Sunday 23 June 2013

Jerebu oh jerebu

ini la pemandangan depan umah arini
selalunya bukak2 pintu terus nampak bukit, LEKAS

x bukak pintu n tingkap
tapi dalam umah pun berjerebu
apatah lagi kalu bukak..
baru dok depan pintu je pun da sakit tekak,pedih mata



Read More

Wednesday 19 June 2013

Gundah Gulana

memang hati aku sedang gundah gulana
macam xleh tido malam pun iye
x lena tido aku
asyik terjaga je
risau punya pasal nak tinggalkan aqil 5 ari
x penah lagi berpisah tido tauuuu
sehari pun x penah tinggalkan dia

bley ke dia survive??
bley ke aku survive??
ke aku yang cengeng lelebih..
risau dan gundah gulana sebab dia masih BF lagi
dan aku masih gigih mengepam walaupun hasil da kurang
sebab dia da start consume FM juga if EBM x cukup

resah juga memikir
perlu ke aku bawak pam??
kalu dah ngepam, nak simpan mana??
takat letak dlm peti ais hotel tu je..bley ke??
bley ke kalu aku request nak tumpang freezer hotel??
haihhhh

macam2 aku fikir
x rela sebenanrnya nak tinggalkan budak2
tapi aku g sana buat keje..
da katanya conference kan
siang malam dok ngadap presentation je la
kalu bawak diorang pun mana ade masa nak melayan sangat

lagipun cik abang baru dapat job baru
serve untuk dewan makan asrama sekolah
xleh le jalan jauh sampai nun ke ipoh
kena standby je.. ibaratnya spt 'masih dalam pemerhatian' kan

maknanya aku kena redha je la tinggalkan anak3
ke aku karang yang nangis tiap2 malam????
Read More

Tuesday 18 June 2013

Kusut..

 


yeee...
tengah kusut sangatttttttt skang ni
memikirkan dan menguruskan event besar next week ni
nak mengadap Audit 5S esok
dengan payment2 yang aku x proses lagi setimbun atas meja ni..
mana la nak sorok untuk audit sok ni???
arghhhhh...minit mesyuarat x siap lagi ni..
buat entry jap sebab jammed da ngan minit mesyuarat tu

ngan internal problem kat opis lagiiiii
pokai bulan ni sebab banyak no belanja tambahan
sumbangan... sumbangan... sumbangan...
pegawai nak bersara
pegawai nak bertukar
program 5S
sume pun kena menyumbang..

duit pantry lagiiiiiiii
sampaikan ade yang kata 'tiap2 bulan kena cap duit la gamaknya sebab banyak beno belanja tambahan yang x tersenarai dalam bajet'

boleh nak hadiah bagai kannn
tapi... ukur baju di badan sendiri la sebaik2nya
tak perlu la nak bandingkan yang sana dapat itu
yang sini pun kena dapat itu jugak
susah la kalu nak kena sukat diri sama tinggi ngn orang sana
orang yang tinggi2 juga ada mengeluh
apatah lagi orang yang pendek ketot cam aku nih
paham tak apa aku meraban ni????

tetiba teringa peristiwa dulu yang sampai bercucuran air mata...huhuhuuuu
Read More

Friday 14 June 2013

Gara-gara Kad ATM...

haaa..
gara-gara kad ATM mulfunction le aku lambat amik bebudak ni
da setengah bulan ni.. terus congak OT diorang
sebab da beberapa ari lewat setengah jam++ je

aku stop kat tesco dgn harapan ade le ATM Maybank dalam tu
sebenarnya nak cari toilet..
da tak tertahan..
sambil2 survey le kot ade kan ATM tu..
xde..xpe laa

pegi la Maybank yang memang x berapa jauh dr tesco tu
confident je nak transfer n withdraw duit

aikkk... kad tak boleh disahkan?????
Lima2 mesin ATM kat bank tu aku try
sume bg jawapan yang sama
tension da ni

pegi plak bank berdekatan
bley je kuarkan duit

apa masalah kad cherry ni???
tengah hari tadi, kuar lunch singgah RHB
member nak kuar duit
kad cherry gak
tapi kad dia xleh masuk ATM tu
try aku nyer .. bley la plak

haihhhh...
seb x berapa ada kecemasan 
cuba la bayangkan kalu orang tu memang dalam kecemasan.. kad plak buat hal








Read More

10 Amalan Harian Untuk Kurus

Giler concern ngan berat aku skang
takut da nak timbang
asal nampak timbang je.. aku cam phobia
siyessss... x tipu
last aku TERtimbang..last week
berat aku da masuk angka 70+
arghhhhhhh... tidakkkk.....TIDAKKKKKKK!!! 

aku dulu kurus..
dulu tu sejak zaman skolah sampai le awal2 diploma k
masuk zaman cintan cintun
dapat plak boypren kuat makan
sehari semalam cukup 6 kali makan
bekpes, coffee time, lunch, tea time, dinner,supper
masuk diploma dgn 48 kg..
abis diploma dengan 75 kg..
dalam masa 3 tahun tu k.. siyes menakutkan kann
tapi grad dengan berat 48kg
yg ni dalam masa 3 bulan..
tapi x mampu da nak buat skang

dalam masa 3 bulan tu, wat part time kedai buku
selalu kalu stock buku2 sampai, aku la orang pertama offer diri nak tarik troli dr loading bay tu
sebab selalu menarik troli ngn isi yg berpuluh kilo tu la, makanya berat senang turun
tambah plak aku memang control makan 
duit x berapa nak ada sgt kan..
tumpang plak umah makcik aku time ni..

paling best masa nak konvo.. 
janji ngn boypren dia amik aku kt RnR seremban sebelum gerak sesama g shah alam
siyesss..dia lalu depan aku wat x tau je..
nak terjuling bijik mata dia nengok aku mcm tu rupe
masa amik scroll..member2 kat bawah pun mcm x caya..

tapi....
bila sambung degree.. bersama2 lagi
punah kekurusan aku
sampai le da kawen ni
naik banyak.. turun sikit je..pastu statikkk
gerammmm

ari2 google sebuk nak tau cara terbaik control makan bagai
makan itu ini.. haihhhh
belum ada hasil yang memberangsangkan setakat ni

meh la share sikit ilmu ni.. sama2 amal k

Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda.

1. Jadikan air masak sebagai minuman utama
Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!

2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari

4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!

5. Buang pakaian besar anda
Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh itu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!

6. Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.

7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.

9. Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.

10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.
 
Read More

Wednesday 12 June 2013

yeayyy..da renew


kalu x kerana ofismate bukak citer pasal lesen pagi tadi
siyes aku mesti x ingat lesen aku mati bulan ni..

ngam2 plak tarikh hari ni

da renew da
amik 2 tahun jerr
xberani nak amik lama2
nanti terus terlupaaa

p/s: motif menunjuk... nak bagitau bday aku bulan doblas k.. babaiiiii
Read More

kisah raja buah.. si durian


da few days gak la si akmal ni merengek
pantang nampak lori jual durian tepi jalan tu
'nak bubuyan.. nak bubuyannnn'..
sila faham sebutan budak pelat k.. 
translate 'nak buah durian...nak buah duriannnnn'

makin ari makin x makan pujuk
reason aku malas beli...
sebab ayahnya allergic ngn durian
fefeeling mat saleh kunun xleh bau durian
nak muntah bagai
walhal dulu PIL kata makan jerrr
lepas balik obesi (kecik2 dulu obesi jap neman FIL sambung belajar)..
terus xleh bau durian

kemuncak budak ni mengaruk adalah ari ahad aritu
aku da x tahan dengar dia merengek je
sebab aku da tau gak... karang bukannya makan sangat
ni mesti kes dengar citer kawan2 makan durian nihh

petang tu jugak gigih le aku meround cari orang jual durian
jumpa gak lori durian ni dekat2 ngn umah

giler mahallllllll
hahahaaaa... padan ngn muka
selama ni tau makan jerr

amik dua bijik
RM 30 hokeyyyyy
dengan harapan berjaya membedal tanpa meninggalkan sebarang sisa

balik2 umah, lepak kat porch jerr
kang tuan rumah balik bau semerbak, mau dia cabut larikkk

seperti dijangka sejak awal..
seulas pun x abis

grrrrrrr...

mana nak campak durian2 ni
giler ke nak buang setelah abiskan 30 hinggit

aku amik sume isi
masuk dalam tupperware
balut suratkhabar berhelai2
masuk plastik 2 lapis
masuk peti ais

selepas sejam..
abis da peti ais aku bau durian

tukar plak masuk dlm freezer
masuk gak bau kt tempat letak barang tu

makin ari makin kuat plak bau dia
pingsannnnnnnnnn

dan tetiba aku rasa macam nak muntah plak masa bukak peti ais pagi tadi
oopppssss... da jd bini mat saleh ke aku????

p/s: mungkin nak buat crepe wiken ni.. sumenya bergantung kepada keadaannn
cepatla wiken.. siyes x tahan da ni


Read More

Cuti Raya Berapa Hari???

weiiiiiii...
orang da mula tanya da weiii
aku pun x terpikir lagi nak cuti berapa ari

sebab macam da abis je cuti aku
asyik cuti je kannn..
tiap2 bulan pun cuti menjaga orang x sehat
haihhh..

alamatnya, cuti diberi je la kan yang ada
MC je x guna2 lagi
time tu la kot
sebabnya..
nurseri tutup seminggu katanya

haihhhhh..
bawak anak g opis ke?
bley je sebab time tu mesti x ramai orang kannn
tapi boss2 la yg ramai
sebab depa cuti lepas orang lain naik keje

ke tinggal ngn MIL??
kang kalu depa ade agenda nak raya sakan..
PIL mesti cuti panjang
paling2 seminggu jugak lerr

pening..pening..peninggg..



Read More

Tuesday 11 June 2013

::Lesung Pipit::

aku x penah amik pusing pun 
apa ke bendanya lesung pipit tu
sampai la masa aku darjah 6..awww..giler lama aku wat dono jerr
cikgu math aku tegur time buat test
'eh..awak ade lesung pipit la..dua2 belah..tp satu dalam satu x berapa dalam..sweetttt'
haaa.. apa bendanya???
balik umah ku belek2 depan cermin
apa benda alah lobang2 ni diorang kata sweet..
bebudak lagi kannn masa tu
malas nak amik pusing

tapi bila da makin membesar
aihhhh... bukan nak puji diri sendiri ehhh
tapi siyes.. memang sweet tengok insan2 lain yg berlesung pipit
baru la tau menilai erti ke'sweet'an itu...
chewahhhh..ahaiiiiii

warisan genetik ke lesung pipit ni????

"Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan. Jika salah satu orangtua atau memiliki lesung pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yang terlahir dari salah satu orangtua dengan lesung pipit akan memiliki kesempatan sebesar 25-50%"

mak abah aku memang berlesung pipit.. no wonder la
sume adik beradik aku pun berlesung pipit
lesung pipit adik aku paling dalam..jelessss

skang ni, turn anak2 aku plak
sume pun ade..heheheeee
sweet macam mak dia kan..hahahaaaa **sila jangan muntah hijau**

meh kongsi sikit lagi informasi hasil carian di google ye..

Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major . Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic .


Tulang ini membahagi kepada superior ( bahagian atas tepi bibir ) dan inferior ( bahagian bawah tepi bibir ) . Selain itu , faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi .

Lesung pipit atau lekuk kecil yang ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan . Tapi tidak semua orang memiliki lesung pipit di wajahnya .

Lesung pipit terjadi akibat kelainan dari otot pipi yang diturunkan . Lesung pipit boleh muncul di kedua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya akan terlihat dengan jelas di wajah seseorang ketika sedang tersenyum , bercakap atau tertawa .

Beberapa orang memiliki lesung pipit yang dalam dan sangat terlihat , sedangkan yang lainnya hanya samar - samar . Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan .
Jika salah satu orang tua memilik lesung pipit , maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya . Anak - anak yang terlahir dari salah satu orang tua dengan kesung pipit akan memiliki kesempatan sebesar 25-50 % .

Seperti dipetik dari NCTimes , Rabu ( 29 / 12 / 2010 ) Dr Joel Pessa , seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam majalah yang diterbitkan jurnal Clinical Anatomy tahun 1998 , menuturkan lesung pipit disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama .

Ketika seseorang tersenyum atau bercakap , maka ada daya tarik dari kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat efek penarikan kulit tersebut . Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit .

Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika seseorang sedang diam , kerana otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam . Beberapa orang ada yang hanya memiliki lesung pipit ketika masih kanak - kanak atau remaja .

Hal ini kerana seiring waktu otot wajah secara perlahan akan meregang dan membuat lesung pipit memudar atau hilang .


 
Read More

Monday 10 June 2013

Indahnya...



Cantik kan???

gini la rupa langit pagi tadi on the way nak g keje
siyesss cantikkkkk
awan tu cam sekeping.. macam bumbung...
terus mood isnin aku sgt2 awesome..

mai2 ofis dok kalut2 sbb ade meeting pagi ni..
tapiii..

wahai Datuk Pengarah..
sy nak tujukan pantun khas untuk Datuk

'Kalau padi katakan padi
tidak le aku tertampi-tampi
kalau jadi katakan jadi
xde le aku ternanti-nanti'

serupa macam xyah buat appointment utk set meeting
udahnyee... meeting ke lauttt

ok..
nk repair minit meeting utk petang ni plak
cau cin cauuu

Read More

Friday 7 June 2013

Susah Hati Bila Anak-anak Tak Sihat

kisahnya...
khamis pagi aritu, aqil terbangun pukul 4 pagi
terus muntah-muntah..
muntahkan air semata2
sampai la pukul 6 pagi.. berulang 3 kali muntah
tapi dia ok.. aktif je mcm selalu
kul 6.15 cmtu, poo poo..
ok juga.. xde la cirit..
check temperature..pun ok
x demam
maka bersiap2 la nk g keje n hantar budak2 ke nurseri

dalam kul 9.00 pagi.. nurseri call
katanya aqil da muntah2 few times
also da tercirit2 few times jugak
masih lagi aktif seperti biasa
 tapi hati mak dia ni da risauuuuu
memang da target.. kalu berterusan sampai lunch hour nanti.. halfday je la arini
maka laju2 siap2 keje yg patut siap arini

memang betullll..
it keep continuing sampai la waktu lunch
terus gegas g amik budak2
decide nk bawak aqil g hospital terus
 tapi ayahnya suh bawak aqil g klinik je dulu
aku bukannya apa..
kalu da muntah2 cirit birit berulang2 tu,.
takut rotavirus jerr

doc kat klinik kata kembung je
haihhh... tetap susah hati
n.9 cuti kan semalam.. tp putrajaya x cuti..hukk.huk....sobbbb
asalnya MIL nak tolong jaga
tapi aku plak x sedap ati nak tinggalkan
plus aku nak pantau tahap kemuntahan n keciritan si aqil lepas medication kan
kalu keje tapi ati aku x tenang pun  guna kann..
malam tu 3 kali cirit
4 kali muntah
tapi selang masa agak lama
x mcm waktu siang tu..

hmmmm...
ingatkan da bley tarik nafas lega bila aqil mcm da nmpk ok kan
si akmal plak ..
jatuh tangga masa nak selamatkan mainan2 dari dicampak ke bawah oleh alya
ingtkan kaki dia je yg melecet
rupa2nya...
bawah dagu sudah terkoyak.. ternganga
seinci jugak laaa
siap laju2 bwk g klinik
mendapatkan 3 jahitan
meraung x hengat.. si alya yg teman konon2 nak bg kuat semangat, pun berdrama jugak la

makanya cuti semalam menjaga 2 orang sakit
sekian.

.
.
.
.
.
.
.
.


tapi arini rasa x sedap ati semula
sedap ofismate kata kalu rotavirus, lepas 2 ari baru dpt kesan
haihhhh...
Read More

Tuesday 4 June 2013

kehilangan....


sedeyyyyyy...

terkujat jap pepagi tadi bila on kamera..

huk..hukk.hukkk...
sedu sedan depan pc senyap2 jerr
malu weiii..kang satu opis dengar kalu aku meraung..
meraung dalam ati je la..

baru menyambut ulang tahun pembelian yang ke setahun
da jadi macam ni
sedeyyyy...sedeyyyyy..
pelaburan wang tabungan ni..
makanya.. super duper sedeyyyy
sebab bukan senang nak dapat kannnn
untuk makluman, kamera pertama telah dirosakkan akmal
sebab tu ganti yg ni..
tp aku plak yg jahanamkan

ntah bila terjatuh.. aku pun x sedar..

 tp sambil2 menunggu depan lif tadi
tiba2 aku teringat
sabtu aritu aku bwk budak2 g padang
ngn aku2 sekali terkinja2 over eksaited gaya lama x jumpa playground
ntah2 dalam ke'eksaited'an aku tuu..
terhempap ke..tersenggol over ke..ter..ter..laaaa

terpaksa je la redha...

macam tau2 je laaa
aku memang nak menuai hasil tabungan dalam masa terdekat ni
time2 ni jugak le dia nak rosaknya pun

tengah memikir2 lagiii
nak beli lagi kerr... atau nak hold dulu

seddeyyyyyyyy..

gambar ni jugak aku upload ke IG pagi tadi
ada yang ingat aku upload psl keje sbb list yg panjang tu..
haihhhh
Read More

Trip Cameron Highland Yang Ala Kadar Je

Trip yang memenatkan so far..
sebab jammed yang terpaksa ditempuhi
on the way..
masa di cameron highland..
masa balik..even sekejap

nikmati je la gambar-gambar je..













 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




Read More

Susahnya bila x on maybank2u...huhuhuuuu


susah kan zaman skang ni kalu  xde online banking
hmm... aku dulu2 da register da maybank2u ni



tp ntah nape x guna2
time tu agaknya was2 kot.. aku ni ade penyakit susah nk percaya sesuatu
berjaga2 kononnya..
haaa...last2 susah sendiri kan
sume kena buat manual
walaupun kuasa masih d hujung jari
tetap kena pegi atm menekan segala butang utk transfer duit
bayar keta, bayar loan, bayar...dan bayar....
haihhhh...
kalu on maybank2u ni.. kuasa memang d hujung jari
tapi tak perlu lagi ke atm bagai
sambil goyang2 kerusi..goyang2 kaki bley da transfer duit

confirm la jugak lepas tu duit aku cepat susut..
sebab da senang nak membeli belah online
mungkin ni jug asalah satu sebab aku masih sanggup bersusah payah g atm
takut 'terlebih guna' kemudahan
takut 'terlebih guna' duit

utk empunya transfer di atas
secara x langsung
tq sudi berkunjung ke blog saya


Read More

Monday 3 June 2013

Trip Ke Cameron Highlands Yang....

seumur hidup aku yang da 30++ ni..
ni la pestime aku nak naik cameron highlands..
ehhhh...tipuuuu
aritu naik nak survey hotel je utk event Bahagian..so x kira ehhh

makanya bersempena cuti wesak..
(kena la amik time cuti kannn..cuti disediakan mcm da paras2 idung je)
gerak dari senawang dalam kul 10.30..
lambat ehhh..
mana taknya bersilat berkuntau dulu kat dapor nak menyiapkan bekal2an
aku nk masak simple2 je..
ayam masak merah, telur dadar je udah..
jgn nak demand2 macam makan kat restoran eh
tapi mak ani (mak aku le tu..)..
sebukkan rendang ayam bagai..
dah sampai umah aku pun hampir2 tgh malam.. apa citer nak merendangkan ayam tu??
syok2 mask, gas plak abis..
banyak beno iklan kat dapor ni..tu pasal lambat siap masak
maka lambat la gerak..

masuk plus hiway tu, smooth je la perjalanan ke utara
belah ke selatan plak jammed panjang
smooth kejap je pun..
lepas je damansara.. mula2 pelan.. pastu macam x gerak
gitu je la iramanya sepanjang perjalanan

nak benti r&r rawang..full house
gitu2 la r&r seterus-seterusnya...
sampai le kat ladang bikam..xleh tahan
lapo..nak membuang...budak2 da stat rimas
gigih gak le tunggu parking kosong
sila maklum waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang
sila bayangkan betapa lamanya tersangkut kat hiway tu
ni pun kira xlama le sebab bantai lorong kecemasan je manjang

betapa ramainya manusia di setiap perhentian
ko bayangkan je la..
sampai kosong tangki air sume
nak tunaikan hajat pun kena beli air mineral ko
seb baik air mineral lum abis lagi
da dua lori aku tengok macam nak kosong... laku sungguh jualan diorang aritu

da isi perut bagai..
maka perjalanan diteruskan...exit d tapah
bermula la perjalanan yg mendaki.. berayun ke kiri ke kanan..
masa mendaki ni pun on off jammed
sampai tanah rata..ok je
stat nak masuk berinchang....udah jammed balik
hujan lebat plak tu..

adik aku da sewa apartment belakang petronas berinchang tu
senang nak merambu ramba di pasar malam katanya
tapi parking satu umah satu lot je
wallaweiiiiii... satu keta terpaksa pandai2 mencelah cari parking
sebab keta aku 2 je dewasa dgn 3 budak
berbanding keta adik aku yg 5 dewasa 1 baby
makanya aku dapat le lot parking itu..
susah woo kalu aku parking ntah mana hala

mekasih le sume2 sbb memahami

apartment adalah awesome
best le bley masak2 bagai
masa ni la aku rasa ruginya aku xbwk megi
ngan cuaca hujan renyai2 sejuk.. pekena megi kari ngn telur adalah sgt sedapppp
masuk umah da kul 6.30 petang dann..
perut adalah sgt lapar
korek2 rice cooker cr nasik n balance lauk pauk tengahari td..
burpppp..




Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah