Wednesday 22 May 2013

Kes bunuh eksekutif TV9 Nur Syaleza Jaffar disebut semula 26 Jun

Nur Syaleza Jaffar

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak yang didakwa membunuh isterinya, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar, tahun lepas.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya selepas pihak pembelaan belum menerima laporan bedah siasat daripada pihak pendakwaan.
Peguam Shah Rizal Abdul Manan, yang mewakili tertuduh, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata laporan itu dijangka akan diterima minggu ini.
“Selepas itu, saya akan menghantar representasi kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan ke atas anak guam saya,” katanya.
Norazman Bashah, 32, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Bernama


.......................

diam x diam, da hampir setahun arwah meninggal
tp lum settle2 lagi kes ni

masa dgr berita arwah meninggal dulu, giler terkejut aku
pd masa yg sama xpercaya langsung arwah sanggup bunuh diri
aku bukannya rapat sangat pun
tapi merasa la enam tahun sekolah rendah sama2
arwah lemah lembut orangnya..murah dgn senyuman

semoga kes ini dpt diselesaikan cepat
moga yg bersalah dihukum setimpal

Al-Fatihah untuk arwah syaleza
semoga rohnya dicucuri rahmat
 
Read More

Friday 17 May 2013

Tak Tau Nak Bubuh Tajuk APe...

terlambat aku pagi ni..
gara2 tido-tido ayam malam tadi.. da jg 4.30pg, kunun2 nak nap 5 minit lagi je
amik ko..5.30 baru terjaga semula
kelam kabut packing 3 beg budak3 - akmal, alya, aqil
packing beg pam aku lagi
packing handbag
sebuk nak prepare bekpes cik abang lg
bersilat berkunatai la aku..

kalu selalu kuar umah 6.30..arini aku kuar umah kul 6.45
nampak mcm x banyak beza pun kannnn
tapi..

masuk keta, tgk2 minyak nak abis plak
kena la isi dulu since jauh perjalanan kan
beratur panjang plak nak kuar tol gara2 lorong smartTag ditutup..
hmmm... time2 peak hour ni la nak tutup
masuk hiway, banyak plak lori yg segala macam beratur
kompem melambatkan perjalanan yg da sedia lambat

sampai Nilai, 7.40 pagi
singgah beli kuih muih untuk akmal n alya adalah perkar awajib setiap pagi
ade je odernye..
nak karipap la..nak donat la.. nak nasik lemak la..
si alya plak, pepagi ni nak air kotak milo
siap nangis bagai... kerenah orang x sehat kannn
seb baik ade stok dalam keta (keta aku da mcm kedai jajan bergerak..)

sampai nurseri, haruslah nak BF aqil dulu
itu semua mengambil masa tuu..
xpe..xpe...

gerak dr Nilai da dekat kul 8.00
berjaya sampai di opis tepat 8.30..
giler merempit macam F1
sila jangan contohi..

tarik napas lega jap mcm lepas satu beban..
alamak..
teringat plak 3 bakul baju lum lipattt
teringat jugak 2 bakul baju lum basuhhh..
TOLONGGGG!!!!!

siap sedia wiken niiiii

Read More

Thursday 16 May 2013

Pelakon Eja Da Bertudung

dari dulu aku memang suka tengak drama2 si eja ni berlakon
paling suka masa drama bersiri Rahsia tu
berlakon ngn mahmod ali basha..
suka le eja ni.. muka x dimamah usia kan
selalu nampak muda je.. even da 40s

tambah plak skang ni da bertudung
lagi la aku minat..

bagus kan skang ni ramai artis da bertudung
sejuk mata memandang.. kat tv..kt majalah









Baru pulang dari mengerjakan umrah baru baru ini, Eja telah mengambil keputusan untuk terus berhijab secara kekal selepas tidak putus putus berdoa dan berkat petunjuk dari Allah.

“Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya”

“Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi”

“Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi”

“Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan & menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini,” jelas Eja kepada Media Hiburan.-Rotikaya
Read More

Stress..


mesti la stress
BW tapi xleh tinggal jejak

kecewa..kecewaaa.....
sebabnya..
kat opis je la yg aku ade masa nk BW bagai

kat umah memang bz
jadual penuh
siyes memang xde masa terluang
kalu ade pun, aku rasa ada baiknya aku tido

bukan ape..
tido pun memang xkan lena sebab kang ade je yg terbangun tengah malam
mengigau la.. nak susu la.. gatal la..sakit perut la..
jadi masa d rumah adalah sgt2 berharga digunakan sebaiknya

laptop plak lum bg nyawa lg
lg la susah aku nk BW kt umah
kalu bernyawa pun laptop, pantang aku ON
tiga serangkai tu da sebuk kerumun

xley tinggal jejak pun nak stress kan..ntah apa apa je la aku nih

Read More

AURA WARNA MENGIKUT HARI

 
 kebetulan plak arini pakai oren kannnn...


ISNIN = PUTIH

Warna putih merupakan warna yang merangsang kelenjar Pineal dan kelenjar Pitutary. Menurut teori warna putih ini, seseorang itu perlu mempunyai tidur yang cukup untuk menghadapi hari Isnin. Kerana tidur yang tak cukup akan membuatkan badan terasa lemah dan malas untuk berkerja atau ke kelas. Hari Isnin merupakan hari yang baik untuk pencetusan idea baru di mana kekuatan hari Isnin adalah lebih reatif dan efisyen.

Jika diperhatikan, pada hari Isnin juga, pohon bunga yang berwarna putih juga akan lebih mekar berbanding hari lain. Begitu juga jika ingin menanam pokot itu, pokok berbunga putih akan lebih sukar untuk hidup jika ditanam pada hari lain.

Bagi doktor dan pesakit pula, rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah penyakit lemah semangat, kelesuan, tiada keyakinan diri, halusinasi, nyanyuk dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan kelenjar Pitutary dan Pineal.

SELASA = PINK

Warna pink pula mempunyai perkaitan dengan bahagian Thalamus. Thalamus berperanan sebagai penjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini juga merupakan hari yang paling sesuai untuk beremosi (bukan marah-marah ya), tapi untuk meluahkan perasaan kasih sayang. Hari ini juga sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana jika berlaku kesesatan sekalipun, ianya dapat diimbangi dengan daya penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Jadi, jika kalian memakai pakaian berwarna pink, kuasa pujukan juga akan bertambah kuat. Jangan pula pakai warna merah ya (maaf la kaum Adam sekalian ya hehe) kerana mereka yang dipujuk akan menentang semula.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah migrain, attention-deficit / hyperactivity disorder (kanak-kanak yang bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.

RABU = BIRU
 
Untuk hari ini, ia merangsang kelenjar Tiroid dan mempunyai hubungan yang baik dengan muzik. Kalau ikut ilmu kedoktoran, pada hari ini, paras hormone thyroxine akan dirembes dalam kadar yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan kata-kata secara lebih berkesan. Oleh itu, hari ini merupakan hari yang terbaik untuk berucap, bercakap, behujah, bersidang, berpidato dan apa-apa sahaja la ang berkaitan dengan ‘percakapan’.

Rujukan para doktor, hari ini kalian sesuai untuk merawat penyakit beguk, tongsel, kerongkong dan semua yang berkaitan dengan tiroid.

KHAMIS = KUNING / OREN

Warna kuning mampu merangsang sistem penghadaman, manakala warna oren adalah warna kesuburan. Pada hari ini, kalian tidak digalakkan untuk makan terlalu banyak pada waktu siang untuk bagi peluang kepada sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Maka, sistem penghadaman dapat menghadan segala sisa makanan dalam badan untuk menjadi zat dan tenaga. Pada hari ini juga, asid folik yang amat sukar untuk dihasilkan pada hari biasa tapi akan aktif pada hari ini...

Warna oren juga meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, sesuai untuk pasangan suami isteri. Cuba kita pandang balik kepada ajaran Islam. Ada benarnya kan – subhanallah

JUMAAT = HIJAU
Warna hijau pula mempunyai tenaga yang baik terhadap jantung dan paru-paru. Pada hari Jumaat, klorofil juga akan aktif membebaskan oksigen. Maka, hari ini juga merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah. Biasanya, pada hari lain kita akan mudah terasa lemas jika berada dalam kesesakan orang ramai. Dan fungsi pernafasan yang baik pada hari ini membolehkan kita berhimpit-himpitan di dalam masjid untuk menunaikan solat Jumaat – bagus sekali kombinasi ini dengan Islam.

Hari ini merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan rawatan kardiovaskular dan paru-paru kerana paras oksigen dalam atmosfera yang tinggi.

SABTU = MERAH

Mempunyai hubungan dengan usus, otot, darah, tulang dan saraf. Hari sabtu merupakan hari yang paling sesuai untuk bersosial dan menjalankan aktiviti lasak

AHAD = HITAM

Pada hari ini, zarah-zarah akan tertumpu kepada satu kawasan sahaja berbanding hari lain yang bergerak secara rawak. Dan gerakan zarah ini akan menyamai zarah dalam air walaupun ianya zarah dalam atmosfera. Maka, sepatutnya, warna pada hari ini adalah warna putih, namun menjadi hitam kerana pergerakan zarah yang menyamai sifat air.

Hari Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk beristirehat. Memandangkan penyerakan zarah yang tidak stabil, pemakaian warna hitam akan mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing.
Read More

Selamat Hari Guru



mula kenal cikgu mesti la masa masuk tadika kan
cikgu tadika aku nama dia Cikgu Siah
aku memang xtau nama penuh dia
sumpah...sampai skang pun aku xtau nama penuh beliau

masuk sekolah rendah plak
cikgu kelas aku namanya cikgu jumiah
dari darjah satu sampai la darjah lima..
dia ajar BM
garang weiiii.. ngn mata sepet muka macam cina
sekali dia jegil...auwwww
kalu sapa nakal, x wat keje sekolah..jeng jeng jeng..
hukumannya...dia akan tarik rambut yg  depan telinga tu .. ouchhhhhhh
x pun, cubit cubitan comel akan menyinggah di pinggang...adoyaiiiii
giler sakittttt..
xberani wo nak ngadu domba ngn mak abah
silap2 aribulan, mak abah tambah berdas2 lagiii
bukan mcm budak skang..
cikgu jeling je pun da boleh bwk naik court

darjah enam.. tukar cikgu kelas plak
sebab tetiba rombakan besar2an... ikut gred giteww
cikgu baru.. cikgu jamil
tiap2 minggu buat kuiz math
kuiz no.1....1 salah, 1 rotan di tangan
kuiz no.2... 1 salah, 2 rotan d tangan...dan seterusnya
gilerrrrrr...
ada kawan aku.. kuiz no.10..maknanya 1 salah, 10 rotan la kannn
sampai hancur rotan tu
tapi xde plak budak tu nak g ngadu kat mak ayah dia
xde plak mak ayah dia sampai datang sekolah nak maki2 cikgu

lain2 cikgu sekolah rendah yg aku ingat..
teacher shamala devi - ajar BI..tp suka maki orang SAMDOL..hmm..contoh x baik ni
cikgu nazli - ajar PJ..best
cikgu  fadil - ajar muzik

masuk sekolah menengah..
cikgu natrah - paling aku ingat sebab dia stapler tudung aku gara2 aku x pakai peniti.. giler strict sekolah aku kan
cikgu rokiah - ajar math.. garang2 manja. cikgu buat saya in love dgn math
cikgu azlang - ajar BM.. dia cakap, keje pramugari tu mcm pelacur.. terus aku tukar cita2. walhal nak jd pramugari sbb nak makan angin freee... ingat tak kena isi borang 3 cita2 anda tu..

zaman diploma plak..
pn. rohaza, pn. jamilah, en.hisham, pn. rozimah... lain2 aku x berapa nk ingat la
paling aku xleh lupa (tp aku lupa nama dia ni), yg ajar aku subjek..(mmm ..kena bukak transkrip ni..)
cakap memang xleh blah..suka bagi pepatah mcm karam singh walia.. miss ape ntah..aku x hengat
garang n kelakar..

zaman degree plak..
pn. caroline.. lecturer hydraulic. garang kot. kalu x beli buku rujukan yg dia nak, xleh masuk kelas.. tiap2 kali pun ade pop kuiz
en. zaini.. lecturer structure. kdg2 sengaja bg chance student bincang time test. sesaje je kuar jawab call la, g toilet laa.. hemsemmm
miss ho.. lecturer math yg sangat patience..
dr. iqraz.. sorry sir, i always blur in ur class.. dtg dr india
pn. janidah... ngape bukan puan yg mark final paper dulu??? sy da target A+ daa.. tp dpt A- je.sedeyyyy
ir.farid & en. ali..selalu cancel class..kadang2 suka. kdg2 bengang gak..

apapun, terima kasih cikgu/lecturer untuk semua ilmu yg telah dicurahkan
teruskan berbakti...


Read More

Wednesday 15 May 2013

Alya Demam :( + entry 'busuk'


Demam plak anak dara ni
balik semalam da rasa dedar da..
aku plak tertido awal
lupa nak bagi ubat demam

tengah malam tadi. merengek2 je
memang panas.. terus aku bagi ubat demam
jelum ngn air asam jawa
pakaikan koolfever
ok la sikit

pagi ni dia x g nurseri
dok umah ayah dia jaga ..(ke dia jaga ayah nanti??)
katanya nak bawak g klinik
9.30 td aku tepon x bangun2 lg
ntah da pegi ntah lum ni

haihhh.. risauuuuu
tu kang, makan apa la kat umah tu nanti
harap2 ikut perut anak ye yang.. jgn ikut perut u plak

aku plak.. ntah kenapa sejak semalam
da berulang kali date ngn 'Mr.Tan'
ini da masuk kali ke-7
asal rasa mcm nak ken**t je, lari laju2 g toilet   
da nak masuk keta da pg td..
ada plak hal x diingini.. lari laju2 masuk bilik tukar baju segala bagai

hmmmm.. jika berlarutan sehingga lunch ni
aku nk g amik MC
x larat dowh.. nk ulang2
rasa nak berkampung sebelah toilet plak 
Read More

Tuesday 14 May 2013

Ada Akal..Pakailaaa...

3-4 ari ni heboh pasal video sharifah sakinah tu
tertanya-tanya gak aku..
ape kebenda la yang dibuat minah tu
sampai semua orang kurang senang

malam td baru le dapat menengoknyee
bra merah la..spender merah la.... memang pondan la

laaaa... ini le puncanya
memang kuang waras le ko mengupload video sedemikian rupa
memang le mengundang rasa kurang senang orang yg menontonnya
saja2 bagi panas nama 

apa da kurang akal fikiran yang waras ke???
terlajak laku.. ha..terima la akibatnya
tak pasal2 busuk nama
bukan je nama sendiri..
nama orang tua.. nama kakak sharifah dia yg dua orang tu yg orang mmg kenal

haihhhh la...
nak kata budak kecik..sekolah da abis da
tapi akal fikiran x sama membesar sama ngn badan yg membesar

fikir2kan laaa
fikir sebelum bertindak

malas nak letak gambo/link
gugel je la
kompem orang lain ada 
Read More

Monday 13 May 2013

Team Building Di Seri Menanti Resort #Part 4

lepas je da berehat2 keringkan peluh ala kadar
maka, bergeraklah kami masuk utan
lalu kawasan kampung skit sebelum masuk utan tu
ye laaa kan..resort ni pun dalam kawasan kampung

best juga berjalan ramai2 ni
hilang stressss..
memang ni pun tujuannya
nak santai2..nak happy2 jee..
dok opis asyik kena marah.. stress keje lg..
ni la masanya nak mengenjoykan diri
heaven bila jauh dr opis n bos yg suka marah2

berjalan santai2 dalam 15 minit sebelum memulakan pendakian
cheewahhhhhh...ayat xleh blah
sebelum naik ke atas, kena bagi2 tugas
sapa nak pikul seguni beras
sapa nak bawak bertin2 sardin
sapa nak bawak seguni ais
sapa nak bawak ..haihhhhh..memacam lagi laa


tempat kejadian masak-masak
sambil masak sambil berposing..menunya adalah sardin


gigih meniup nak dpt bara


team pemanggang ikan, pemasak nasi, pemasak telur rebus n pemasak air

jom menjamu selera..

sila abaikan rupa.. tp inilah hidangan yg dapat no.1 hokeyyyyyyy..tersedap
hidang atas plastik itam jerr..xde corelle dlm2 utan ni


licinnnnnnnn

siap-siap berkemas nak panjat separuh bukit lg..nak mandi manda katanya

aku x kuasa nk membasahkan diri dlm hutan lembab ni..takut pacattttt

penat memang super penat
tapi best n enjoy
xtvt di malam harinya adalah bbq n karaoke
aku join kejap je sebab mata da super mengantuk



















Read More

Sunday 12 May 2013

Team Building Di Seri Menanti Resort #Part 3

pagi2 sabtu lepas breakfast tu..sambil pegang belon malam semalam
kena jaga taw xleh bagi pecah..
kitorang kena beratur ikut kumpulan
beratur cepat dalam kumpulan, ikut aturan n barisan lurus... dapat kredit tawww
nampak x istana lama seri menanti belakang tu


lepas tu kena cangkung berjemaah sambil letak belon tu bawak bon***
ade gak 4-5 oarang yg da terpecahkan belon tu sebelum diorang suruh pecahkan
tolak le markah gamaknya..satu belon pecah tolak 60 markah taww
bukan sikit2 yang kena tolak tu..

muka stress menahan belon xmo kasi pecah
abis pecah je sume belon, trus dpt instruction sapa kutip sampah belon terbanyak, dapat tambah markah
sebab org lain eksaited citer psl belon diorang, ramai yg x tumpu perhatian pd arahan
aku dgn lajunye kutip sume sampah belon area aku termasuk kat kumpulan sebelah menyebelah yang x sedor2 lagi..
bila da sedor, claim aku ngelat plak... aku x ngelat ok..aku peka n bertindak pantas dan bijak..
miahahahaaaa.. ketawa jahat
ketua grup aku.. banyak x belon grup kitorg kutip


masa ni jugak le kena lompat2 cam katak sambil buat bunyi nak panggil ayam makan (sila imagine sendiri)
hahahaaaa... memang fun
kalu x ke team building ni, xdenye nak merasa jadi mcm budak2 semula

lepas ni, xtvt main baling tin
mainan budak kampung cam aku ni masa kecik2 dulu kannn

nmpk mcm senang..tp susah sebenarnya nak jatuhkan tin2 tu

sebahagian ahli group

ahaaa..aku di situ sedang cuba nak menyusun balik tower tu
lepas xtvt ni, berehat sebentar sebelum masuk utannn
auwwww.. i like
da lama giler kot x buat xtvt mcm nih
Read More

Saturday 11 May 2013

Team Building Di Seri Menanti Resort #Part 2

malam tu da stat xtvt
tapi indoor je la
walaupun indoor..siap ekon bagai
kitorang siap berpeluh2 lagi tawww

xtvt pertama mlm tu mestila sesi suai kenal
walaupun da sah2 la kitorang memang kenal sgt each other, tetap kena buat jugak
tapi bukan suai kenal biasa2
sambil buat bulatan pusing2 macam jam
lagu berhenti je kena kenalkan diri pada orang kiri kanan depan belakang kita
kena buat sampai abis satu circle tu
memang fun

 abis je xtvt tu, fasilitator tanya sapa dpt sebut nama semua orang kat situ
kak mas dapat sebut 29/33 nama
nama penuh yang ber bin & binti hokeyyy
pastu fasi dok ulang2 tanya..siap ckp penting lagi..PENTING hokeyyy
maka aku pun mengofferkan diri.. semata2 sebab PENTING
yeayyyyy...berjaya menyebut 32/33 nama penuh dengan tepat
yehaaaaa

lepas tu kena la beratur ikut turutan tarikh lahir plak
baru tau..ooo kwn tu muda sikit..
ehh..tua sikit rupanya..
funn.. rupanya untuk pembahagian kumpulan supaya ahli dlm kumpulan balance peringkat umurnya

grup aku..kena pilih nama kumpulan n tulis kad nama
so, kumpulan aku adalah..TERUJA SANGAT!!!.. (sila buat dengan dua2 tangan di bahu sambil mata ke atas..hahahaaaaa)

lepas je da ade kumpulan masing2
sume diberi sebiji belon
sila tiup pada kadar tumbesaran yang sama
xtvt seterusnya..

keretapi dengan belon didada..xleh pecah xleh sentuh
tangan di atas kepala xleh lepas
di hujung stesen kena amik syiling atas lantai
tanpa pecahkan belon..tanpa pegang belon..tanpa terputus keretapi
huiihhhh.. ini je pun da berpeluh2
nampak macam senang kannn.. haaaa..cuba try test buat tengok camne

grup aku dpt no.3/4..ok la kannn
pasrah je la sebab berapa kali kena ulang semula

next, xtvt ulat gonggok
paling kelakar
paling berpeluh2
haihhhhh..
orang paling depan bley gigit belon
yang belakang kena letak celah kelengkang
xleh pecah k..
kalu pecah disqualified
aku dpt no.2 utk grup pompuan
budak2 lelaki grup aku no.3..
last sekali sebb ada 1 grup disqualified
ok je la kannnn

ke garisan..sedia..mulaaaa


haaa... ni yg PENTING tadi tu
rupa2nya sapa yg volunteer sebut nama2 td tu dpt markah

aku dapat 510 markah k
secara automatiknya, malam tu grup aku terus jd juara
yeeehaaaaa.. TERUJA SANGAT!!!.. (sila buat dengan dua2 tangan di bahu sambil mata ke atas..hahahaaaaa)

claim markah lebeyyyy

Read More

Friday 10 May 2013

Team Building Di Seri Menanti Resort #Part 1

sejak aku masuk keje 5 tahun dulu kat seksyen ni, x penah sekali pin dianjurkan team building
sebab sume orang sibuk ngan mesyuarat.. baik kat opis maupun kat site
sebab sume orang sebuk ngn projek
mana nak tender, nak evaluate, nak masuk site, projek sakit lagi..bla..bla..blaa...

pendek kata, bos atas2 memang susah nak bagi seksyen kitorang ni tutup kedai
tapi sbb skang ni majoritinya adalah orang muda-muda belia
makanya, kami memang sedaya upaya nak jugak buat xtvt hilangkan stress ni

asyik terperap je kat opis..
kena marah bos..bos atas2 lagi..
tension tau x

team building ni kami buat 3h 2m..
aku angkut la sume askar2 aku sekali
susah weiii nak meninggalkan aqil kememe tuuuu
asyik nak bergayut jekk


 x besra mana pun tempat tu
memang geng2 kitorang je la pun yg ade kat situ
heavennyeeeeee bila jauh ngn opis..weehaaaaaaa
ni untuk bangunan bilik2 yang twin sharing

yang bumbung biru tu adalah chalet..

ni plak, dorm..bley dok reramai..lelaki muda belia sume dok sini

bilik aku memang dpn swimming pool..senang anak2 aku nk berendam



istana seri menanti..sebelah je pun ngn resort ni

tempat best
bilik pun best
suasana pun best
makan je mkn sukat2 plak :(

p/s: sume gambar gugel sbb aku maleh nk amik gambo time ni. part2 seterusnya baru aku terajin sikit

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah