINYA TELAH KEHILANGAN +/- 3 KG*.

*HARI - 4*

Makanlah hanya pisang dan susu rendah kalori. Makanlah hingga 8 biji pisang dan minumlah susu rendah kalori sebanyak yang anda inginkan. Kedua jenis makanan dan minuman tersebut mengandungi karbohidrat dan kalori yang anda perlukan dan menggantikan keperluan rasa manis setelah 3 hari pertama program. *Sup pembakar lemak (setengah resepi)* tetap anda ambil sepanjang hari.


*HARI - 5*

Makanlah daging dengan tomato. Anda juga boleh memakan ikan (daging hingga 0.25 kg) tetapi boleh diganti dengan ayam panggang atau ikan rebus dan tomato segar sebanyak 6 biji sepanjang hari. Minum sekurang-kurangnya nya 8 gelas air putih hari ini untuk membersihkan tubuh dari uric asid. Makanlah *sup pembakar (setengah resepi)*.


*HARI - 6*

Makanlah ikan (daging - seperti hari ke 5) dan sayur-sayuran. Ambil sesuai keinginan. Anda bahkan dapat makan 2 - 3 steak hari ini TANPA KENTANG. Pastikan *sup pembakar lemak (setengah resepi)* anda ambil hari ini.


*HARI - 7*

Nasi beras merah, juice buah tanpa pemanis dan sayur-sayuran menjadi makanan anda sehari ini, berserta *sup pembakar lemak*. 

*PADA HARI KE 7, SEMESTINYA ANDA TELAH KEHILANGAN +/- 6 KG. JIKA PRESTASI INI TELAH TERCAPAI, HENTIKAN PROGRAM UNTUK JANGKA WAKTU 1-2 MINGGU, DAN KEMBALILAH MENJALANI PROGRAM HINGGA BERAT BADAN IDEAL ANDA SUDAH TERCAPAI.*

SELAMAT MENCUBA! 


Nampak macam mudah je kan...takpe..kita cuba dulu. nanti kita update k..doakan le kita ditetapkan hati dan berdisiplin menjalani diet 7 hari ni nanti

Read More

Wednesday, 15 January 2014

Jujurlah Sayang..

Manusia memang mudah gelap mata, gelap hati bila bersangkut paut dengan duit.. Walaupun dengan keadaan ekonomi skang yang terang-terang da meningkat, jangan la mengambil sesuatu yang bukan hak korang. Korang kena ingat, banyak korang amik, banyak lagi yg Allah akan tarik dr korang..Mungkin bahagia amik hak orang (x kesah le duit ke, orang ke, barang ke..apa2 je la) tu kejap je..lepas tu mai datang derita.. buat baik dibalas baik...kannnnn???

sian ngan kakak yang tertinggal kat ATM ni.. yang withdrawed secara haram tu kemain suka lagi. lupa agaknye diorang tu.. ada yang memerhati. Allah for sure..CCTV kan ade gak. amik kawww...skang boleh jadi satu mesia tengah sebarkan muka lawa korang..

pinjam tagline Kiah Propa, jaga-jaga.....ade yang memerhatiiiiiii



Akibat cuai ketika berurusan di ATM. Seorang wanita kerugian RM2000. Kejadian berlaku di RHB Festival City, Menurut mangsa dia memasukkan kad ATM di mesin RHB bertujuan untuk urusan pendaftaran no telefon. Setelah selesai, dia meneruskan urusan di ATM CIMB bersebelahannya tanpa mengeluarkan kad ATM di mesin RHB yang dia berurusan sebelum ini.

Dia yang cuai dan terlupa terus pergi setelah urusan selesai dengan meninggalkan kad yang masih di berada di dalam ATM RHB. Setelah balik ke pejabat, dia membuat semakan melalui RHB Internet Banking dan mendapati RM2000 ringgit telah dikeluarkan dari akaunnya.



Mangsa kemudian membuat laporan polis dan hasil semakan melalui CCTV mendapati 2 orang gadis mengambil kesempatan mengeluarkan duit melalu akaunnya di ATM tersebut.






10/1/2014:- I went to RHB ATM at festival city to register my mobile no. resit keluar saye amik and continue to ATM CIMB sebelah ATM RHB tu without realizing my card is still in the RHB ATM. balik ofis, check RHB internet banking ade withdrawal from my account-RM2k. Baru sedar kad tinggal, buat report kat balai polis, then went back to Festival City and asked for the cctv recording. These two girls saw the opportunity and withdraw my money.siap sengih2 sambil withdraw my money. Haih..so careless you Nurul Ain! Ni peringatan untuk diri sendiri and all of you jugak.semoga ape yang jadi to me tak kena dekat orang lain. Has it been a nice and honest person yg gi kat atm tu, I might not hilang my money. Now in the process of dapatkan gambar from the camera at the ATM. Will upload the video bile ade mase. Thank you en Hubby for helping me throughout the process..

Be careful everybody!
Sesiapa yang mengenali suspek hubungi balai polis berhampiran..sila SHARE



Read More

Tuesday, 7 January 2014

Manusia Makin Kurang Akal??

Pagi-pagi d aterkejut bila baca paper. pendel betul akal manusia zaman sekarang ni. Semoga roh keduanya dicucuri rahmat. AL-Fatihah

Pensyarah UiTM, isteri mati dikelar


GAMBAR fail Ghazalee dan Norazlina.



KLANG - Konflik rumah tangga seorang pensyarah dan isterinya yang dalam proses penceraian di mahkamah berakhir dengan tragedi berdarah apabila pasangan itu ditemui mati dengan masing-masing mempunyai kesan kelar dan tikam di di Hotel Prescott di sini semalam.
Semasa ditemui pada pukul 5 pagi itu, mayat Norazlina Mohamed Saaid, 49, seorang suri rumah ditemui terbaring atas lantai dengan kesan beberapa tikaman di kepala dan kelar di leher. Mangsa ketika itu hanya memakai pakaian dalam.
Suami Norazlina, Ghazalee Ahmad, 58, pula mati dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini selepas dia ditemui sedang duduk di atas katil di hotel tiga bintang itu dengan kecederaan teruk di leher akibat kelar.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Hakcipta terpelihara 


Suratkhabar ni pun satu... xyah la mention mangsa pakai apa kalu itu akan tambah mengaibkan mangsa...haihhh
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
akmal (12) aku (133) alya (8) anak3 (21) aqil (20) BakingProject (1) besday (3) buy-cut (5) carimakan (2) celebration (1) cinta (1) contest (1) cuti2 (4) dugaan (15) follower (1) GIVEAWAY (7) hadiah (1) homesweethome (2) isnin (1) jalan-jalan (3) jiwa (1) kongsi (4) kongsILmu (9) macam-macam (75) majlis (3) Masak2 (3) membebel (13) meniagaProject (4) MyJualan (6) orang glamor (6) parking (1) photoshake (35) quotes (9) random (3) raya (1) reminder (4) segmen (12) selfreward (2) sewingProject (1) sticky post (6) terpaksa stress (32) TipsParenting (2) tragedi (4) Trip:Bandung (5) Trip:Langkawi (1) weightlosewar (1)

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah