Friday 28 February 2014

Thursday 27 February 2014

RM5 je.... Mini Layflat Lite Hardcover PhotoBook




Da lama teringin nak buat bendalah ni
jumpa plak promotion yang murah gini
haruslah laju je klik kan






Kalau korang pun minat gak nak dapatkan photobook ni, bleh klik link ni

http://www.pixajoy.com.my/mini-layflat-offer

pastu ikut je la arahan
then masukkan referrer code aku ni ha

Ni Referrer Code aku ye:
FLPLL8ZG


Masukkan kod ni, dan terus layak beli photobook tu dengan harga RM5.
Read More

Tuesday 25 February 2014

Sedekah Apa Yang Patut

Da lama sangat berangan nak sorting baju bajan aku
tapi x terbuat-buat pun
berangan je la 2 bulan ni
tapi ari ahad aritu, rasa macam xleh nak tangguh-tangguh da
sebab rasa macam da x cukup space da nak gantung baju2 aku
walhal abju dalam gobok tu bukan semuanya aku pakai
ade yang da dekat setahun x pakai
caya x???? caya laaaaaaa
sebab rasa macam da x muat..tu la sebabnya



dapat le 1 beg plastik sampah saiz besar tu
banyak rupanya ye baju aku yang aku da puas pakai

baju-baju ni akan disedekahkan pada rumah kebajikan
kat taman aku ni tiap2 bulan ada lori yang akan datang cari barang terpakai yang elok lagi tapi kita da xmau guna
barang letrik la biasanya
baju-baju yang da taknak pakai tapi masih elok lagi
da 2 kali (maknanya 2 bulan berturut-turut le) lori tu datang aku x dapat nak bagi pape
kali ni, dapat le dia 2 beg plastik besar baju bajan (1 beg lagi baju anak-anak aku le)
bulan depan aku sorting baju laki aku plak

abis-abis sorting baju, susun la semula baju2 yang masih digunakan
tambah lagi sebakul baju yang da dibasuh yg menanti giliran nak digantung
haihhhhh...penuh balik gobok aku
takpe..3 bulan akan datang, aku sorting lagi la nampaknye
Read More

Saturday 22 February 2014

Friday 21 February 2014

Yeayyyyy...Claim Da Masuk

Ingat tak aritu ade citer pasal claim yang tertunggak ni
hari-hari aku dok check kat e-maklum..da process ke belum
walaupun hari-hari check, memang tak menaruh harapan tinggi pun
kang kecewa lebih sangat, stress plak kan

sama la macam petang
check tanpa harapan
tup tup...weeehaaa.. ada EFT baru la
syukur sangat da masuk
sebab nak top-up insurance renewal untuk keta merah kontot aku tu la

mati-mati aku ingat aritu expired 19hb..
last week, dok basuh2 keta baru perasan..3Mac la
lupa plak last year lambat renew..x ingat plak kenapa lambat


petang semalam
syukur hujan da  turun.. tp takat kat putrajaya je la
sampai dengkil da terang balik
risau betul kan fikir pasal air. buat masa ni, umah aku belum kena catu lagi
risau pasal cuaca panas skang ni pun iye jugak
hujan oooo hujan... mai la turun

Read More

Quotes#2





Read More

Wednesday 19 February 2014

Tuesday 18 February 2014

Claim Tak Masuk Lagiiiiiii

Stress aku!!!!
Ni citer claim bulan 12 tahun lepas
citer dari awal la.. sejarahnya ye

Memula masuk keje dulu, aku guna Bank Islam untuk urusan gaji n claim sume la
Tapi start tahun lepas aku da guna Maybank..senang kan
G memana pun ade je bank kuning tu compare ngn BankIslam yang mana aku rasa limited skit kan
Yang menguruskan gaji tentulah da sedia maklum aku tukar bank kan


Citenya bermula bilamana aku da lama tak buat claim T&T sejak tukar bank ni
makanya, setelah lama tak ditugaskan keluar ofis, bulan 12 aritu kena la kuar berkursus 3 ari
maka ujung bulan tu dengan senang ati aku pun submit la claim
tapi.. siap maklumkan kat borang claim aku tu bank mana untuk urusan claim  tu
sebab yang uruskan adalah admin bahagian, bukan sumber

dijadikan cerita, beberapa ari lepas tu, dapatle email mengatakan EFT aku tu ditolak
haihhhhh...da kenapa????
rupanya sebab acc bank islam aku da x active
memang le..da lama kot x aktif. yang pegi masukkan ke situ kenapa???

bila refer ke admin, dia kata kenapa x maklum tukar akaun
bila nada tu da mula meninggi, aku pun nak hangin la jugak
terus aku cakap aku tulis kat borang claim tu siap bold lagi
dia kata dia key-in je nama trus kuar no.acc.. trus dia process walhal yg kuar tu acc bank islam
angin le aku.. sebab buat keje x check bebetul kan. nampak sgt kan x counter check maklumat yg dia key-in

kesannya, sampai skang x dpt lagi claim aku
bila tanya ke bahagian yg kena proceed utk payment, katanya menimbun lagi EFT lain nak diprocess

hehhhhh...boleh ea jawab macam tu????
da dekat sebulan kot

p/s: stress sebab nak guna duit tu bulan ni tp bayang pun x nampak
Read More

Friday 14 February 2014

Tak Sihat


tak sehat.. da 2-3 ari batuk selsema
demam kadang-kadang je..kadang panas kadang x panas
semalam g klinik doc just check temperature n tengok tekak je
katanya tekak kering sgt
berbotol2 aku minum pun tekak kering lagi ke???
x check pun pernafasan ok x
walhal aku rasa sometimes aku bernafas tu macam ade bunyi whistle sikit
setau aku kalu gitew orang kata asma kan
memang semalam macam teruk la jugak
asyik termengah-mengah je aku ni

sampaikan aku tengah2 drive pun aku dengar bunyi cam pelik sikit, terus aku 'mute'kan radio
eh..keta aku ke bunyik2 ni (risau le..sebab da lebih mileage x hantar2 g servis lagi ni)
dua tiga kali aku buat perkara yang sama..
last sekali.... rupanya hidung aku yang buat bunyi tu
omaigosh.... terasa vongok betul aku time tu

malam tadi pun tido kurang lena
sebab dok terbatuk2 je
tambah plak ngan aqil asyik dok mengigau je
letih jadinya

last terjaga kul 4.30.. konon2 5 minit lagi br nak bangun
5.15 baru aku terjaga balik
sempat buat cekodok nasi.. idaman akmal sebab nak bawak bekal pegi sekolah katanya
goreng nasi je tuk cik abang.. x sempat nak berlauk2 bagai
tu pun lambat jugak aku gerak dari rumah
sebab tengah2 masak si aqil plak bangun cari aku sampai ke dapur
mamat ni kalu bangun tido mood memang ke laut
kena la teman jap tengok tv.. walhal time tu da tau da aku memang akan lambat la ni

seb baik akmal da bangun n siap2 mandi
dia la tolong loading barang dalam keta aku, tolak bukak pagar, tolong tutup pagar
very the abang2 sgt skang ni..da boleh harap

petang time aku balik keje pun, dia la yg meluru dulu tolong angkat beg/barang
soklan cepumas time petang 'ada beli apa2 tak untuk akmal???'
bodek ke hape ni?????



Read More

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3)

Salam Melancong!

Setiap kali sally pergi bercuti...blog sally akan adakan GA yang bertujuan untuk memberi cenderahati kepada rakan-rakan blogger...Apa salahnya berkongsi kegembiraan dan kenangan kan..? Untuk percutian kali ni...Sally nak buat GA yang ketiga...sebab tak mampu nak beli souvenirs untuk semua orang ...hihihi...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/02/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html


Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML, dalam entry, jawab satu soalan yg senang, "Kemana Sally nak pergi kali ni?" dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen
GiveAway berlangsung selama 2 hari bermula 14/2/2014 sehingga 15/2/2014.

5 orang blogger yang bertuah akan menerima souvenirs (undian melalui random.org)
Read More

Wednesday 12 February 2014

TQ Sally

Ingat tak Segmen Jalan-jalan Cari Makan yang saya menang tu
Murah hati empunya blog nak bagi cenderahati
Selamat sampai da semalam
Tq Sally ..
Suka sangat..
boleh la tulis nota2 penting..


ingat tak aritu ade citer pasal lupa email/password
boleh la guna buku ni untuk catat maklumat-maklumat penting


p/s: ada tag sally smlm di IG saya..

Read More

Monday 10 February 2014

Kenduri Kawen

Semalam ke kenduri sepupu belah suami d Putrajaya.. buat kat Dewan Sri Siantan. Seb baik le buat dalam dewan sebab semalam panas yang amat.. ada event cycling semalam kat Putrajaya. Kalut sikit le nak masuk parking.. terpaksa parking tepi jalan je..jauh skit kena jalan sebab sampai pun masa peak hour kan..

makcik ni..sampai2 je da moody sebab dia memang da nak tido sgt waktu kitorang sampai tu. marah le tu kena kacau timing dia

yang ni seb baik ok je.. Aqil time ni pun tengah syok lena diulit mimpi..

sang pengantin

maintain tido otw pegi, sepanjang majlis walaupun macam2 bunyi2an dalam dewan tu, otw balik pun maintain tido..sampai le balik umah semula. total hours tido 3hrs ++.. 


otw balik memang memasing lena.. panas sgt kot semalam. tu yg rasa letih je

makanan adalah sedap sgttttt.. balik2 je sinsing lengan men'cookies' lagi. fyi, aku jual choc chip cookies. kalu rerasa teringin nak makan, boleh le oder. tak perlu tunggu raya pun..


Read More

Keguguran :(

Seriously, keguguran kali ni paling teruk dan sangat teruk sekali.. Rasa macam nak nangis setiap kali terkenang. sedihhhh memikirkannya sampai tak lalu nak makan.. frust sangatttttttt

haaaaa...korang jangan ingat aku keguguran baby plak ea.. aku 'bercuti panjang' ye.. 2015 baru expired. aku cakap pasal keguguran rambut laa

giler stress tau tak..bila sikat rambut, segumpal rambut kat sikat. bila bukak getah rambut, segumpal lagi rambut gugur. tu tak masuk masa mandi, bila bersyampu bagai...merata rambut aku kat umah..dalam bilik, dalam bilik air, kat hall.. I is stress u know

maka, dengan berbesar hatinya aku terus pegi kedai gunting rambut walaupun dalam hati rasa x best sebab tak gunting kat kedai 'panel' gunting rambut aku tu kan.. melayang le RM18..sebab potong je pun .. tapiiiii...

aku x puas hati sebab bukan macam yang aku nak. kan da terpaksa stress sekali lagi. balik kampung kang kena repeat kat kedai panel ni

berbalik pada cerita kedai 'panel penggunting rambut' aku tu... panel la sangat kannnn. panel la sebab kedai tu je yg selalu aku pegi untuk gunting rambut.. puas hati ngan hasil keje n murahhhhhhh.. sampaikan kedai ni skang da jadi panel penggunting rambut untuk anak-anak jugak. si akmal tu kalu aku bawak g kedai gunting lain, memang meleleh le air mata tak nak gunting rambut. tapi kalu aku kata kedai yang satu ni, laju je dia mauuu.. kedai ni kat kampung halaman le.. kedai nyonya kat pekan Tenang Stesyen tu ha.. murah sgtttt.. kalu aku gunting rambut saja dalam RM6-8. Kalu siap cuci sekali RM15 je.. Kalu Akmal mesin rambut RM4, kalu Aqil RM2.50..haaaa..murah tak..murah takk???????

Sebab tu kadang-kadang rela tunggu balik kampung baru nak ngerjakan rambut.. tapi kali ni terpaksa la. tak tahan tengok rambut bersepah sana sini..


sesapa nak bagi rahsia/petua lebatkan rambut, sila2 la share ye..


Read More

Friday 7 February 2014

Lupa Da Guna Email Mana Masa Register Dropbox

Dropbox ni la tempat menyimpan segala macam gambar. Jarang-jarang da pegang kamera skang ni sebab banyak amik guna tepon je.. Dulu senang je nak update entry sebab memang aku install Dropbox kat PC ofis. Klik je...kuar je segala macam gambar. Tak yah nak sambung-sambung kabel ke hapa.. tapi tu kat PC ofis lama. Bila da tukar tempat keje ni, nak le jugak install kat PC sini kan. tapi...tapi... camne nak connect ngan Dropbox aku tu kalu da aku lupa email mana satu yang guna masa nak activate account Dropbox ni dulu... huarghhhhhh

Sapa boleh tolong???????????
Read More

Program 7 Hari

Pagi tadi masa berjalan dari parking ket ank masuk opis, membebel-bebel la aku sengsorang sebab cepat beno termengah-mengah. Jalan sikit je pun da x larat..memang le kalu jalan berbukit kan. cepat beno semputnya.. Sedang membebel-bebel sengsorang tu, auwwwwww... tergigit pipi belah dalam. sakit tauuu.. haaa..ni salah satu petanda juga kalu aku terlebih berat badan yang amat sangat. siap tergigit -gigit lagi.. sampai sekarang masih terasa sakitnya..

Untuk makluman semua, aku masih belum start diet lagi. tapi aku kira ni lah hari terakhir memewahkan perut & tekak dengan makanan-makanan yang menggemukkan.. xleh la start sebab dari aritu lagi craving giler nak makan nasi kerabu.. jadi telah memulakan sarapan pagi ni dengan nasi kerabu..puihhhh..acaner nak kurus ni?????? takpe..da setting dalam minda nak start isnin nanti.. konon-konon nak puasa. berjaya ke x, wallahualam..

sambil-sambil berblogwalking tadi, terjumpa la info pasal Diet 7 Hari ni.. macam mudah..macam senang je.. boleh le nak cuba next week ni.kita tengok nanti camne keputusannya

pinjam google


Diet ini adalah untuk anda yang ingin menghilangkan berat badan dalam waktu singkat. Diet ini diberikan oleh salah sebuah hospital di Maryland, USA, untuk para pesakit jantung yang perlu menurunkan berat badan dengan cepat sebelum dibedah. Program 7 hari ini digunakan sekerap mungkin sesuai keperluan. Jika diamalkan secara tepat dan dijalankan secara penuh, program ini akan membersihkan sistem metabolisme yang akan membantu ketahanan tubuh dan memberikan tubuh yang segar yang sebelumnya tidak dirasakan.
Hanya dalam jangka waktu beberapa hari, anda akan merasakan tubuh anda akan menjadi lebih ringan sekurang-kurangnya 10 pounds (+/- 4 kg) dan bahkan mungkin hingga 17 pound (7.5 kg) serta memiliki lebih tenaga. Teruskan program ini selama anda inginkan dan rasakan perbezaannya.

Program ini adalah diet pembakaran lemak dan rahsianya adalah bahawa anda akan membakar kalori lebih banyak daripada kalori yang anda ambil. Ini akan membersihkan sistem pengolahan dalam tubuh dan memberikan kesegaran.

Disebabkan perbezaan sistem pencernaan masing-masing, program ini akan memberikan efek yang berbeza-beza bagi setiap orang. Sesudah 3 hari menjalani program, maka anda akan merasakan kesegaran dan memiliki energi lebih besar dari sebelum anda mengikuti program ini, dengan syarat -

*JANGAN SEKALI-KALI MELANGGAR 

PANTANG-LARANG!*. 


Setelah beberapa hari mengikuti program ini, anda akan merasakan perubahan yang ketara terhadap perut anda. Walaupun anda masih boleh minum kopi hitam tanpa pemanis atau gula, anda pasti merasakan bahawa setelah 3 hari mengikuti program ini, keperluan anda terhadap kafein, tiada lagi.
*SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIAMBIL SEPANJANG PROGRAM*

1. ROTI / NASI

2. MINUMAN BERALKOHOL

3. MINUMAN BERGAS (COKE, SPRITE, GREEN SAND, AIR SODA, dll)

4. MINUMAN DIET (DIET COKE, dll)

5. MAKANAN YANG BERGORENG

6. GARAM DAN BAHAN PERASA


*YANG BOLEH DIAMBIL*

1. AIR PUTIH

2. KOPI HITAM TANPA PEMANIS/GULA

3. TEH TANPA PEMANIS/GULA

4. CRANBERRY JUICE

5. SUSU RENDAH KALORI - HANYA PADA HARI YANG DITETAPKAN SAJA


Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.

*Semakin banyak sup yang anda makan, 

semakin besar lemak anda yang terbakar*.

Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.


*SUP PEMBAKAR LEMAK*

*BAHAN-BAHAN (satu resepi)*

3-6 BAWANG BESAR BOMBAY
6 BIJI TOMATO SEGAR
1 BUNGA KOBIS
2 BIJI LADA CAPSICUM HIJAU
AIR

*CARA MEMBUAT*

Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.

*Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.*


*HARI - 1*

Makanlah segala jenis buah KECUALI PISANG. Tembikai memiliki kandungan rendah kalori dibandingkan dengan buah-buahan lainnya. Makanlah hanya *sup pembakar lemak (satu resepi)* dan buah-buahan sepanjang *hari - 1* ini. Untuk minuman, boleh diambil teh tanpa gula, cranberry juice dan air putih.


*HARI - 2*


Makanlah segala jenis sayuran, baik mentah atau pun yang direbus sesuai selera. Upayakan makan sayuran hijau dan hindari sayuran berbiji seperti kacang panjang, buncis mahupun jagung. Makanlah sayuran tersebut bersama *sup pembakar lemak (satu resepi)* di atas. 

Pada waktu makan malam, sebagai penghargaan terhadap komitmen anda sendiri, manjakan diri anda dengan kentang rebus. Makanlah sup pembakar lemak dan jangan mengambil buah sama sekali *hari - 2* ini.


*HARI - 3*

Kombinasikan makanan hari - 1 dan hari - 2, di hari ke - 3 ini, dan makanlah *sup pembakar lemak (satu resepi)*, buah-buahan dan sayur-sayuran.

*JIKA ANDA MENGIKUTI PROGRAM HARI KE 1 SAMPAI HARI KE 3 TANPA MELANGGAR SEDIKIT PUN, PADA HARI KE 4, ANDA SEMESTINYA TELAH KEHILANGAN +/- 3 KG*.

*HARI - 4*

Makanlah hanya pisang dan susu rendah kalori. Makanlah hingga 8 biji pisang dan minumlah susu rendah kalori sebanyak yang anda inginkan. Kedua jenis makanan dan minuman tersebut mengandungi karbohidrat dan kalori yang anda perlukan dan menggantikan keperluan rasa manis setelah 3 hari pertama program. *Sup pembakar lemak (setengah resepi)* tetap anda ambil sepanjang hari.


*HARI - 5*

Makanlah daging dengan tomato. Anda juga boleh memakan ikan (daging hingga 0.25 kg) tetapi boleh diganti dengan ayam panggang atau ikan rebus dan tomato segar sebanyak 6 biji sepanjang hari. Minum sekurang-kurangnya nya 8 gelas air putih hari ini untuk membersihkan tubuh dari uric asid. Makanlah *sup pembakar (setengah resepi)*.


*HARI - 6*

Makanlah ikan (daging - seperti hari ke 5) dan sayur-sayuran. Ambil sesuai keinginan. Anda bahkan dapat makan 2 - 3 steak hari ini TANPA KENTANG. Pastikan *sup pembakar lemak (setengah resepi)* anda ambil hari ini.


*HARI - 7*

Nasi beras merah, juice buah tanpa pemanis dan sayur-sayuran menjadi makanan anda sehari ini, berserta *sup pembakar lemak*. 

*PADA HARI KE 7, SEMESTINYA ANDA TELAH KEHILANGAN +/- 6 KG. JIKA PRESTASI INI TELAH TERCAPAI, HENTIKAN PROGRAM UNTUK JANGKA WAKTU 1-2 MINGGU, DAN KEMBALILAH MENJALANI PROGRAM HINGGA BERAT BADAN IDEAL ANDA SUDAH TERCAPAI.*

SELAMAT MENCUBA! 


Nampak macam mudah je kan...takpe..kita cuba dulu. nanti kita update k..doakan le kita ditetapkan hati dan berdisiplin menjalani diet 7 hari ni nanti

Read More

Thursday 6 February 2014

Senang Gemuk Tapi Susah Nak Kurus

da lama da bercita-cita nak kuruskan badan. tapi ... angan2 mat jenin je la. kejap je insaf. kang nampak makanan sedap-sedap, mulalah berbintang-bintang atas kepala..semua benda nak jamah.. mana taknya berat tu makin naik dan makin terus naik... huarghhhhhh

dari start masuk awal tahun lagi konon-konon tanam azam nak cantik...hampehhhhhh..

da kembali kepada berat aku yang paling berat dulu sepanjang hidup aku ni..75kg hokeyyyy. selama ni sedar macam badan da mengembang tapi sebab semua baju muat pakai lagi, takde la tertampar sangat kannnn. semalam lepas lunch lalu depan library, terpandang plak timbang kat situ. maka gatal-gatal le nak menimbang berat badan ni walaupun da sedia maklum berat takkan turun.. tapi memang x expect akan naik mendadak gitewww... berpinar-pinar jap pandangan mata ni kala jarum timbang tu menunjukkan angka 75.. laju je aku salahkan nasi minyak maveles ngan daging itam superb yang aku bedal masa kenduri adik aku tu... nangis..nangis..nangisssss

da la tak berapa nak tinggi.. ditambah dengan pengembangan jayanya...fuhhhhhh.. acaner ni????!!!!!!

turun je penimbang..terus kabo nak puasa arini.. tapiiiiiii

terbangun lambat pagi tadi cukup-cukup time nak bersiap n siapkan aqil jerrr.. camne nak puasa sebab dan2 tu jugak perut ni berkeroncong....hepppppp

tengok tu................ alasan je kannnn

kronologi berat aku
1998 - 48kg

1999 - 50kg (naik sikit sebab birah beno bercouple. dating asyik makan je. haru kalu seharian dating.complete breakfast, coffee break, lunch, tea time, dinner, supper)

dari 1999-2002 - abis je diploma..tahniahhhhh.. berat aku berjaya naik sampai 75kg. terberat la tu sepanjang idup aku

2002-2003 - da berjauhan dengan si couple kan..makanya,set dalam minda nak kurus. stress bila time nak beli baju je sume x muat. time ni keje kedai buku. memang aku kontrol makan nasi. makan roti je. tiap kali supplier hantar buku, aku volunteer pick up ngn troli kat loading bay. giler berat kot nak tolak/tarik buku2 tu.makanya dalam masa 3 bulan berjaya mencapai berat asal iaitu 48kg..rasa nak lompat bintang depan mesin penimbang tu..tapi malula weiiii..depan mesin penimbang 20sen tu.. perasaan adalah sgt heaven. rasa seperti berkonvo dgn someone new.. sume x caya tu aku....

2003- sambung degree..hmmmmm...bila da bekat balik. pepaham je la.. makanya konvo degree dgn keberatan 60kg++..sadisssss

lepas tu kawin mengandung, beranak,mengandung,beranak,mengandung,beranak lagi... berat memain kat situ je la.nasib le aku ni jenis kalu awal2 mengandung berat memang akan turun.da nak bersalin berat sama dgn berat sebelum pregnant. kalu aku ni bangsa yg mengandung je berat naik sampai 15-20kg, lagi haruuuu

kenapa aku nak sangat kurus????

1. lutut da start sakit bila berdiri/berjalan lama.. da tak larat kot nak tampung berat badan ni. aku ni kategori comel n renek skit. so, memang xleh kembang2 sgt

2. sedey oiiiiii bila bukak IG tengok orang jual macam2 pesen yang lawo-lawo.. mampu tengok je la bila baca kat description 'Fit till S, Fit till M,L,XL'.. sedey tak boleh nak bergaya. bukan le nak bergaya sangat... tapi teringin tauuu



Read More

Wednesday 5 February 2014

Kenduri Kahwin Terakhir

Kenapa terakhir???? sebab ni la sesatunya adik aku yang lum kahwin (skang da laki orang da).. kenduri kawin yang terakhir la yang akan dihostkan oleh mak abah aku.. kenduri besar yg last juga le yang akan dianjurkan oleh mak abah aku.. kenduri kecik2 yang lain tu still on bebila masa diperlukan..

sedey mak aku nak melepaskan anak bujang tunggalnya.. ye la, da sampai masa membina keluarga sendiri kan. kena la mak abah aku redha. sedih tu da pasti le sebab selama ni, dia  la yang diharap mak abah aku untuk bawak diorang ke mana-mana.. 

kenduri belah pompuan 11 Januari aritu.. nape x update??? aku xde gambo. mana sempat ngan Aqil yg meragam je.. nak ON kamera lagi.. ni pun ehsan gambar sepupu je ni.. enjoy gambar je la ye.. lets the pictures talk

Hajat pengantin pompuan nak naik kuda. da kata garden wedding kannn.. 
buat kat taman layang-layang kepong.. 



siap brass band lagi..xde kompang2 ni


apa la gaknye yang dibualkan akmal ngan pak2 sedara n atok sedaranya ni??


kenduri belah lelaki plak, 1 Februari aritu. Saja amik jarak skit sebab nak buat time cuti panjang supaya semua sedara mara boleh  turun. da kata kenduri yang last kan. Alhamdulillah..cuaca sangat la terang benderang. Jemputan juga ramai  walaupun ada 4 kenduri aritu dalam kawasan felda ni. Makanan super sedap.. juga ngam2 ho..xde terlebih xde terkurang

Nampak kan betapa terang benderangnya cuaca hari itu.. seb baik angin pun ngam2 soi 
je utk sejukkan badan yang berpeluh-peluh ni



Johor dan zapin mana boleh dipisahkan...kannn

Kepada Adikku n Isteri
Selamat Pengantin Baru
Moga Berpanjangan Kasih Sayang Hingga Jannah

Jangan lupa tanggungjawab pada mak abah tau walaupun da beristeri
Read More

Naik Lagi.... Tarif Premium Insurans Motor 2014

haih la haihhhhh.... sejak ujung tahun lepas lagi asyik mengeluh tak sudah kan. sejak harga minyak naik la aku rasa, mcaam tak berhenti plak aku ni mengeluh.. tauuuuu... tak baik asyik mengeluh je kan. tapi tak boleh nak elak dari mengeluh..

pepagi tadi ade member update kat fb pasal kenaikan lagi.. kali ni roadtax plak.. start 15 Februari ni la katanya. cunnnnnnn sgttttttt sebab roadtax aku mati 19.2.2014.. tak kira la, by hook o by crook, 14Feb ni aku g renew.. stressssss oiiiiiiii..

Tarif Premium Insurans motor 2014

Kredit image : Paper Utusan Malaysia

Semalam telah diumumkan pelarasan baru untuk tarif premium Insurans Motor 2014 olehBank Negara Malaysia (BNM) yang mana melihatkan sedikit peningkatan tarif dari RM2 ke RM23 yang akan berkuatkuasa pada 15 Februari 2014. boleh rujuk jadual yang diberikan di atas.

Contoh Pengiraan sebuah kereta baru yang diinsurans dengan harga RM 50,000
Harga yang diinsuranskan – RM 50,000
Kapasiti enjin (cc) – 1,300

Tarif baru untuk nilai RM1,000 pertama – RM 261.55 (rujuk jadual)
Setiap tambahan RM1,000 akan dikenakan – RM 26.00
Baki RM49,000 bagi kenderaan diatas akan dikenakan bayaran – RM 1,274,00 (49 * RM26)
Jumlah harga polisi bagi kenderaan diatas – RM 1,535.55 (RM 261.55 + RM 1,274.00)

** Harga diatas tidak termasuk Duty Setem yang akan dikenakan. 

** Bagi kenderaan yang telah digunakan lebih setahun harga premium mungkin akan kurang setelah ditolak dengan NCB yang diperolehi.
25% diskaun untuk tahun kedua
30% diskaun untuk tahun ketiga
38.33% diskaun untuk tahun keempat
45% diskaun untuk tahun kelima
55% diskaun untuk tahun keenam

** Pengiraan diatas berdasarkan pemahaman penulis, sekiranya cara pengiraan diatas tidak tepat harap diperbetulkan…


SUMBER
Read More

Malang Tak Berbau

Pagi-pagi da dapat wassup dari adik kat kampung. katanya enjin motor abah kena curi.da terbarai motor tu bawah pokok petai belakang rumah.. motor tu memang abah da jarang guna sebab asyik meragam je.tinggal nak bawak  ke bengkel je abah asyik dok tangguh sebab kat umah ada lagi sebijik motor mak punye.. tu la dia bila asyik bertangguh.. kebetulan pulak semalam sume takde kat umah sebab bawak abah ke Melaka berubat batu karang. memang timing baik le si pencuri tu.. sure dia da aim lama da motor abah tu

abah pun.....sejak ade keta baru ni, jarang da guna motor ni.. takpun, asyik guna motor mak je. sian motor ni.. walhal banyak beno jasanya kot kat abah.. tu yang bila tersadai je, orang amik le kesempatan.




risau plak bila dok pikir pasal kecurian ni.. ni adik ade kat kampung lg rasa selamat la jugak. esok-esok kalu dia da balik, camne plak???? umah mak abah kat kampung dulu penah kena pecah sekali. hilang barang2 yang mudah diangkut je la. kamera aku, duit, barang kemas mak.. nasib mak abah xde umah. tu pun da cukup trauma.. ni bila jadi lagi kecurian, terus je hati ni berdebar-debar susah nak stop

tau le umah kat kampung kan. mane ade grill, mangga bagai macam umah bando ni. tadi terus bincang adik beradik.. suh adik kt kampung tu cari quotation untuk pasang grill kat tingkap/pintu yang belum bergrill lagi..open area belakang umah tu pun yang buat tempat masak2, tempat letak mesin basuh pun nak pasang grill atau roller shutter. risau oiiiiii

p/s: nak update pasal kenduri kawin adik sebenarnya tadi. tapi cancel bila dpt berita ni. nanti2 la ye
Read More

Tuesday 4 February 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014



Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia

2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"

3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry

4) Letak link sponsor dalam entry
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah