Wednesday 26 November 2014

Mata Panda








ye... mata panda
berjaga malam sebab aqil tak sihat
tak boleh tido lena dia malam tadi
sekejap2 terjaga.. menangis..merengek

mengigau2 panggil si akmal pun iye
da rindu sangat agaknya

skang aqil tido
jadi adalah masa nak layan blog kejap
sambil layan sinetron

teringin cream puff la pulak
nak buat arini ke esok ye?
masak kena datang dengan mood penuh kasih sayang
kang tak jadi pulak





Read More

Mari Beli Tudung

Salam semua

Nak announce ni

Saya jual tudung
Insya Allah, patuh syariah ye tudung ni
Material pun dijamin selesa...
Jom la rasa keselesaan tudung ni
Jemput jenguk ye di link2 ni

https://www.facebook.com/AyuMuslim/media_set?set=a.10202870646631395.1073741832.1358921467&type=3

https://www.facebook.com/AyuMuslim/media_set?set=a.10202870581749773.1073741830.1358921467&type=3

https://www.facebook.com/AyuMuslim/media_set?set=a.10202870611070506.1073741831.1358921467&type=3

https://www.facebook.com/AyuMuslim/media_set?set=a.10202895928063415.1073741834.1358921467&type=3

Boleh PM atau Whatsapp 017.699.1259 saya kalu berminat

Belanja sikit gambar tuan tanah ni dulu


 
Tuan Tanah memakai NR009 dari album Clearance tu ye




Read More

Saya Jual

                                       (A)                                                         (B)




Saya Jual
(A) RM 12.00
(B) RM 20.00

Berapa keping?? x kira..janji isi sampai penuh
sapa nak wassup kita ye 0176991259



Read More

Tuesday 25 November 2014

Mudahnya dengan GOOGLE

trend masa kini kan
nak tau pasal apa saja sekalipun
senang... GOOGLE je

sebagai orang dapur, google banyak sangat membantu
mana taknya, asal terlintas aja nak masak sesuatu yang aku tak pernah masak tapi nak cuba masak
google aje la jawapannya
dan2 tu jugak tau resepinya
senang kannnn..

seumur hidup aku, baru ni la aku buat karipap sendiri
seumur 33tahun aku hidup k
tak malu nak mengaku pun sebab memang betul pun
walaupun dulu mak aku meniaga karipap, x pernah aku nak nak maik tau resepi bagai
sebab part aku dulu2, cuma buat inti karipap aje

tapi bila da beranak pinak ni, karipap da jadi salah satu fevret anak3
kena la belajar buat kan
takkan nak membeli je kejenya
mana puas makan
tambah pulak, anak dara aku si alya tu punye fevret karipap lain pesen sikit
kalu beli, dia cuma makan tepung kelim je
abis sume karipap togel dimakan kelim aje
bila buat sendiri ni, boleh le aku buat stok karipap version alya.. karipap kosong tanpa inti

buat satu dok..30++  biji juga la dapat
siap boleh frozenkan lagi
bila2 anak minta, boleh terus goreng
tapi percayalah..30++ biji stok aku buat tu cuma bertahan sehari setengah je okeyyyyyy
kena la menguli lagi nampaknya sebab balance inti ada lagi

goreng sekejap sebelum masuk freezer

kalu time aku buntu tak tau nak masak apa, pun aku google je cari idea
silakan anak2...minta apa saja kamu nak makan, ummi petik google je
insya allah, jadi...hihihiii

bukan takat resepi masak memasak saja..
kadang2 bila aku teringin nak menjahit sesuatu tp x berapa tau sangat, pun aku google gak
bila2 nak pegi ke mana2 tempat yang aku x penah sampai lagi, pun aku googlemaps dulu
takut sesat even ade waze sekalipun.. lebih confident sikit la
nak survey2 harga barang pun aku google gak

untung kan mak2 zaman sekarang ni
maklumat sume di hujung jari je

tq google memudahkan keje mak2 zaman moden
tq unifi sebab menghubungkan aku dengan google
luv u both..muahciked



Read More

S.U.N.Y.I

 Memang sunyi bila Akmal & Alya takde
Sunyi lain macam.. tak sama macam sunyi hari2 persekolahan
Tok & Opah bawak balik kampung Teluk Intan, then nak singgah Cameron Highlands plak
Suka la budak berdua tu dibawa jalan-jalan
Cuti sekolah kan...kasi chance le jalan2 dulu
Next week nak anto kelas mengaji pulak
So, schedule macam sekolah gak nanti..kena bangun pepagi



Yang sunyinye kat umah ni..aku dengan Aqil si kenit tu
Celik mata je da mencari abang n kakaknye
Selalu ada geng gaduh.. da seharian ni main sengsorang je
Boring la tu..
Da takde geng main, aku la jadi mangsa
Tak boleh nak buat keje lain, kena dok ngadap dia je main
Ni dia nap jap, boleh le aku online
Kalu tak, on je laptop, dia yg sebok dulu

Haihhhh...sunyi oiiii
Camne la karang 2 minggu aku nak hadapi bila anto budak berdua tu kat umah tok Johor pulak
Da bertanya2 tu...


Read More

Friday 21 November 2014

Kuat Tido

Ini kisah anak dara si Alya Firzanah
Aritu masa gi amik report card, terbocor la rahsia
Cikgu dia kat sekolah bagitau dia ni kuat tido
Orang sembahyang Dhuha da siap bagi salam, dia sijid x bangun2 
rupa-rupanya tido bikin ailiyo
Kadang2, time orang zikir dok goyang2 badan tu, dia dok goyang buat taik mata

Tapi selama ni cikgu x penah bagi bukti
Aritu cikgu send video kat grup parent2 ni ha
malu mak oiiii sebab cikgu panggil kakak dewa tido

haihhhhh.. x brenti gelak bila tengok video kakak ni

 



 tido awal ke, tido lambat ke.. ni la pesennya
 patut la dia kata cikgu jahat (garang).. asyik marah je
abis tu, kalu dapat murid gini, cmne??
Read More

Entry Macam-macam



 Kita mulakan entry arini berkenaan cuaca
Rasa macam best sangat cuaca pagi tadi.. awal matahari memancar
dengan confidentnya la aku mendobi sebab bakul da penuh
Masa sidai kain pun cuaca sangat la memberangsangkan
Happynya menyidai dengan harapan 2-3 jam lagi da boleh angkat jemuran

Arini masak awal.. sambil2 tunggu basuhan siap, sambil masak
Menu simple je arini.. Gulai nenas dengan udang inspirasi dari ChefWan


Kena abiskan sebiji nenas sebab nenas da mula masak
Nanti tak sedap buat gulai
Tapaw untuk mak mertua sikit
"masam,manis,masin,lemak...perfect. boleh bukak kedai, kata ibu mertuaku"..hahahaaaa
bukan aku kata eaaaa
Senang kalu da siap masak awal2 ni kan

Sambil2 tidokan aqil, aku pun ikut le terlena sekali
Tersedar pun sebab aku terjaga pasal apa la kipas aku ni kuat sangat bunyinya
sekali selak langsir... tu diaaaaaa

abissssssssssss..... da basah lencun sume baju
skang ni dok ada dalam washing machine
petang kang sebelum jemput budak2 balik sekolah, nak g singgah dobi
nak keringkan baju..boleh lipat terus
sempena dobi masih lagi memberi potongan 50%, kita manfaatkan le di musim2 ujan x menentu ni


 Aritu, teringin sangat nak makan tart nenas
tapi xmo beli sebab tau bukan nak makan banyak mana pun
maka kita buat je la ye..beli inti instant
google resepi.. tadaaaa

sedappppp... tapaw le kat mertua sikit
sebab kat umah ni aku je yang layan tart nenas ni

daaaahhhhhhh..tu je nak citer
babaiiiii



Read More

Friday 14 November 2014

Happy 4th Birthday Alya Firzanah

14.11.2014

Happy 4th Birthday Kakak Alya

Semoga kakak membesar menjadi anak yang solehah

Semoga perangai kuat merengek, suka jerit2 kakak tu berkurangan

Semoga jadi kakak yang baik untuk adik aqil.. stop buli aqil k



Buatkan kek coklat simple saja untuk makan2 dengan kawan2 sekolah
Bungkus goodies snack juga untuk kawan2 sekolah
Walaupun x meriah mana sambutan, ummi tau kakak happy sebab dapat share macam2 dengan kawan2 kan
Lain kali kalu ada rezki lebih, kita buat special k kakak


Read More

Tuesday 11 November 2014

Tips Kebahagiaan Anak

 

Nak share tips sikit
Untuk share, untuk diamalkan dan untuk simpanan d blog sendiri




Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


Dipersilakan SHARE



Read More

Monday 10 November 2014

Wajah Baru

eehhh.. da lain sikit kan rupa blog kita
(konon je macam le orang perasan sangat apa yang berubah)
kita suka...

skang ni asyik ujan aje kan.. best la sebab sejuk je..nyaman
tapi yang tak bestnye, baju susah nak kering.. nak lipat pun takde mood sebab baju ala2 lembab walaupun da kering

semalam kita potong lagi rambut anak dara ni..
rasanya baru sebulan lebih potong
da minta potong lagi
kemaruk nak potong rambut pulak skang ni sebab baru tau rupa2nya potong rambut ni x sakit
potong sendiri hentam la labu sebab anak dara ni takut masuk kedai gunting
fobia gaknye tengok akmal kena mesin rambut




memberi effect dagu runcing di situ..
mak suka sangat anak oiii..
x kesah la ayah nak kata macam cendawan ke macam apa sekalipun, anak dara ni tetap comeyyy di mata pemotong rambutnya...ohooiiiii

Read More

Thursday 6 November 2014

Cleaning..cleaning..cleaning

Assalamualaikum...

Da few days bergelar surirumah sepenuh masa
Tak tau la untuk sementara atau selamanya

Xtvt arini adalah cleaning semata-mata
Sorting barang2 dlm stor
Rearrange juga.. cuci2..

Buang la majalah2 lama
Dulu sayang nak buang
Konon2 nanti2 bila ada masa,nak selak2 baca2 semua
Udahnya terperappppp...jd sarang lipas la pulak
Jadinya, sempena nak naikkan mood bersurirumahtangga ni,marilah membuang apa yg patut
Terutama majalah2 lama ni
Lama betul tunggu apek sokabar lama ni
Td da dengar da melaung
Tup2 ni senyapppppp la pulak
Sejam da tunggu

Letih..nk masak pun xde mood
Nasi goreng pagi tadi je la nampaknya
Sian si aqil..melayan diri sendiri dia arini
Maknye sebok beno.. nasib la pandai bawak diri si kenit tu

Ok...nak sambung ngemas
Tata

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah