Wednesday, 12 December 2012

Derma Darah

korang suka derma darah x?? aku memang suka.. 
sejak mula2 menderma dulu..tahun 2002..
sejarah awal tu, menderma xde la ikhlas sgt. lebih kepada nak escape xtvt Ko-ko..
sesapa yg menderma darah, xyah g xtvt Ko-ko on that day..
makanya, sume pun berlumba2 la nak menderma darah
dari situ juga la aku tau darah aku jenis Bplus.. same as my boypren (now hubby)

xde la sakit sgt pun.. 
bangga weii bila diorang kasi pegang pack darah yg ko derma tu..
panas jerr..
at least aku mampu tolong save others life even with 1.5pain darah je..
masa ni jugak la, korang bley tau kot2 la korang ade penyakit berkenaan darah
sbb darah yg diorang amik ni akan diuji dulu..

arini KKM ade wat kempen. aku da berkobar2 sejak semalam lagi...
tapi...rupa2nya, ibu yang menyusu xbley menderma
kecewaaaaaaaa.. sbb da lama giler aku x donate darah tawww

meh share sikit..


blood dr
ingin mengajak rakyat Malaysia agar menanamkan sifat dermawan dengan cara menderma darah bagi membantu para pesakit yang memerlukan....
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya;
  • Mangsa kemalangan
  • Pesakit yang menjalani pembedahan
  • Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
  • Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
  • Ibu yang mengalami tumpahan darah

Ciri penderma darah:
1. Sihat tubuh badan.
2. Berumur 18 hingg 65 tahun, berat badan melebihi 45kg
3. Tahap hemoglobin melebihi 12.5%
4. Tiada penyakit kronik
5. Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma
6. Tidak mengambil antibiotik
7. Tidur lebih 6 jam pada malam sebelum hendak menderma

PENTING !!!
Anda DILARANG menderma darah sekiranya :
Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :
# Menggunakan dadah secara suntikan
# Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
# Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
# Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
# Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
# Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda menghidapi penyakit-penyakit seperti :
             - Sifilis
             - Malaria
             - Sakit jantung
             - Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
             - Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
             - Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
             - Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah