Friday, 27 December 2013

Lama-lama nanti biasa la...

Tu ayang nak sedapkan ati sebenarnya. Sure la tak sama kan dengan seksyen lama.. auwwww.. rindunya seksyen lama aku yg sentiasa havoc. tapi syukur masih diberi peluang walaupun bukan keje tetap... Masuk seksyen baru ni, nature keje memang totally different.. sedang cuba membiasakan diri dengan term2 yang diorang gunakan.. so far, keje da seminggu lebih ni, aku belum ada tugas spesifik. Buat masa ni, membantu team yang buat cover keje2 hot gitew.. lenguh kaki meround hospital semalam. Buat inspection je..  tapi siyes macam nak tercabut urat kaki.. Ke sebab aku da berat sgt skang ni??

oh ye.. baru awal2 misi nak mengurangkan berat badan.. konon2 takmo makan nasi..tapi hancusss. ku telan jugak dek kerana lapar giler. bila da makan, baru tau menyesal.. nak menyesal pun x guna kan.. kitatengok pencapaian arini camne plak..

breakfast arini pun homemade juga.. berbento la kita setiap ari.. save cost le di saat2 sume barang2 naik harga ni..

hmmm.. belum rezki aku lagi nak lulus inteview gomen ni.. sedey tapi redha.. teringat kata2 kawan aku. aku x murah rezki dalam bab kerjaya, tapi rezki2 lain ok je...

1. rezki jodoh..alhamdulillah da kawen. compare dengan kawan2 aku yg masih bujang
2. rezki anak. syukur da beranak 3. compare dengan parents2 lain yang masih berusaha nak dapat anak.
3. rezki rumah. alhamdulillah x perlu berhutang dan telah langsai.

jadinya, aku redha je la.belum rezki aku nak dpt keje tetap. ke aku memang ditakdirkan x boleh kerja dengan orang?? apa2pun, kena percaya setiap yang ditentukan ada hikmahnya.. mungkin bukan sekarang, tp insya allah lambat laun nnti..

jom positif!!!!

Read More

Tuesday, 24 December 2013

Kalau Diberi Pilihan..

Aku rasa kalu tanya kebanyakan mak-mak yang bekerja ni, kalau la diberi pilihan nak keje atau nak dok umah jaga anak2, mesti ramai yg nak jaga anak je kat umah kan.. tapi....haaa....ada tapinya plak. ekonomi skang ni kurang mengizinkan untuk mak-mak dok umah menguruskan rumahtangga je. dengan kenaikan harga barang, perkhidmatan skang ni, memang x cukup belanja kalu lakik je yang keje.. tu utk golongan sederhana cam aku ni la.. kalu dok bandaraya tu da jatuh status miskin bandar

kelam kabut aku pepagi tadi.. menu makanan orang2 d rumah arini adalah nasi lemak je. makan la selagi x abis. sementara lakik x mula keje lagi ni, dia la yg jaga budak2 tu kat umah. jadinya, aku kena la prepare meals utk diorang supaya x susah lakik nak bagi makan bila semua da ade depan mata kan. pepagi buta tu blender aku da memekak sebab stok lada da abis. nasi lemak simple2 je pun..telo goreng, sambal bilis, timun, kacang...siap le. elok je aku abis masak, si aqil plak meragam, merengek..walhal timing tu aku da patut mandi n bersiap2. kena la susukan dia dulu. kalu x selagi tu x senyap.. kelam kabut cam charlie chaplin aku bersiap..

elok bersiap nak keluar, si akmal plak bangun. haaa.. yg ni kememe, menjeng.. menangis la plak sebab aku nak kuar gi keje. dia ingat sama macam nak kuar g jalan2 agaknye. susah betul nak pahamkan dia konsep keje ni..dia ingat pakai lawa2 tu sume nak gi jalan.. seb baik ade nasi lemak feveret dia.. terus aku cedokkan.. kacang mesti lebih. senyap la tu..siap2 bukak channel kartun supaya x boring menunggu org lain bangun.

maka aku pun pegi la bekerja dengan berat hati mengenangkan anak2 kat umah tu kan...

lebat betul ujan pagi ni. aku yang rabun2 ayam ni mcm meraba2 dlm kegelapan bawak keta tu.. antara waktu memandu yg aku x suka adalah bila hujan+gelap.. kadang2 sampai masuk lorong orang lain
Read More

Monday, 23 December 2013

Kembali Bersiaran Dari Ofis

Setelah beberapa hari berkursus, arini kembali la ke ofis.. Baru 2-3 ari masuk seksyen baru, da ken ag kursus. Terkulat-kulat aku dalam kursus tu sebab term2 yg aku dengar sume term baru...sangat asing. Semua guna short term.. bengong jap aku. Peserta lain tu sume da keje berbulan-bulan..Aku yang paling fresh.. Hari pertama berjaya dilalui dengan jayanya tanpa rasa mengantuk..Kagumnya aku dengan diri sendiri.. Kenapa???? Sebab aku kalau pegi mana-mana kursus, halfday je sure akan mengantuk tahap gaban rasa nak tongkat kelopak mata ni..

Tapi untuk hari pertama je la..masuk ari kedua n ketiga, virus mengantuk tu mula la menyerang.. sebab topik pun da makin detail sedangkan yang basic pun aku terkial-kial nak paham.. maka, haruslah rasa termengantuk sebab banyak benda yang tak paham..

oh ye.. berkursus di Selesa Beach Resort.. PD je pun. Ulang alik dari rumah je.. bukan jauh mana pun.. Mood arini macam x berapa nak best sebab berkursus sampai ari sabtu. Da kena curi 1 ari dlm wiken, banyak keje umah x sempat settle especially lipat kain baju.. memang x settle pape pun sebenarnya.. sebab balik kursus je MIL da call suh bertandang sebab sume orang balik katanya..

Nasib baik malam tadi dapat tido dengan lena.. Yang aku perasan sejak aku masuk keje ni, Aqil da bley tido sendiri. x macam dulu..kena ngempeng lama baru bley tido. skang ni, aku susukan, da kenyang terus cari prot nak tido.. mana lagi, menyelit kat ayah dia la. ye la..da seminggu lebih ayahnye yg wat daycare kan.. takpe..aku bley rehat skit


Read More

Wednesday, 18 December 2013

Al-Fatihah

 
Dari Dia kita datang, pada Dia jua kita kembali
Al-Fatihah buat Almarhumah Azean Irdawaty
Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah