Showing posts with label photoshake. Show all posts
Showing posts with label photoshake. Show all posts

Thursday, 4 July 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia



sebenarnya da lama giler beli buku ni
aku rasa da masuk 4-5 bulan
sebelum citer ni masuk tv lagi tawww..

tapi baru berapa chapter jer yang aku khatam
suku buku pun x sampai lagi rasanya
aku yang dulu hantu novel..
5-6 bulan pun lum abis satu buku????!!!
 susah betul nak percaya

tapi itula hakikatnya
memang da takde masa sangat nak melayan novel2 ni
masa yang ada semua untuk anak2
masa untuk diri sendiri pun almost xde giteww

ntah bila nak abis baca buku ni aku pun x tau
citer kat tv da nak abis da
Read More

Habbatus Sauda

tips ni dapat melalui pembacaan dan research thru internet
sebenarnya tujuan utama makan habbatus sauda ni dulu sebab katanya boleh menambahkan susu
sebagai pengguna, memang sgt memberi effect pada aku la

selain tu jugak, habbatus sauda ni banyak lagi manfaatnya

meh gugel jap cari info..

HABBATUS SAUDA

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan dikawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat mengenai kelebihan dan khasiat habbatus sauda ini.



Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan dan mempunyai banyak kelebihan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.


 
CIRI-CIRI UTAMA HABBATUSSAUDA





1. Nilai pemakanan dari Habbatus Sauda



Habbatus Sauda kaya dengan:

  • monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • polysaccharide
  • fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). 
  • EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.



2. Sistem imunisasi daripada Habbatus Sauda

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.




3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine.



Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.




4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.




5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.




6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).




7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.




Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain:



”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)



Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.



Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatussauda dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan.



Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:



1. Anti-inflamasi, mengubati perih radang tenggorokan.

2. Anti-arthritis, mengubati reumatik.

3. Analgesik, mengubati sakit gigi dan

4. Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.

5. Antiseptik, mengubati bau mulut.

6. Antivirus, mengubati demam dan flu.

7. Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.

8. Urinary tract , mengubati saluran kemih dan batu ginjal.

9. Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.

10. Gastrointestinal tract , mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.

11. Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.

12. Nematocidal, mengubati cacing pita.

13. Respiratory tract , mengubati sesak nafas (asma).

sumber

banyak sangat kan kebaikannya
benda yang elok..
apa salahnya kalau kita amalkan kannn
menguntungkan diri sendiri


ni la yang aku amalkan... banyak jer kebaikannya selain dr menambah kuantiti susu..
harga RM12.00 ade 24 kapsul. tapi rasanya skang mcm da naik harga laaa..
Read More

Sunday, 23 June 2013

Jerebu oh jerebu

ini la pemandangan depan umah arini
selalunya bukak2 pintu terus nampak bukit, LEKAS

x bukak pintu n tingkap
tapi dalam umah pun berjerebu
apatah lagi kalu bukak..
baru dok depan pintu je pun da sakit tekak,pedih mata



Read More

Wednesday, 12 June 2013

yeayyy..da renew


kalu x kerana ofismate bukak citer pasal lesen pagi tadi
siyes aku mesti x ingat lesen aku mati bulan ni..

ngam2 plak tarikh hari ni

da renew da
amik 2 tahun jerr
xberani nak amik lama2
nanti terus terlupaaa

p/s: motif menunjuk... nak bagitau bday aku bulan doblas k.. babaiiiii
Read More

kisah raja buah.. si durian


da few days gak la si akmal ni merengek
pantang nampak lori jual durian tepi jalan tu
'nak bubuyan.. nak bubuyannnn'..
sila faham sebutan budak pelat k.. 
translate 'nak buah durian...nak buah duriannnnn'

makin ari makin x makan pujuk
reason aku malas beli...
sebab ayahnya allergic ngn durian
fefeeling mat saleh kunun xleh bau durian
nak muntah bagai
walhal dulu PIL kata makan jerrr
lepas balik obesi (kecik2 dulu obesi jap neman FIL sambung belajar)..
terus xleh bau durian

kemuncak budak ni mengaruk adalah ari ahad aritu
aku da x tahan dengar dia merengek je
sebab aku da tau gak... karang bukannya makan sangat
ni mesti kes dengar citer kawan2 makan durian nihh

petang tu jugak gigih le aku meround cari orang jual durian
jumpa gak lori durian ni dekat2 ngn umah

giler mahallllllll
hahahaaaa... padan ngn muka
selama ni tau makan jerr

amik dua bijik
RM 30 hokeyyyyy
dengan harapan berjaya membedal tanpa meninggalkan sebarang sisa

balik2 umah, lepak kat porch jerr
kang tuan rumah balik bau semerbak, mau dia cabut larikkk

seperti dijangka sejak awal..
seulas pun x abis

grrrrrrr...

mana nak campak durian2 ni
giler ke nak buang setelah abiskan 30 hinggit

aku amik sume isi
masuk dalam tupperware
balut suratkhabar berhelai2
masuk plastik 2 lapis
masuk peti ais

selepas sejam..
abis da peti ais aku bau durian

tukar plak masuk dlm freezer
masuk gak bau kt tempat letak barang tu

makin ari makin kuat plak bau dia
pingsannnnnnnnnn

dan tetiba aku rasa macam nak muntah plak masa bukak peti ais pagi tadi
oopppssss... da jd bini mat saleh ke aku????

p/s: mungkin nak buat crepe wiken ni.. sumenya bergantung kepada keadaannn
cepatla wiken.. siyes x tahan da ni


Read More

Monday, 10 June 2013

Indahnya...



Cantik kan???

gini la rupa langit pagi tadi on the way nak g keje
siyesss cantikkkkk
awan tu cam sekeping.. macam bumbung...
terus mood isnin aku sgt2 awesome..

mai2 ofis dok kalut2 sbb ade meeting pagi ni..
tapiii..

wahai Datuk Pengarah..
sy nak tujukan pantun khas untuk Datuk

'Kalau padi katakan padi
tidak le aku tertampi-tampi
kalau jadi katakan jadi
xde le aku ternanti-nanti'

serupa macam xyah buat appointment utk set meeting
udahnyee... meeting ke lauttt

ok..
nk repair minit meeting utk petang ni plak
cau cin cauuu

Read More

Tuesday, 4 June 2013

kehilangan....


sedeyyyyyy...

terkujat jap pepagi tadi bila on kamera..

huk..hukk.hukkk...
sedu sedan depan pc senyap2 jerr
malu weiii..kang satu opis dengar kalu aku meraung..
meraung dalam ati je la..

baru menyambut ulang tahun pembelian yang ke setahun
da jadi macam ni
sedeyyyy...sedeyyyyy..
pelaburan wang tabungan ni..
makanya.. super duper sedeyyyy
sebab bukan senang nak dapat kannnn
untuk makluman, kamera pertama telah dirosakkan akmal
sebab tu ganti yg ni..
tp aku plak yg jahanamkan

ntah bila terjatuh.. aku pun x sedar..

 tp sambil2 menunggu depan lif tadi
tiba2 aku teringat
sabtu aritu aku bwk budak2 g padang
ngn aku2 sekali terkinja2 over eksaited gaya lama x jumpa playground
ntah2 dalam ke'eksaited'an aku tuu..
terhempap ke..tersenggol over ke..ter..ter..laaaa

terpaksa je la redha...

macam tau2 je laaa
aku memang nak menuai hasil tabungan dalam masa terdekat ni
time2 ni jugak le dia nak rosaknya pun

tengah memikir2 lagiii
nak beli lagi kerr... atau nak hold dulu

seddeyyyyyyyy..

gambar ni jugak aku upload ke IG pagi tadi
ada yang ingat aku upload psl keje sbb list yg panjang tu..
haihhhh
Read More

Susahnya bila x on maybank2u...huhuhuuuu


susah kan zaman skang ni kalu  xde online banking
hmm... aku dulu2 da register da maybank2u ni



tp ntah nape x guna2
time tu agaknya was2 kot.. aku ni ade penyakit susah nk percaya sesuatu
berjaga2 kononnya..
haaa...last2 susah sendiri kan
sume kena buat manual
walaupun kuasa masih d hujung jari
tetap kena pegi atm menekan segala butang utk transfer duit
bayar keta, bayar loan, bayar...dan bayar....
haihhhh...
kalu on maybank2u ni.. kuasa memang d hujung jari
tapi tak perlu lagi ke atm bagai
sambil goyang2 kerusi..goyang2 kaki bley da transfer duit

confirm la jugak lepas tu duit aku cepat susut..
sebab da senang nak membeli belah online
mungkin ni jug asalah satu sebab aku masih sanggup bersusah payah g atm
takut 'terlebih guna' kemudahan
takut 'terlebih guna' duit

utk empunya transfer di atas
secara x langsung
tq sudi berkunjung ke blog saya


Read More

Thursday, 16 May 2013

AURA WARNA MENGIKUT HARI

 
 kebetulan plak arini pakai oren kannnn...


ISNIN = PUTIH

Warna putih merupakan warna yang merangsang kelenjar Pineal dan kelenjar Pitutary. Menurut teori warna putih ini, seseorang itu perlu mempunyai tidur yang cukup untuk menghadapi hari Isnin. Kerana tidur yang tak cukup akan membuatkan badan terasa lemah dan malas untuk berkerja atau ke kelas. Hari Isnin merupakan hari yang baik untuk pencetusan idea baru di mana kekuatan hari Isnin adalah lebih reatif dan efisyen.

Jika diperhatikan, pada hari Isnin juga, pohon bunga yang berwarna putih juga akan lebih mekar berbanding hari lain. Begitu juga jika ingin menanam pokot itu, pokok berbunga putih akan lebih sukar untuk hidup jika ditanam pada hari lain.

Bagi doktor dan pesakit pula, rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah penyakit lemah semangat, kelesuan, tiada keyakinan diri, halusinasi, nyanyuk dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan kelenjar Pitutary dan Pineal.

SELASA = PINK

Warna pink pula mempunyai perkaitan dengan bahagian Thalamus. Thalamus berperanan sebagai penjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini juga merupakan hari yang paling sesuai untuk beremosi (bukan marah-marah ya), tapi untuk meluahkan perasaan kasih sayang. Hari ini juga sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana jika berlaku kesesatan sekalipun, ianya dapat diimbangi dengan daya penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Jadi, jika kalian memakai pakaian berwarna pink, kuasa pujukan juga akan bertambah kuat. Jangan pula pakai warna merah ya (maaf la kaum Adam sekalian ya hehe) kerana mereka yang dipujuk akan menentang semula.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah migrain, attention-deficit / hyperactivity disorder (kanak-kanak yang bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.

RABU = BIRU
 
Untuk hari ini, ia merangsang kelenjar Tiroid dan mempunyai hubungan yang baik dengan muzik. Kalau ikut ilmu kedoktoran, pada hari ini, paras hormone thyroxine akan dirembes dalam kadar yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan kata-kata secara lebih berkesan. Oleh itu, hari ini merupakan hari yang terbaik untuk berucap, bercakap, behujah, bersidang, berpidato dan apa-apa sahaja la ang berkaitan dengan ‘percakapan’.

Rujukan para doktor, hari ini kalian sesuai untuk merawat penyakit beguk, tongsel, kerongkong dan semua yang berkaitan dengan tiroid.

KHAMIS = KUNING / OREN

Warna kuning mampu merangsang sistem penghadaman, manakala warna oren adalah warna kesuburan. Pada hari ini, kalian tidak digalakkan untuk makan terlalu banyak pada waktu siang untuk bagi peluang kepada sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Maka, sistem penghadaman dapat menghadan segala sisa makanan dalam badan untuk menjadi zat dan tenaga. Pada hari ini juga, asid folik yang amat sukar untuk dihasilkan pada hari biasa tapi akan aktif pada hari ini...

Warna oren juga meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, sesuai untuk pasangan suami isteri. Cuba kita pandang balik kepada ajaran Islam. Ada benarnya kan – subhanallah

JUMAAT = HIJAU
Warna hijau pula mempunyai tenaga yang baik terhadap jantung dan paru-paru. Pada hari Jumaat, klorofil juga akan aktif membebaskan oksigen. Maka, hari ini juga merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah. Biasanya, pada hari lain kita akan mudah terasa lemas jika berada dalam kesesakan orang ramai. Dan fungsi pernafasan yang baik pada hari ini membolehkan kita berhimpit-himpitan di dalam masjid untuk menunaikan solat Jumaat – bagus sekali kombinasi ini dengan Islam.

Hari ini merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan rawatan kardiovaskular dan paru-paru kerana paras oksigen dalam atmosfera yang tinggi.

SABTU = MERAH

Mempunyai hubungan dengan usus, otot, darah, tulang dan saraf. Hari sabtu merupakan hari yang paling sesuai untuk bersosial dan menjalankan aktiviti lasak

AHAD = HITAM

Pada hari ini, zarah-zarah akan tertumpu kepada satu kawasan sahaja berbanding hari lain yang bergerak secara rawak. Dan gerakan zarah ini akan menyamai zarah dalam air walaupun ianya zarah dalam atmosfera. Maka, sepatutnya, warna pada hari ini adalah warna putih, namun menjadi hitam kerana pergerakan zarah yang menyamai sifat air.

Hari Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk beristirehat. Memandangkan penyerakan zarah yang tidak stabil, pemakaian warna hitam akan mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing.
Read More

Wednesday, 15 May 2013

Alya Demam :( + entry 'busuk'


Demam plak anak dara ni
balik semalam da rasa dedar da..
aku plak tertido awal
lupa nak bagi ubat demam

tengah malam tadi. merengek2 je
memang panas.. terus aku bagi ubat demam
jelum ngn air asam jawa
pakaikan koolfever
ok la sikit

pagi ni dia x g nurseri
dok umah ayah dia jaga ..(ke dia jaga ayah nanti??)
katanya nak bawak g klinik
9.30 td aku tepon x bangun2 lg
ntah da pegi ntah lum ni

haihhh.. risauuuuu
tu kang, makan apa la kat umah tu nanti
harap2 ikut perut anak ye yang.. jgn ikut perut u plak

aku plak.. ntah kenapa sejak semalam
da berulang kali date ngn 'Mr.Tan'
ini da masuk kali ke-7
asal rasa mcm nak ken**t je, lari laju2 g toilet   
da nak masuk keta da pg td..
ada plak hal x diingini.. lari laju2 masuk bilik tukar baju segala bagai

hmmmm.. jika berlarutan sehingga lunch ni
aku nk g amik MC
x larat dowh.. nk ulang2
rasa nak berkampung sebelah toilet plak 
Read More

Friday, 19 April 2013

Hadiah Bday Aqil Yg Pertama




Semalam bawak aqil check-up untuk 12 bulan
juga untuk injection laa..
x reti diam budak ni
mentang2 baru dapat kaki
aku ni plak lupe je kejenye
xbawak pun kasut aqil
jalan le dia berkaki ayam dengan eksyennye
ke hulu ke hilir
excited baru dapat kaki kannn
gelak x hengatttt.. bangga la tu

berat da 8.4kg.. naik 1kg++ compare 2 bulan lepas
syukur...
sebab sebelum2 tu berat dia x cantik.. asyik demam2 je
naik sikit pastu turun banyak
sedeyyyyyy

kena injection pun x nangis
bravo..
sebab dia leka nengok misi tu watpe la kat tangan dia ni

penting tawww cucukan injection ni
MMR namanya
untuk cegah campak, rubela n beguk..

Read More

Wednesday, 6 March 2013

Hobi Aqil





Inilah hobi aqil skang ni
pantang nampak bakul baju
laju je dia serang
kuarkan satu2 baju
pijak2 sikit... (setiap kain baju yg dia keluarkan mesti kena pijak..at least sekali)
kuarkan habis takat yg dia smpai je la..
penah sekali tergolek ngn bakul sbb gigih nak amik jugak kain baju yg sah2 le dia x sampai

hmmm.. dedar lagi budak ni
asyik demam je.. berat naik turun naik turun je...
bila ntah nak naik consistent
Read More

Tuesday, 19 February 2013

LEBAM :'(





 poor my baby
abis lebam dahi dia
semalam masa amik kat nurseri x perasan pun
kelam kabut gaknya sbb petang smlm kan ujan
sibuk nk loading bag, loading budak3 lagi

masa brenti nak menyusukan dia baru perasan lebam ni
nape cikgu dia x bgtau langsung
tunggu aku tanya baru nak bagitau
agaknya kalu aku x tanya, langsung xbagitau pape

gerammmmmm
ari2 aku ingatkan..
si aqil ni sedang dalam fasa nk mula berjalan
sedang memapah.. n bertatih sikit dlm keadaan yg x stabil
pls pay more attention
haihhhh..

bukan aku ni jenis banyak songeh
tapi ada masa2ny ayg perlu beri lebuh perhatian
bukan suruh berkepit je ngn anak aku..
tapi..perhati la lebih sikit

i'm sure it hurts
mlm td usik2 pipi tangan kaki segala tempat masa dia tido
cool je dia.. mcm x terusik
tp bila aku usap2 lebam tu...
kemain lagi respon dia

sorry sayang..
sedih ummi anak ummi jadi macam ni
harap lepas ni cikgu tu akan perhati lebih sikit ye sayang
Read More

Monday, 18 February 2013

IG vs FB..mana korang lagi sukeee??


siyesly, sejak aku kenal IG ni..
aku da agak kureng skit ngn FB
malas da nak baca post yg kadang2 mengarut tu..
but still gak aku on FB sekali sekala nak tau perkembangan terkini kawan2..
baru kawen ke..baru beranak ke..masuk rumah baru ke.. beli keta baru ke..
maklum je la kan, kompem buat papepun akan update status kat FB

pada aku, IG best..
xyah tulis caption panjang2 pun..
gambar tu da mampu nak describe segalanya kan..
senang..xyah pening2 menyusun ayat..

Read More

already 10 months


Budak kecik ni masuk 10 bulan semalam..
perkembangan setakat ni adalah sgt memberangsangkan

gigi da tumbuh 3 batang.. 1 lagi on the way
da mula nak bertatih..

tapi skang dedar2 mcm demam mcm x demam
maybe sebab nak kuarkan gigi yg satu lagi tu
sekarang ni adalah tersangat manja
nak berkepit je celah ketiak ni
pantang aku bangun jap.. nak basuh tgn je pun bukan nk kuar g memana pun
nangis jerit mcm kena pukul

masuk hari ni, da hari ke3 aku hantar ke nurseri
hari2 bila masuk je nurseri tu, dia mula la buat konsert rock
risau ati aku.. tp kena ajar juga
nanti xtau nak bercampur gaul ngn orang
aku gak yg susah
biar la dia dok nurseri
ramai kawan..macam2 benda dia bley belajar
xde le kejenya nak tidoooo jeeee..
pastu bangun kul 2-3 pagi ajak aku main..heyyy





Read More

Monday, 4 February 2013

beransur sembuh



Alhamdulillah..
semuanya da beransur sembuh
Akmal pun da kembali ke nurseri
Alya pun da ok walaupun masih ada sikit2 kesan  kuping yang belum tanggal sepenuhnya.. ni pun da sebuk da nk g nurseri. boring agaknya dok umah lelama xde geng
Aqil pun hampir recover.. sume da kering. tinggal kuping2 tu nak tanggal jerr. tu pun banyak yg da 'terpaksa' tanggal dek tangan dia yg x reti dok diam menggaru je kejenya..

lama x update kan..
bz ngn anak3 sakit
bz ngn site inspection... penat outstation ari2.. sampai umah selalu da flat..
kadang2 on je laptop.. pastu ke bulan bintang la bermimpi..

ni pun, seb baik boss xde
sempat la jugak BW
sempat la jugak update skit
walaupun kejeku melambak2 sebab da lama x masuk opis
huhuu

abis berhari2 da cuti rehat tahunan aku
hmmm..
xpe la kan..sume sebab jaga anak sakit
berangan je la aku nk CCM tahun ni

aku stress arini sbb ada insan yg parking x berhemah n aku terpaksa masuk parking berbayar. skang ni dok ulang alik jenguk kat tingkap toilet dgn harapan ada orang kuar lunch awal. bley la aku masuk space yg kosong tu...
Read More

Thursday, 17 January 2013

Aqil da 9 bulan


Budak tecit ni da genap 9 bulan arini
progress...???

gigi lum ade
jalan pun lum lagi (kalu masuk walker laju laaa)
suka beno berpaut kat aku.. sambil2 lepas sebelah tangan pastu gelak2
verangan mcm dah terror hokeyyy

lepas je baik demam aritu, selera makan sgt menjadi2
sehari je kena cukup 4-5 meals
pening mak ko ni nak bagi varities menu
suap je la papepun.. xde nye nak menolak

la ni, da start nk selsema n da dengar bunyi2 kahak
adoiiiii dik.. semoga kamu sihat
sian la kamu kalu asyik sakit jee (sian jugak kat maknye ni.. asyik cuti, asyik x cukup tido, asyik mereng sbb penat etc.)


Read More

Update: chicken pox


skang nih, da hampir kering da bilntil2 air tu
tinggal kat jejari je ada yg x pecah lagi
sehingga hari ni, da 6 ari akmal aku x mandikan
(heyyyyy.. tp stil wangi hokeyyy budak nih)

so far, memang ari2 pagi petang siang malam
aku lumurkan si akmal ni dengan calamine lotion je
selesa kan..sejukkk je
xde la dia nak menggaru sngt
+ pharmacist tu kata, insya allah, kalu rajin sapu x berparut
(kalu dia x kopek la bila da kering tu...akmal!sila jgn kopek hokeyyy!!!)

aku memang nak mandikan dia..
gigih aku cari sabun daun semambu tu
tp x jumpa2..
nak cari yg ori lagi laaa
mana aku ade masa..
semalam aku cuti, ari ayah dia jaga plak
walaupun aku da isi borang cuti untuk 2 ari
makanya, cuti arini aku cancel
niat d hati memang da malas nk g keje
tapi memikirkan kot2 la karang berjangkit kat budak dua orang tu plak
da nak kena cuti lagi kan
so, better aku simpan cuti tu untuk keperluan mendesak sinci ayahnya da offer nak jaga

semalam gak, sempat g singse *kedai ubat cina*..
cari ubat mandian untuk akmal
so, malam karang lepas balik keje
aku nak rendam si akmal tu

sian weyyy.. ari2 mintak aku mandikan
sorry la nak..
mak ko ni x confident selagi xde ubat2 sampingan masa mandi tu
tunggu malam ni ye..

ok..babai


Read More

parking ooo parking




Ni la dia hasil menjengah ke luar tingkap setiap jam
gigih aku nunggu nak dapat free parking space
nampak x keta merah yg comel tuuuu..

geram x nengok orang parking gaya gigi rongak nih
giler selfish.. parking x pikir nasib org lain pun

kalu la aku ni kuat cam badang..
memang aku angkat satu2 keta tu..aku himpitkan mcm nasi impit

setakat aku alihkan keta td, kena la caj 4inggit
penah sekali tu aku lupa nak alih, amik ko..dekat 10inggit aku kena
sekali sekala mungkin xpe la..(ayat orang pasrah..walhal mcm x redha)
kalu da berkali2... mampooooo nak tanggung??

aku harap..empunya3 keta di luar sana tu
silalah ejas parking anda dengan berhemah
kita sesama usaha nak dapat parking free (walaupun harammm)
jgn pentingkan diri hokeyyyy..

tengokkk.. pasal parking pun aku nk buat entry
abis tu, nak bebel kat tuan punyer keta, aku x kenal
sini je la tempat aku boleh share geram aku nie..

p/s: aku cuma ejas keta aku masuk slot yg da kosong k.. aku x selfish (betullll..x tipu..sambil angkat tangan mcm ikrar tu)
Read More

Saturday, 12 January 2013

Chicken Pox


Kesian akmal.. menyambut hari lahir ke 4 dgn chicken pox
masa ni baru naik bintil2 air tu
nmpk mcm x banyak

tapi skang ni da penuh satu badan
tu lumur ngn calamine lotion je
nak kurangkan gatal2
dan lotion ni kan sejukkk je.. nk menyelesakan dia

tapi da dasar budak kememe..cengeng..sapu ubat cenggini pun da meleleh air mata
la ni, kat mata tu da naik biltil..dalam mulut, lidah as well

selagi x jejak kul 11 malam, kemain aktif lagi main
x macam orang sakit langsung
tp bila tang nk tido tu, terus lembik

semalam ayah dia jaga (jaga la sangat..halfday da anto umah MIL)
arini pun ayah dia jaga lagi.. request nak jaga yaya sekali plak tu
xpe la.. yaya aku anta nurseri
at least by d time aku amik, dia da mandi da makan da settle sume
xde la penat sgt cam semalam..

esok turn aku plak cuti
k la.. babaiiiiii
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
akmal (12) aku (133) alya (8) anak3 (21) aqil (20) BakingProject (1) besday (3) buy-cut (5) carimakan (2) celebration (1) cinta (1) contest (1) cuti2 (4) dugaan (15) follower (1) GIVEAWAY (7) hadiah (1) homesweethome (2) isnin (1) jalan-jalan (3) jiwa (1) kongsi (4) kongsILmu (9) macam-macam (75) majlis (3) Masak2 (3) membebel (13) meniagaProject (4) MyJualan (6) orang glamor (6) parking (1) photoshake (35) quotes (9) random (3) raya (1) reminder (4) segmen (12) selfreward (2) sewingProject (1) sticky post (6) terpaksa stress (32) TipsParenting (2) tragedi (4) Trip:Bandung (5) Trip:Langkawi (1) weightlosewar (1)

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah