Wednesday 31 October 2012

Rindunya...


rindu giler nak bawak anak3 g main kat taman.. dulu masa xkeje, seminggu 3-4 kali jugak la bwk diorang g outdoor ni.. maen gelongsor, buaian.. lari2 kat taman.. ooohh.. bebasnyaaaa

sejak da keje ni, rasanya xpenah lg bwk diorang g main2 sampai berpeluh kat taman tasik ni.. sian diorang.. ye la..kuar umah..gelap. balik pun gelap gak.. kena la ikut jadual aku kannnn.. mesti diorang tension.. budak3 tau tension gak ke??



rindu nak lepak sini pepetang ngn budak3


rindu nk tgk diorang maen..pastu gelak kuat2 mcm tempat tu diorang yg punya

rindu kat budak kecikk niiiiii

Read More

Sedia Terima Teguran


Ada orang yang boleh terima.. x kurang juga yang tak boleh terima apa2 teguran kan..

yang penting, bila menegur tu biarlah kena dengan caranya.. ye tak?? kalu jenis yang memang boleh terima teguran, insya allah teguran tu akan dipandang dari sudut positif demi untuk meningkatkan mutu kerja. tapi kalu jenis yang memang xleh terima, sepatah kita tegur..berpatah2 pulak da dia menjawab..

apa salahnya kalu teguran tu membawa ke arah kebaikan dan memperbaiki mutu kerja kan.. takkan kalu orang dulu2 buat silap, kita pun nak terus buat silap. kalu kita da sedar benda tu salah, usaha la untuk berubah. jangan ambil mudah dengan berkata 'dari dulu lagi da mcm tu'.. , 'xde orang komplen pun'...

hmmm..bila orang komplen, ko plak xleh terima..haihhh la manusia..manusiaaaa...

Read More

Redha



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihanMu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya………..
suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
 
Tetapi Ya Allah…………
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Isteri yang sentiasa diredhai

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


-Untuk yang bergelar dan bakal bergelar isteri...
Semoga kita menjadi isteri solehah..
Penyejuk hati sang suami...
Dipanjatkan doa pada Illahi..
Agar kita dapat merasai nikmat menjadi seorang isteri yang dicintai lagi dikasihi suami...insyaAllah...-
Read More

Tuesday 30 October 2012

Akupuntur Untuk Baby??


Kelmarin bawak Aqil g klinik.. risau betul dengar bila dia bernafas.. bising chest dia.. sebab xpuas hati dengan layanan doktor klinik ampangan tu..

kesahnya, bawak Aqil untuk cucuk 6 bulan ari khamis sebelum raya aji tu.. punya awal aku datang amik nombor. nombor aku paling last dia panggil..haiiii..geram no.1 da kat situ.. da alang2 g klinik ni kan, mintak la nak jumpa doktor sekali sebab risaukan Aqil ni yang kadang2 xlena tido malam, mcm tercungap2 pun iye.. makanya, kena la amik nombor lagi sekali.. menunggu lagi...

depan bilik doktor ade sorang je patient.. tu pun da masuk check. tunggu result je.. senang la ati aku kan. bley balik cepat.. tunggu punya tunggu punyalah tunggu.. 15 minit berlalu.. bila la doktor ni nak panggil aku masuk???? setengah jam sudah.. aku da x tahan!!!!! misi lalu je aku terus tanya lama beno petient kat dalam tu??? sekali tu.. xde patient la!!!! bila bilik doktor tu terbukak sikit... aku dengar...

doktor: tepung 2 cawan.. gula secawan.. bla..blaa..blaaaaaaaaa..
(5 minit x abis2 lagi!!!!!) 
sibuk salin resepi rupanya doktor kita ni.. tau la nak raya esok. tp jgn la buat time keje ngokkkkkk!!! tension aku

letih aah membebel ni..kembali kepada cerita asal..

doktor kat klinik swasta ni explain la kat aku yg super risau keadaan aqil.. katanya kalu baby, kahak hanya ada di rongga tekak tu. tipis peratus untuk kahak berada dalam paru2.. ok.. lega di situ. doktor advice untuk selalu sapi vicks/ minyak baby kat dada n belakang badan. make sure baby selalu feel warm on that area. baru la bb selesa. katanya, buat la akupuntur tuk bb..akupuntur???? terkejut ummi tau aqil.. rupa2nya ala2 picit tapak kaki bb nak bagi lancar darah..haihhh...lap peluh lap peluh.. ingatkan kena cucuk2 jarum tu..

dapat ubat yang sama mcm klinik gomen tu.. so, 1 kat umah, 1 lagi kt opah..

aqil jgn noty2 tauuuu
Read More

Monday 29 October 2012

Leceh..


ye...leceh juga rupanya bila bukak blog baru ni. disebabkan aku xnak blog baru ade pape link ngn blog lama aku tu.. (xsuke weii kena stalk).. terpaksa la aku buat satu persatu secara manual..

dulu aku mengaku la, agak ghairah nak tambah follower banyak2.. tp skang ni mungkin tidak.. suka ati rang nk folo ke x.. mana blog yang aku suka baca (merefer kepada bloglist yg ku folo thru blog lama tu), aku add la kt blog baru ni.. leceh juga kena buat sesatu.. tapi xpe, yang penting aku puas hati dapat berblog semula.. but still perasaan cuak tu masih ade.. harap2 stalker tu da brenti buat keje2 xde faedah ni.. jaga tepi kain sendiri la...
Read More

Bila Da X Boleh berFB..


rasa mcm ade yang x kena je bila sehari x berFB.. tapi xde la teruk sangat mcm orang putus cinta kekdahnye.. cuma rasa mcm life circle sehari2 tu x complete bila xley berFB..

aku bukannya jenis update status ari2..setiap masa.. masuk FB pun just nak tau perkembangan kawan2 lama.. da tunang ke..da kawen ke.. da beranak ke.. beranak lagi ke.. pindah ke.. benda2 macam tu la.. maklum je la, jarak sume jauh2. alam maya ni je la dapat mendekatkan aku ngn kawan2 lama yang da bertahun2 x jumpa tawww.. sebab tu sedey bila terpaksa deactivate FB aku.. juga gara2 stalker giler yg ugut2 x tentu hala.. see..walaupun aku diduga sampai tahap hati pecah, aku masih punya rasional n belas kasihan.. xkan nak tgk someone close to u sesuka hati dimalukan gitu kannnn..

walaupun FB juga punca hati aku pecah.. aku x penah benci FB. sebab FB ni cuma kemudahan untuk berinteraksi.. tuan punya FB yang patut fikir.. niat berFB, apa yg mau dikongsikan baik status mahupun gambar.. kalu niat tu da memang2 suci sedari awal, insya allah FB tu xkan memudaratkan..

tapi kalu da niat dari awal join FB sebab nak tunjuk hebat dapat bnyk kenalan..tambah plak nak 'jual minyak'.. umahtangga pun bley hancur..

korang paham kan????

jadi apapun yang korang nak buat.. sila fikir kesannya pada orang sekeliling.. jangan la sampai memberi kemudaratan demi untuk keseronokan korang..

 

aku: sedang berkira2..perlu ke ku buat akaun fb baru juga??
haihh..menyusahkan orang betul la stalker sekor ni
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Walk To Remember Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah