Sunday, 14 October 2012

jika bayi anda selsema/batuk..


assalamualaikum n selamat pagi sume..

memulakan pagi isnin ni dengan ujan yg penuh  rahmat.. ye la, kan sebelum ni panas je memanjang.. skang masa untuk sejuk memanjang la plak kan.. katanya smpi november akan ada hujan yang berterusan.. apapun, tetap bersyukur. hujan pun salah satu nikmat Allah, ye x?? 

bila da musim sejuk2 ni, mulalah datang selsema n batuk.. akmal n alya da 3-4 ari batuk da bagi ubat batuk pun mcm x membantu. malam2 mesti xlena tido. asyik terbatuk je.. kalu diorang x lena tido, mesti la ummi diorang ni pun lagi x lena tido kan.. masa BW tadi, terjumpa cara nak buat ubat batuk/selsema sendiri.. nak cuba buat. mana la tau cara ni berkesan kan.. 

mudah saja..gunakan KISMIS. cara2nya:

1. Ambil 3/7 biji kismis hitam dan tumbuk sehingga lumat di dalam lesung batu seramik tadi.

2.kemudian campurkan 5/10 ml air zam-zam ke dalam lesung.

3.Gunakan sudu kecil dan kacau sehingga sebati.

4.Kemudian tapiskan dan dapatkan jus kismis yang dihasilkan.

5. Sedut jus kismis tersebut menggunakan syringe(picagari).
.
APA YANG KITA BOLEH TAHU TENTANG KISMIS
.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
.
InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.
 .
Khasiat :
.
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata
 .
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
.
Khasiat dan Kegunaan Kismis:
.
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
.
Berikan jus ini di waktu pagi, tengah hari dan malam. Sebelum itu baca surah al fatihah dan selawat syifa. 
Gunakan air zam-zam kerana:

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : 
  "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki."

 (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

 Al- 'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah Rahimahullah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudahpun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa." Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat."

 (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)

JIKA BAYI ANDA SELSEMA PASTINYA HIDUNGNYA TIDAK SELESA
BANYAK PRODUK PENYEDUT HINGUS BAYI DI PASARAN
NAMUN KADANG-KADANG IANYA TIDAK BERKESAN
CARA BEGINI RASANYA GELI TETAPI BERHASIL


Cuba bertanya kepada ibu bapa jika bayinya banyak hingus di dalam hidungnya pasti timbul rasa kasihan apabila melihat keadaannya. Bagaimana kita boleh menyedut hingus bayi anda? Cara begini rasanya geli tetapi berhasil iaitu dengan menggunakan mulut.

1.Dapatkan sapu tangan kemudian basuh sehingga bersih dan biarkan sapu tangan tersebut lembab.

2.Kumur mulut anda dengain anti septik mulut sehingga diyakini bersih.

3.Dapatkan bantuan pasangan anda untuk memegang tangan dan kepala bayi anda. Jika anda berseorangan bedung tangan bayi anda .

4.Letakkan sapu tangan yang lembab tadi ke hidung bayi anda dan sedut hingus bayi anda dengan cepat. Jangan terlalu lama meletakkan sapu tangan tersebut kerana bayi anda mungkin akan terasa panik.

5.Selepas menyedut hingus bayi anda cuba tenaNgkan dia semula seperti mengusap dan membelainya.

6. Jangan lupa kumur semula mulut anda dengan antiseptik.


BANYAK LAGI PETUA YANG BOLEH
  MENGURANGKAN DAN MENCEGAH BAYI ANDA DARI BATUK DAN SELSEMA
ANTARANYA YANG MUNGKIN ANDA  BOLEH AMALKAN
IAITU PENYUSUAN SUSU IBU SEHINGGA BAYI ANDA BERUMUR 2 TAHUN

“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. 
Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan
 (sebelum cukup tempoh dua tahun) 
dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, 
maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.”

(Al-baqarah, 233)

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir
hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang 
betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini 
dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda 
melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema 
dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu 
digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan 
kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada
 bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan


Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang 
melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang 
membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan 
penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. 
Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut
akan hadir di dalam susu ibu.


SELAIN DARIPADA ITU PASTIKAN BAYI ANDA TIDAK DALAM KEADAAN SEJUK
DAN ANDA BOLEH MENCUBA BEBERAPA PETUA



1.Kurangkan penggunaan penghawa dingin dan perlahankan kelajuan kipas. Namun jika ada nyamuk cara yang terbaik gunakan kelambu besar.

2.Sapu tapak kaki bayi, belakang dada dan hadapan dada supaya bayi tidak sejuk dan cara ini dapat meredakan batuk bayi anda. Saya sarankan gunakan jenama vicks baby balsam.

3.Elakkan bayi anda mandi air yang terlalu sejuk dan selepas mandi lapkan badannya sehingga kering dan pastikan rambutnya kering dengan sekering-keringnya.

4.Banyakkan minum air kosong terutamanya air zam-zam.

5. Jika bayi anda selsema tidurkan secara mengiring.

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.”
(Riwayat Muslim)

  SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah