Memang itu la hakikatnya kan
Bukan semua orang suka kita
Tak suka dengan sikap bermuka-muka ni
Depan macam ok ..tapi di belakang dok mengutuk siap bagi nama gelaran lagi
Kesahnya la kan..
Kat ofis ni aku lagi suka bercampur gaul dengan kerani2 daripada pegawai2 lain
Walaupun aku pegawai cam diorang gak tapi aku rasa aku xleh nak fit dengan cara diorang
which is aku rasa terlalu kepegawaian sangat.. mcm kasta gitu
Sebab aku bukan jenis orang macam tu
Pangkat tu cuma hiasan dunia je kan
Pernah cuba fit dengan cara diorang tapi siyes xleh
Rasa macam bukan diri sendiri pulak
Aku suka join kerani2 ni sebab aku tak rasa diorang fake
Diorang still hormat aku as pegawai diorang
Aku tak pernah pandang rendah pada diorang sebab kalu kerani takde abis le ofis
Sebab banyak pegawai manja n mengharapkan kerani buat itu ini
Disebabkan aku terlalu baik bergaul dengan budak2 kerani ni, maka ada la insan2 yang kurang senang melihat keakraban kami2 ni
Kantoi la semalam yang diorang ni dok mengata aku bilamana tetiba dalam wassap ofis ada msg pelik2
Bukan syak wasangka lagi tapi aku tau benda tu direct memang ke aku
itu la, bila da banyak sgt grup wassap, diorang lupa kot diorang sembang kat grup yang ada aku
bukan grup special yang diorang create untuk 'mesyuarat tingkap' diorang
Aku xde hal.. cuma tetiba terus rasa semacam
Muka cantik penuh sopan santun belum tentu melambangkan mulutnya juga akan mengeluarkan kata2 penuh santun hokeyyyyy
Tak sangka.. itu je
well, sekarang da tau kan topeng diorang
Malas terus nak bertegur sapa
Bukan apa, x kuasa nak tengok sikap muka2 diorang
Tak tau la diorang sedar ke idak yang aku da tau selama ni diorang dok mengata menggelar aku bagi
haihhhhh
lantak la kannn... yg penting kita ENJOYYYYYYYYYYYYYYY
betul tak??????????????